Isnin, 26 April 2010

Berapakah harga diri anda?

Pernahkah anda terfikir untuk menjual diri anda?
Jika anda ingin menjualnya, berapa harga yang anda pinta?
Adakah anda percaya ada orang yang akan membelinya?

Usah pening kepala memikirkan jawapannya!
Sesungguhnya ada yang sedia membeli diri anda!
Harganya?
Tidak tergambar oleh anda!
JANNAH!

Tahukah anda apa itu JANNAH?

Suatu tempat yang luasnya antara langit dengan bumi
Keindahannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia.
Bayang sebatang pokok sahaja tidak mampu dilepasi oleh penunggang kuda paling pantas yang berlari tanpa henti selama 100 tahun!

Bersediakah anda untuk menjual diri anda kepada pembeli tersebut?
Itulah satu-satunya tawaran yang anda pernah terima sepanjang hayat anda.
Jika anda menolaknya maka tiada lagi tawaran selepas ini dari mana-mana pihakpun
Dan kalau ada, pastinya tidak akan ada yang mampu membayar harga yang lebih mahal daripada itu.

Kini, pilihan di tangan anda!
Nak jual atau tidak?
Kalau nak jual, sekaranglah masanya sebelum kaunter urusniaga ditutup.
Segeralah rebut.
Jika sudah bersedia, lafazkanlah aqad jual beli:

(أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله)

Selepas itu siapkan diri anda untuk berperang menegakkan agama Allah, membunuh dan terbunuh.
Bukan itu sahaja.

Anda juga perlu hiaskan diri seindah-indahnya dengan perhiasan yang digemari oleh pembeli anda, iaitu taubat, ibadat, memuji-muji namanya, berpuasa atau mengembara, membanyakkan solat (rukuk dan sujud), menyuruh ma’ruf, mencegah mungkar dan memelihara serta mempertahankan batasan-batasan agamanya.

Intisari suarah At-Taubah 9 ayat111 dan 112

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)." (112)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan