Sabtu, 27 Februari 2010

BENARKAH KITA MENGINGATINYA??

“Ummati.. Ummati… Ummati…” itulah ungkapan yang dilafazkan di saat sakaratul maut mula menerpa….. Subhanallah tidak terkira cintanya Rasulullah S.A.W. kepada kita.. Walaupun wajah ini tidak pernah ditatapinya… Betapa risaunya beliau kerana tidak mahu umatnya menyentuh panasnya Neraka dan azab Allah….

Bagaimana kita hari ini? Masih ingatkah kita pada junjungan mulia Rasulullah S.A.W? adakah mungkin perkataan akhir yang dilafazkan kita “Allah…Rasulullah…Ashaduallailaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadarrasulullah?“… Adakah mungkin kita itu perkataan yang terlintas di fikiran kita ketika sakitnya ruh kita ditarik sedikit-demi sedikit dari jasad kita?…

Lihatlah diri kita hari ini…renungkan sejenak.. perhatikan pakaian kita… perhatikan akhlak kita.. fikirkan sumbangan kita… perhatikan keluarga kita… perhatikan sahabat-sahabat kita… perhatikan hiburan kita… adakah apa yang ada pada kita sekarang bakal menggembirakan hati Rasulullah sekiranya beliau datang menjenguk kita??

Apakah harga setiap kerisauan baginda terhadap umat-umatnya? Apakah harga para syuhada’ dan para sahabat yang bertungkus lumus berdakwah bagi memastikan islam terus tertegak dalam muka bumi ini?

Sesungguhnya…. Masih belum terlambat untuk kita berubah……

Kerna Allah dan Rasulullah menyayangi kita lebih dari kita menyayangi diri kita sendiri…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan