Khamis, 27 Mei 2010

Cerita Orang2 Yang Soleh

Kisah pertama: Kelebihan sangka baik.

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dlm Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. aku pun berkata dlm hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba2 dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada yg berada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(235: Al-Baqarah) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah tuhan yg menerima taubat daripada hamba2nya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura) Kemudian dia hilang begitu sahaja dr pandangan.

ulasan: Firman Allah "Hai org2 beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adlah memberi dosa..."(12: Al-Hujarat)

Kisah kedua: Karamah seorang wanita.

Setengah org solih berkata: Suatu hari aku berjalan di sebuah pendalaman bersama sebuahgerombolan. Aku melihat seorang wanita berjalan dihadapan gerombolan. Akupun berkata dlm hatiku "Wanita yg lemah ini mendahului gerombolan supaya tidak ketingalan." Aku mengeluarkan beberapa dirham daripada poketku dan aku berkata kepadanya "Ambillah duit ini. Bila gerombolan ini singgah dimana2 tempat, carilah aku supaya aku mencarikan tunggan untuk kamu naiki." Bila saja dia mendengar kata2ku terus dia menghulurkan tangan kearah langit dan tiba2 ditangannya ade beberapa dirham. Dia memberinya kepadaku dan berkata "Kamu ambil duit dari jaib(poket) dan kami ambilnya dr alam gaib."

Ulasan: Firman Allah "Dan Allah memberi rezki dr sumber yg tidak disangka2 kepada org yg bertakwa"(3: at-Tolak)

kisah ketiga: Keinginan yg tertunai.

Seorang syeikh berkata: suatu hari aku lalu di tepi sungai furat. Tiba2 aku teringinkan ikan yg lembut isinya. Dgn tak semena2 air meluahkan ikan kearahku dan seorang lelaki berlari ke arahku dan berkata "Boleh saya memanggangnya untkmu." Aku jawab "Ya" Dia memanggangnya dan aku pun memakannya.

Ulasan: "Dan sesiapa yg bertawakkal kepada Allah maka Dialah yg akan mencukupinya."(3: At-Tolak)

Kisah keempat: 1 dibalas 10.

Abu Ja'far bin al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pd isteriku "Apa yg engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telor" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yg mengandungi telor. Aku bertanya kpd isteriku "Ade berapa telor?" Isteriku menjawab "3o biji" Aku pun berkata "Aik Aku bagi empat tapi yg datang hanya 30; macamane ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dr 4 yg diberi itu pecah.

ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yg melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(160: Al-Anam)

Kisah kelima: Simati mentalqinkan sihidup.

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yg mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba2 Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjwabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk utk mentalqin; aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yg mati(hati yg mati) mentalqin org yang hidup (hati yg hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi s.a.w: "Perumpamaan org yg mengingati tuhannya dgn org yg tidak mengingati tuhannya adalah seumpama org yg hidup dan org yg mati.(hr Bukhari)

rujukan: Ruadur Rayyahin oleh Yafiie dan Tafsir Jalalain.

http://akhisalman.blogspot.com/2008/01/cerita-org2-yg-soleh.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan