Jumaat, 4 Jun 2010

KHUTBAH JUMAAT - YAHUDI DAN JUDI??

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil Dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau (al-Isra’ 4).

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali Yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami Yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji Yang tetap berlaku. (Al-Isra’ 5)
Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.
Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi. Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua.
Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Masjid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin.
Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera. Jangan kerana nasihat APCO-pro Zionis menyebabkan pemimpin negara menutup mata atas kekejaman Yahudi ini. Sama-sama kita laungkan

خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ
Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad akan kembali

Sabda Nabi s.aw:

مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ – رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika umat Islam bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjur pertandingan melakar wajah nabi, kemudian pengharaman laman youtube oleh Pakistan yang menghina Islam disamping mengutuk tindakan biadap seorang peguam perempuan Perancis yang telah berusia 60 tahun yang sanggup menarik tudung seorang muslimat di khalayak ramai kerana benci pada Islam maka kita begitu sedih apabila pemimpin Melayu Islam sebagaimana yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
Perbuatan jijik menghalalkan lesen judi sukan ini tanpa mempedulikan larangan Allah swt mengenai haramnya judi sebagaiman yang disebut didalam surah al_maidah ayat 90 jelas merosakkan aqidah dan akhlak pemimpin dan masyarakat dengan alasan memualkan. Jika kita memerhati kepada pegangan agama lain terhadap judi seperti Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” dilarang membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan. Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapatan negara mendapat kecaman dari rakyat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial.

Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Di Malaysia, semua benda haram boleh jadi halal hanya dengan diberi sejenis pengiktirafan yang dipanggil lesen. Inilah pemikiran yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Mereka adalah dari jenis makhluk yang tidak pernah memerhatikan hukum Allah dalam membuat keputusan. Kepala mereka dipenuhi dengan najis pemikiran Kapitalis yang hanya tahu berfikir untuk mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatan, tanpa mengambil kira aspek halal-haram.
Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalalkan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermaruah yang tidak peduli dengan larangan2 Allah swt.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ
Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan seluruh para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Hendaklah kita bersatu haramkan judi, nescaya dunia sentosa akhirat bahagia. Bersama menolak pemimpin judi untuk keamanan negara. Kita juga begitu sedih bila mempunyai pemimpin yang begitu sibuk menakut-nakutkan rakyat tentang negara bakal muflis tahun 2019 jika subsidi terus diberi sedangkan sikap pecah amanah, rasuah, ketirisan dalam pengurusan negara yang melibatkan kerugian yang lebih besar daripada subsidi terus disembunyikan. Inilah kesan buruknya bila memilih pemimpin yang bila untung dirasa seorang bila susah rakyat yang dipaksa tanggung.

Oleh itu,Kita hendaklah melakukan amar makruf nahi mungkar jika kita tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas kita kerana kemalasan, kelalaian atau sokongan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Justeru, cegahlah kemungkaran samada yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah, pemimpin2 negara, rakyat bawahan, masyarakat setempat, ahli keluarga dan keseluruhannya dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan syarak, baik dengan perbuatan, lisan mahupun penulisan agar kita semua terhindar dari dosa dan azab. ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN.. SYARIAH DIDAHULUKAN KEREDHAAN ALLAH DIUTAMAKAN.

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah! Sedarlah bahawa para pemimpin kita merupakan sebahagian dari kita. Senantiasalah kita bersama-sama mereka jika mereka berada di dalam kebenaran. Sebaliknya, perbetulkanlah mereka kiranya mereka telah tersasar dari jalan yang lurus. Sedarlah wahai seluruh manusia, seluruh rakyat dan pemimpin bahawa tiada kemuliaan tanpa Islam. Sedarkanlah mereka bahawa kepimpinan bukan soal memenangi hati manusia dengan cogankata, slogan2, menghalalkan yang haram tetapi soal penerapan dan pelaksanaan perintah-perintah Allah sepenuhnya. Jika mereka lalai dalam menjalankan amanah besar ini, maka ucapkanlah kebenaran di hadapan mereka, dan jika mereka enggan menerima kebenaran, maka cabutlah kekuasaan mereka kerana sesungguhnya kekuasaan sebenar itu berada di tangan Allah swt. Berdoalah kepada Allah agar gantikan mereka dengan insan yang lebih baik dan lebih takutkan Allah daripada manusia. Tunaikanlah tanggungjawab kita dan Allah akan pasti membantu kita dan menunaikan hak kita dalam usaha untuk menegakkan kebenaran dan kalimah Allah swt di muka bumi ini. Wallahu a’lam.

DISAMPAIKAN OLEH IBNU MUSLIM PADA 4 JUN 2010 DI MASJID AR-RAHMAH KG SG BUAYA RAWANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan