Isnin, 5 April 2010

TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU....

Menurut Imam Al-Ghazali r.a terdapat beberapa tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh seorang guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi lapan perkara iaitu :

1. Guru perlu menaruh rasa kasih sayang terhadap murid dan melayan mereka seperti melayan anak sendiri.

2. Guru tidak mengharapkan balas jasa ataupun ucapan terima kasih, tetapi mengajar dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.

3. Guru hendaklah menyampaikan nasihat kepada murid pada tiap kesempatan bahkan gunakan setiap kesempatn untuk menasihati dan menunjuk ajar murid. Mereka hendaklah sentiasa dinasihati bahawa menuntut ilmu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

4. Guru hendaklah mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang tidak baik dengan jalan halus dan bukan dengan cara mencela.

5. Guru yang mengajar suatu matapelajaran tertentu hendaklah jangan memperlekehkan matapelajaran yang lain. Dia hendaklah membuka peluang kepada murid mempelajari cabang ilmu baru.

6. Guru hendaklah berbicara dengan bahasa yang mudah dan dapat difahami dalam menyampaikan pelajaran. Guru perlu berbicara dengan mereka menurut kadar kemampuan akal murid.

7. Para guru juga hendaklah menyampaikan kepada murid yang lemah menurut kemampuan mereka dengan memilih pelajaran yang mudah dan jelas.

8. Para guru hendaklah mengamalkan ilmunya, dan amalan hendaklah bertepatan dengan apa yang diajar. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud " patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan