Jumaat, 5 Mac 2010

Ilmu mesti disertai amal dan akal

"Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu".
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


"Apabila mati anak adam. Maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya."
(Hadith sahih riawayat Bukhari dan Muslim).

Ilmu adalah kunci kehidupan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Ilmu menuntut amal. Islam menyuruh manusia untuk menuntut ilmu untuk diamalkan dan untuk kebaikan. Islam melalui lidah Rasulullah (SAW) mengecam orang yang menuntut ilmu untuk menyombongkan diri dan merendahkan orang lain. Islam juga menuntut manusia menggunakan pertimbangan akal dalam mengamalkan ilmu.

Ilmu yang diamalkan dan diajarkan pula kepada orang lain, boleh menjadi 'harta yang dibawa mati'. Bukankah ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain adalah amalan yang tidak putus hitungannya sehingga hari kiamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan