Assalamualaikum!
Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?
Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?
***********
Wa'alaikumussalam..Alhamdulillah.
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.
Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.
Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].
Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]
Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-
Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-
ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]
Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb. WA.
Sekian, wassalam
Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb. WA.
Sekian, wassalam
jadi payung emas tu tak wujudlah di mana2 hadis..? sekadar propaganda org lelaki ke..??
BalasPadambegitulah nampaknya... insyaallah ganjaran2 yg lain akan diperolehi jika dia mjadi isteri yg sabar dan taat.. cuma tiada hadis bkaitan payung emas..wassalam
BalasPadammohon share
BalasPadamPayung Emas simbul pelindungan yang amat hebat. itulah yang akan diperoleh berbanding kahwin seorang. Bayangkan dengan poligami:
BalasPadam1. korban diri untuk kebaikan suami
2. korban cinta untuk cinta suami
3. korban perasaan demi suami
4. korban kehidupan demi kehidupan orang lain
5. Waktu bukan gilirannya dia banyak dengan Allah beribadah
6. waktu gilirannya, diberikan kasih sayang/cinta sepenuhnya kepada suaminya.
semua ini hanya boleh dilakukan oleh orang berpoligami/bermadu. semua itu mampu dilakukan oleh isteri pertama maka dengan sebab itu mereka layak menerima perlindungan daripada Allah.
jadi, payung emas itu sekadar simbul sama sperti dinamakan jubli perak/emas dll.
Rupo-rupo ey ramai yg tak tahu bhw hadis nabi yg mengatakan isteri pertamo dapek payung emas yg akan memayunginya drpd terik panas mentari padang mahsyar bilo volunteer carikan bini baru utk suami ey sbnrnya PALSU. Ado ostad dan budak sekolah agamo pun tak tahu bhw hadis tu palsu. Main sebar mcm tu yor. Den selalu gak gurau2 pakai hadis ni dgn ex-budak sekolah agamo pakai hadis palsu tu dlm fb dgn niat nak menguji ilmu hadisnya tapi ternyato fail. Bukan nak banding tapi ini adolah kesan bagaimano berjayanya geng-geng Al-Arqam dulu mempopularkan hadis palsu tersebut.
BalasPadamHadis ni terdapat dlm kitab muhimah. Dan kitab ni menjadi rujukan wajib ahli2 Al-Arqam semaso time gemilangnya. Jadi jgn heran mcm mano Al-Arqam bulih copek berkembang dan ramai org luar menjadi ahlinya. Magnetnya ialah poligami. Tak perlu susah nak mengurat cari bini mudo, isteri pertamo kau nanti yg tolong carikan akibat doktrin hadis palsu payung emas dlm grup Al-Arqam. Lelaki mano pun akan terpikat utk join Al-Arqam. Tadi den ckp magnetnya ialah poligami tetapi yg lobih topat ialah seks. Dan antara ciri-ciri utamo ajaran sesat ialah tarikan seks. Kalau boto la Allah nak bg payung emas, sudah tentu A'isyah r.a dahulu berlumbo2 carikan isteri baru utk nabi. Ape daa
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita..sy tertanya-tanya juga tentang hadiths sahih berkenaan Payung Emas ni....terjawab sudah....kerja Al-Arqam rupanya...
BalasPadam