Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Selasa, 29 Disember 2009
Isnin, 28 Disember 2009
MUNAFIQ YANG ALIM LIDAHNYA
“Ilmu itu adalah Imam dan Amal itu adalah makmum”
Perkataan di atas pertama kali saya temui semasa membaca buku Manhaj Dakwah Al-Qardhawi. Perkataan itu benar-benar memberi satu impak besar dalam kehidupan saya. Semacam ada sebuah aura yang terus-menerus untuk saya hafal dan ulangi setiap masa.
Bukan mudah untuk menjadi orang yang berilmu, tetapi bukan sukar juga untuk mendalami ilmu pengetahuan sehingga menjadi Ilmuan. Ia bergantung kepada diri sendiri, dalam masa yang sama di atas takdir Allah.
Menjadi seorang yang berilmu adalah sebuah penghormatan dan kemulian. Banyak hadith-hadith dan firman Allah yang menggambarkan betapa tingginya darjat orang yang berilmu.
Firman Allah, “Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya, dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas.” (Surah al-Fathir 35:19-21)
Ayat di atas Allah telah menggambarkan orang yang berilmu seperti seorang yang celik matanya. Manakala orang yang jahil seperti seorang yang buta matanya. Sungguh tinggi perumpamaan yang digambarkan Allah terhadap orang yang berilmu.
Hakikat kemuliaan dan tingginya darjat orang yang berilmu telah dikukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW. Sabdanya, “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkannya untuk masuk ke Syurga. Para Malaikat akan mengepakkan sayapnya ke atas pencari ilmu, kerana mereka suka dengan apa yang dilakukannya. Orang yang berilmu dimintakan ampun oleh semua yang ada di langit dan di bumi, bahkan ikan-ikan di air juga turut serta memohon ampun untuknya. Keutamaan orang yang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas bintang. Para ulama adalah pewaris nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Sehingga orang yang mengambilnya benar-benar telah mengambil bahagian yang sempurna.” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)
Al-Imam Ghazali ketika membaca hadith telah berkomentar, “Telah maklum, tidak ada darjat di atas darjat kenabian dan tidak ada kemuliaan di atas kemuliaan mewarisi darjat tersebut.”
Banyak sekali kenyataan dan bukti yang menunjukkan bahawa orang yang berilmu sangat dihormati dan dipandang tinggi.
Namun virus-virus ujub dan tidak mengamalkan ilmu yang ada semakin lama semakin membarah di kalangan penuntut ilmu. Sungguh ramai para penuntut ilmu mula mencari ilmu untuk kemegahan dan keuntungan dunia. Manakala ada juga sebahagian dari mereka, mencari ilmu semata-mata untuk berdebat dan menguji para ulama yang ada.
Kegusaran Nabi Muhammad terhadap hal ini sememangnya telah diduga semasa baginda masih hidup lagi. Oleh sebab itu Rasulullah pernah memberi amaran kepada penuntut ilmu tentang hal ini. Sabda Rasulullah SAW, “Jangan mempelajari ilmu untuk menyombongkan diri pada ulama, berbangga dengan orang yang jahil, serta memilih-milih majlis. Sesungguhnya barangsiapa yang melakukan hal tersebut, dia akan masuk ke dalam neraka, dia akan masuk ke dalam neraka.” (Hadith direkodkan Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sahih Ibn Hibban)
Begitu juga dengan sesiapa yang menuntut ilmu niatnya kerana ingin mendapat keuntungan dunia. Rasulullah telah memberi amaran keras terhadap golongan ini. Sabda Rasulullah SAW, “Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau Syurga pada hari Kiamat.” (Hadith direkodkan Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sahih Ibn Hibban)
Oleh sebab niat yang tidak jujur dan ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, membuatkan ilmu yang ada hanyalah setakat di lidah tanpa ada pengamalan. Sedangkan ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan, kerana ilmu adalah imam dan amal adalah makmum.
Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Tafsir Fiqh as-Suluq fi Dhau al-Quran wa as-Sunnah menulis, “Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya, dan perbuatannya mendustakan perkataannya. Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba-hamba Allah. Dan tindakannya itu merupakan tindakan yang diperingatkan al-Quran kepada orang-orang beriman. Firman Allah, “Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah al-Shaff 61:3)
Maka tidak aneh apabila Rasulullah meminta perlindungan daripada Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat. Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas serta doa yang tidak dikabulkan.” (Hadith direkodkan Ibn Majah)
Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tidak beramal dengan ilmunya. Ketika Rasulullah menceritakan kepada para sabahat bagaimana seksaan yang diterima oleh golongan yang berilmu tetapi tidak memanfaatkannya.
Zaid bin Arqam telah meriwayatkannya dengan berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda: Pada hari Kiamat seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian usus-ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat penggiling. Para penghuni neraka berkumpul dan bertanya kepada orang tersebut, “Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf dan melarang perkara yang munkar? Dia pun menjawab, “Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang munkar, tetapi aku sendiri melakukannya.” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)
Golongan berilmu ini boleh juga dikira sebagai seorang munafik. Kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak. Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah namun amalannya pahit bak hempedu. Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan iman dan Islam. Golongan ilmuan sebegini adalah munafik yang alim lisannya.
Bahaya munafik yang alim lisannya ini telah diperingatkan oleh Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Umran bin Hushain. Sabda baginda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya.” (Hadith direkodkan Imam Tabrani)
Berhati-hatilah dengan golongan ilmuan sebegini. Dan sentiasalah berdoa agar di kalangan kita tidak akan wujud golongan seperti ini. Moga peringatan Saidina Umar al-Khatab ini menjadi nasihat dan peringatan sekaligus kepada kita semua. Kata beliau, “Berhati-hatilah, kerana Rasulullah SAW menyuruh kita berhati-hati terhadap setiap orang munafik yang alim lisannya.”

15 Tanda Tanda Orang Malas
1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
“Ya Tuhanku, Aku Berlindung DenganMu Dari Duka Nestapa Dan Aku Berlindung DenganMu Dari Sifat Lemah Dan Kemalasan Dan Aku Berlindung DenganMu Dari sifat Bakhil Dan Takut Dan Aku Berlindung DenganMu Dari Bencana Hutang Dan Kongkongan Orang Orang Yang Gagah Perkasa.”

Sabtu, 26 Disember 2009
Jumaat, 25 Disember 2009
-Berhijrah Menjadi Bangsa Bermaruah-
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. قَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهاَ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Kita sudahpun berada di tahun baru 1431H. Ini menandakan umur kita meningkat setahun lagi dan pada masa sama ia turut mengisyaratkan bahawa ajal semakin menghampiri kita. Oleh itu, sebaik-baik tekad dan azam mengharungi sisa-sisa hidup yang masih berbaki di tahun baru ini ialah meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ini merupakan salah satu daripada maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam kerana meninggalkan amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar selaras mafhum sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (H.R. Abu Dawud).
Dan sesungguhnya perubahan ke arah kebaikan didasari oleh kekuatan iman, jihad dan pengorbanan yang tinggi kerana mengharapkan rahmat dari Allah S.W.T seperti yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Maknanya, hijrah itu merupakan perwujudan keimanan yang disertai semangat jihad memerangi hawa nafsu dan segala sifat-sifat buruk yang merusak kehidupan peribadi maupun masyarakat. Hakikat ini diabadikan dalam al-Quran, Allah S.W.T berfirman:-
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah, mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (S. Al-Baqarah: 218).
JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Kehadiran tahun baru Hijrah ini juga mengingatkan kita kepada peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Baginda khususnya, dan kepada seluruh umat Islam umumnya. Ini kerana peristiwa ini dilihat sebagai strategi perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan syiar Islam.

Oleh hal yang demikian, peristiwa hijrah yang dilakukan Rasulullah s.a.w dan para sahabat tersebut tidak semata-mata merupakan suatu perpindahan tempat dari Makkah ke Madinah. Lebih dari itu, ia merupakan satu perubahan nekad, iaitu meninggalkan pelbagai perilaku buruk yang dilarang oleh Allah S.W.T. Maka ia dilihat sebagai satu titik permulaan pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia daripada keadaan daif kepada keadaan lebih baik.
