Isnin, 19 April 2010

Memilih Pemimpin

Assalamu'alaikum...
Bagaimanakah cara yang dituntut dalam islam untuk memilih pemimpin dikalangan kita?Adakah dengan melihat isteri calon pemimpin tersebut tidak menutup aurat bermakna tidak boleh mengangkat menjadi pemimpin?Minta penjelasan ustaz dengan lebih lanjut lagi.

Terima kasih...
************************************
Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Islam, bukanlah sekadar AGAMA yang difahami sebagaimana difahami oleh masyarakat Barat yang mana mereka mengenal agama itu hanya sbg “ The relationship between The God & The Human “ ( agama ialah satu hubungan di antara Tuhan dengan manusia ) , akan tetapi Islam melangkaui batas itu, iaitu dengan menjadikan hubungan di antara manusia sesama manusia , bahkan sesama semua makhluk merupakan tuntutan Agama Islam itu sendiri.

Sering dipersoalkan oleh masyarakat : “ Adakah di dalam Islam ada ajaran mengenai cara memilih sang pemimpin ? “ ataupun “ Adakah di dalam Islam ini ajaran berkenaan dengan politik ? “.

Kita menjawab : Ayuh kita berfikir sejenak dengan dada yang lapang !, kita lihat di dalam Islam diajar perkara-perkara yang kecil-kecil (remeh-temeh : pada pandangan sebahagian manusia) seperti adab masuk ke dalam tandas (iaitu dengan melangkah masuk dengan kaki kiri dan membaca doanya, lalu apabila keluar, dengan mendahulukan kaki kanan dan membaca doa).

Selain itu Islam juga mengajar adab makan, adab berjalan, adab tidur dan bangun tidur dan sebagainya. KALAULAH PERKARA-PERKARA YANG KECIL SEPERTI INI ISLAM JUGA MENGAJARKANNYA KEPADA KITA , BAHKAN MENITIK-BERATKANNYA, APATAH LAGI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BESAR-BESAR , SEPERTI MEMILIH PEMIMPIN & CARA MENEGAKKAN MASYARAKAT SERTA NEGARA ( POLITIK ) ???.

Kalaulah memilih bakal suami-isteri pun , diajar di dalam Islam, maka , betapa pula halnya dengan memilih pemimpin @ ketua yang jauh lebih penting dan besar peranannya berbanding suami dan isteri tadi !?.

Jadi , dari manakah asas ataupun sumber yang melahirkan soalan-soalan yang mempertikaikan Islam sebagaimana di atas ?.

Tak lain tak bukan, ianya berpunca drp “serangan pemikiran” (Al-Ghazwah Al-Fikriyyah) pihak barat ke atas umat Islam itu sendiri, agar umat Islam yang “buta” di dalam mengenal ajaran Islam yang sebenar dan luas itu, lalu menjadi umat yang jauh drp ajaran Islam ( dan inilah yang dikehendaki oleh barat). Serangan pemikiran ini, dinamakan sebagai SEKULARISME yang definasinya (secara definasi yang paling tepat) ialah : “ SATU FAHAMAN CIPTAAN MANUSIA YANG CUBA MEMISAHKAN MANUSIA DARIPADA SETIAP SENDI-SENDI AJARAN AGAMA ISLAM “.

Bagaimanakah logiknya andainya dikatakan bahawa Islam itu tiada kena-mengena dengan urusan politik (serta urusan duniawi yang lain) , walhal Rasulullah s.a.w sendiri pernah menjadi Ketua (zaman sekarang boleh diertikan sebagai Presiden) dan pengasas Negara Islam pertama : Al-Madinah Al-Munawwarah !?.

Dan adakah logik andainya Allah Ta’ala memerintahkan agar manusia memakmurkan bumi ini dan Allah Ta’ala boleh terima (redha) pula dengan undang-undang ciptaan manusia dengan membelakangkan undang-undang drp Allah Ta’ala selaku Tuhan yang telah menjadikan bumi ini ???.

***********************
Jadi, bagaimanakah hendak dipilih seseorang pemimpin itu menurut ajaran Islam ?.

Jawapannya sangat panjang dan lebar, lantaran itu, banyak ulama’ yang membicarakan secara khusus akan persoalan ini, seperti Imam Al-Mawardi (r.h) yang telah menulis kitab “ Al-Ahkam As-Sultoniyyah” dan Imam Ibnu Taimiah (r.h) yang menulis kitab “ As-Siasah Asy-Syari’ah Fi Islahi Ra’ie War Ra’ayah “. Dipersilakan anda mendapatkannya dan membacanya !.

Persoalan di atas dan yang seumpama dengannya turut sama menjadi topik perbicaraan ulama’ moden yang menulis di dalam bidang Fiqh , Fiqh Islami Wal Qanun dan Harakah ( Persoalan Gerakan Islam ) serta bidang Dakwah, hinggakan di Universiti Al-Azhar sendiri (sbg contoh) topik POLITIK ISLAM ini diajarkan secara khusus , samada melalui subjek Fiqh ataupun Nuzum Islamiah ( Peraturan-Peraturan Islam). Selain itu, di universiti tersebut juga, diwujudkan satu aliran khusus berkenaan Politik Islam di peringkat “ Ad-Dirasat ‘Ulya “ ( Peringkat Pengajian Tinggi) bagi setiap mahasiswa/i nya menuntut di peringkat M.A (Master) , ataupun Ph. D. Dan suka dinyatakan di sini, di antara buku terbaik di dalam bidang ini yang ditulis oleh ulama' semasa (moden) ialah " FIQH AD-DAULAH " oleh 'Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (h.A).

Secara ringkasnya , pemimpin yang dipilih menurut ajaran Islam mestilah seorang Islam, lelaki ( bagi kepimpinan utama ) , yang arif akan selok-belok ajaran Islam, yang dapat menegakkan keadilan yang dituntut, yang dapat menegakkan Amar Ma’aruf Wan Nahyun ‘Anil Munkar, pemimpin itu juga mestilah menunaikan solat dan segala kefardhuan Islam.

Merujuk soalan saudara : “ …. Adakah dengan melihat isteri calon pemimpin tersebut tidak menutup aurat bermakna tidak boleh diangkat menjadi pemimpin ?”.

Maka kita menjawab : Bagaimakah boleh pemimpin seperti itu dipilih, walhal dia sendiri tidak mengendahkan isterinya yang terang-terang tidak mengamalkan ajaran Islam ?, Bukankah kewajipan menutup aurat itu adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim (fardhu ‘ain) ?. Kalaulah pemimpin itu sendiri tidak berupaya menegur dan membetulkan isterinya, maka bagaimanakah boleh diharapkan drp orang seperti itu untuk membetulkan kita (sebagai rakyat) daripada sebarang perkara yang tidak diredhai Allah Ta’ala ???. Seperkara lagi , bukankah pemimpin itu sendiri mestilah menunjukkan “ Qudwah Hasanah “ ( contoh teladan yang baik ) ?.

Jelas bukan !? Saya kira topik ini sebenarnya sudah sama-sama dimaklumi oleh setiap orang Islam yang sedar dan insaf, “ Tepuk dada, tanyalah iman anda “.

Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan sekalian mendapatkan jawapan-jawapan bagi setiap persoalan-persoalan sedemikian melalui buku-buku yang “melambak” dijual di pasaran , apatah lagi, dengan adanya internet ini, tidak patut bagi seseorang itu untuk berhujah bahawa dia masih tidak tahu persoalan-persoalan yang penting seperti itu.

***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Sekian. Terima Kasih.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan