Ahad, 11 April 2010

KENAPA ALLAH MENGGUNAKAN KAMI DALAM QURAN UNTUK MERUJUK KEPADANYA?

SOALAN:
Tolong hurai sikit, pasai pa dlm quran ALLAH guna AKU&KAMI??(soalan sms)

JAWAPAN:

Allah dalam memperkenalkan dirinya kadangkala menggunakan perkataan KAMI dan kadangkala menggunakan perkataan AKU, tapi pada hakikatnya adalah sama.

Plural atau jamak di dalam bahasa Arab mempunyai dua makna iaitu menunjukkan bilangan dan keagungan. Jadi penggunaan Kami dalam ayat al-Quran oleh Allah swt merujuk kepada Keagungan Allah.

Perkataan KAMI digunakan bagi menunjukkan BESAR, HEBAT dan AGUNG. Kalau mahu buat perbandingan adalah seperti raja-raja, sesetengahnya menggunakan perkataan "Beta" dan kadangkala "Kami" dan jarang menyebut "Saya".

Perkataan "Kami" di sini tidak beerti ramai, cuma boleh juga difahamkan bahawa Allah menyebut begitu bagi pihak pemerintahanNya yang Maha Hebat dan Agung. Sememangnya Allah layak menyebut perkataan itu kerana pemerintahannya memang hebat dan Allah memang layak berbangga dan bersikap seumpama itu. BAgi kita manusia biasa tidak layaklah bersikap begitu kerana kita adalah hambaNya yang lemah.

CONTOH:

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula, dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (Yasin 36;9).

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.(Al-Hijjr 15;9)

WALLAHUA'LAM...WASSALAM

1 ulasan:

  1. pada pendapat saya allah menggunakan perkataan kami apabila allah memperkatakan tentang turunnya azab, rahmat dan lain-lain, kerana kerja itu turut dibuat oleh para malaikat atas perintah allah s.w.t, contoh: seorang boss yg adil tidak akan mengatakan 'aku' yg membuat sebuah banggunan itu, tapi akan mengatakan 'kami' yg membuat banggunan itu, kerana beliau tahu pekerja beliaulah yg membuat banggunan itu atas arahan beliau. Dan bila Allah menyuruh hambanya menyembah nya, Allah hanya menggunakan perkataan 'aku', kerana hanya Allah satu-satunya tuhan dan harus disembah. Wallahuaklam.

    BalasPadam