Terdapat dua jenis pekerjaan yang kadang-kadang umat Islam alpa mengenai pengharamannya. Yang pertama, ialah semua jenis pekerjaan yang ada kaitan dengan arak. Yang kedua, ialah semua jenis pekerjaan yang berkaitan dengan riba’.
1. Pekerjaan yang berkaitan dengan arak.
Pengharaman ini telah diperincikan menerusi hadith nabi yang bermaksud:
“Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. Yang memerahnya
2. yang minta diperahkan untuknya
3. yang meminumnya
4. yang membawanya
5. yang minta dihantarinya
6. yang menuangkannya
7. yang menjualnya
8. yang makan harganya
9. yang membelinya
10. yang minta dibelikannya.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Dalam riwayat yang lebih kuat, Rasulullah bersabda:
Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim)
Justeru, adalah jelas hukum beberapa jenis pekerjaan yang berkaitan dengan arak. Ini termasuklah:
1. Pemandu lori kedai arak.
2. Pemilik kedai yang menjual arak.
3. Juruwang (cashier/till machine operator) yang menguruskan pembelian arak.
4. Pekerja buruh di kilang arak dan yang mengangkut arak.
5. Pelayan kafe, restoran dan pramugari/a yang menghidangkan arak.
6. Kerani dan pegawai di syarikat yang berurusan secara terus dengan arak.

7. Syer/kongsi saham/makan persen/pengeluar lesen/pihak berkuasa yang meluluskan
8. Dan lain-lain.
2. Pekerjaan yang berkaitan dengan riba.
Selain beberapa ayat al-Quran, hadith nabi juga turut menyentuh mengenai pengharaman riba, serta mereka-mereka yang membantu transaksi riba. Sebagai contoh, hadith nabi yang bermaksud:
“Dilaknati Rasulullah SAW pemakan (penerima) riba, dan pemberi makan (pemberi riba), saksinya dan penulisnya.” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih )
Hadith ini jelas mengharamkan umat Islam daripada bekerja di beberapa sektor yang berkaitan langsung dengan riba. Antara contoh pekerjaan yang boleh difahami berdasarkan hadith di atas ialah:
1. Penerima dan memanfaatkan riba’ – ini termasuk orang yang menggunakan manfaat keuntungan riba seperti sektor pelaburan berasaskan riba’, perniagaan kredit/hutang berasaskan riba’, dan pelabur deposit tetap ribawi yang bergantung kepada keuntungan pelaburannya.

2. Pembayar riba’ – pengguna perkhidmatan bank konvensional berasaskan riba’, termasuklah pembeli rumah dan kereta menerusi kaunter pinjaman riba’, pelabur yang melaburkan wang mereka di dalam pelaburan riba’ dan pengguna/pembayar kad kredit yang terlibat dengan transaksi riba terutamanya ketika pembayaran lewat tempoh.
3. Saksi riba – termasuklah penjamin dan saksi kepada kontrak berasaskan riba meliputi pinjaman kereta, pelajaran, rumah dan lain-lain.
4. Penulis riba – termasuklah kerani kaunter di bank konvensional berasaskan riba’, peguam yang menguruskan dokumen urusniaga rumah seperti kontrak jual beli dan lain-lain, pegawai pemasaran produk berasaskan riba serta pihak berkuasa yang meluluskan urusniaga riba’.
Apa tindakan anda sekiranya anda terlibat dalam salah satu pekerjaan di atas?
1. Bertaubat.
2. Berhenti daripada melakukan pekerjaan tersebut, walaupun ianya dilihat mengurangkan keuntungan atau mengundang kerugian kepada diri/syarikat anda.
Apakah lagi yang wajar anda lakukan?
1. Sebar nota ringkas ini kepada yang lain.
2. Tegur sahabat-sahabat anda yang terlibat dengan pekerjaan-pekerjaan di atas dengan berhikmah.
3. Jaga anak-anak dan keturunan anda daripada terlibat dalam pekerjaan di atas. Penekanan perlu diberikan kepada mereka yang bekerja buruh, part-time worker, peguam, peniaga, peminjam (kereta, rumah dan pelajaran) dan pelabur.
Kesan kalau anda teruskan pekerjaan anda:
1. Mendapat dosa.
2. Mendapat balasan daripada Allah.
3. Ada juga yang mendapat petanda balasan di dunia lagi, seperti keuntungan yang anda perolehi terputus barakah (tidak berkat). Contoh gejala tidak berkat ialah:
a. walaupun gaji/untung besar, tapi masih rasa tidak cukup.
b. keluarga tidak bahagia.
c. rumah/kereta/pelajaran yang dibeli menerusi riba’ bermasalah.
d. hilang ketenangan hidup.
e. dan lain-lain.
Hayatilah firman Allah SWT, peringatan Perang Allah swt ke atas mereka yang terlibat dalam industri riba
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279)
Wassalam.
Salam ustaz,mcm mana dgn kerani yg bkerja di firma guaman yg mnyediakn pjnjian sewaan bagi kdai2 yg mnjual arak di shopping complex?adakah sabit hukum haram juga ataupn pndapatannya jtuh dlm kategori syubhah?ada yg mngatakn hkumnya tdak smpai haram kerana kerani bukanlah org yg bkuasa utk mngawal gerak kerja firm tsbut.cthnya sperti bos atau pguam yg mnentukn pmilihan client.keduanya tdak haram kerana bukan semua pjnjian yg dsdiakn oleh kerani tsbut tlibat dgn pjualan arak.hnya sdkit shja.mohon pnjelasan buat yg keliru.syukron jazilan ustaz.
BalasPadam