Ini kerana dalam peristiwa yang agung itu, kita diberi gambaran bahawa berlaku penghijrahan dari penyembahan kepada berhala menuju penyembahan hanya kepada Allah S.W.T, yakni berhijrah dari syirik kepada Tauhid, dari merendahkan kaum wanita kepada mengangkat darjat mereka, dari semangat kesukuan dan perkauman kepada semangat kemajmukan atau pluralitas dan keuniversalan nilai-nilai kemanusiaan yang saling berkasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga berhijrah dari perbuatan zalim kepada perbuatan adil dan dari khianat kepada amanah.
JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Dalam meneruskan perjuangan Islam ini, tiada bekalan yang paling utama selain daripada akidah yang teguh dan mantap. Ini kerana hijrah didasari perjuangan untuk menyelamatkan akidah ummah. Kita hijrah maknawi daripada perbuatan syirik kepada Tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.
Dengan hal yang demikian, penghijrahan itu dari satu segi mengarah kepada pembentukan umat atau bangsa yang bermaruah. Maruah di sini membawa maksud mempunyai harga diri, malu melakukan perkara yang tidak baik, pantang berputus asa dalam mencapai sesuatu matlamat yang baik, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan hidup supaya tidak dihina, sentiasa mengajak kepada kebaikan dan sebagainya.
Justeru, jika sebelum hijrah umat Islam adalah golongan yang ditindas dan disiksa kaum Musyrikin, namun selepas hijrah, kaum Muslimin mempunyai kedudukan kuat dan terbentuk sebuah masyarakat yang ada peraturan, pimpinan dan matlamatnya lebih terarah kepada memperoleh redha dan rahmat Allah S.W.T. Inilah natijah daripada penghijrahan daripada hidup yang ditunjangi hawa nafsu kepada hidup yang ditunjangi akidah Islamiah yang mengangkat martabat ummah yang bermaruah.
Dengan kata lain, peristiwa Hijrah itu membuktikan bahawa Islam bukan saja agama dalam pengertian yang sempit dan hanya menyentuh soal ibadat khusus saja, malah ia adalah agama yang syumul (menyeluruh) menyentuh segala perkara yang bersangkutan dengan bidang kehidupan manusia, seperti politik, ekonomi, sosial, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bagi membentuk umat yang bermaruah, Islam memberi penekanan kepada tarbiah berasaskan akidah, syariah dan akhlak. Inilah asas terpenting bagi membangun bangsa bermaruah hatta mencapai status “khair ummah” atau umat yang terbaik. Dalam hubungan ini, setiap detik yang berlalu hendaknya menguatkan semangat kita semua untuk kembali menghayati serta menterjemahkan pengajaran yang tersirat pada firman Allah di dalam Al-Quran:-
Bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka; orang yang fasik.” (Ali Imran: 110).
Ini adalah ayat yang menegaskan bahawa sesungguhnya umat Muhammad adalah umat yang bermaruah dan terbaik yang dilahirkan bagi faedah manusia. Namun, kemuliaan dan keistimewaan sebagai “khair ummah” atau umat yang bermaruah hanya akan dicapai bilamana umat Islam konsisten dalam menjalankan tiga dasar Islam yang utama, iaitu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

Memperteguhkan serta meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T adalah langkah pertama bagi menjadi umat yang bermaruah dan terbaik yang memberi faedah kepada seluruh manusia. Beriman kepada Allah bererti mempercayai serta meyakini sungguh-sungguh bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang “sa” (tunggal), yang telah mencipta seluruh alam ini. Di samping itu, iman juga merangkumi percaya kepada para malaikat, kitab-kitab Allah, para Rasul, hari kiamat dan qada serta qadar Allah S.W.T.
Begitu pun, beriman bukan bererti setakat percaya saja. Mengimani serta mempercayai keenam-enam perkara yang dinyatakan tersebut juga menuntut kita akur dan mematuhi segala perkara yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Ini termasuk mematuhi perintah mengerjakan Solat, Puasa, mengeluarkan Zakat, mengerjakan Haji ke Baitullah hatta menguasai ilmu pengetahuan, memperkukuh kesejahteraan ummah, seterusnya memikul tugasan amar makruf nahi mungkar dengan penuh ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Tingkat keimananlah yang akan menentukan sama ada kita bermaruah atau sebaliknya. Tingkat keimananlah juga yang akan menentukan sama ada kita tegas atau berani menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Tingkat keimananlah juga yang menentukan corak tindakan yang diambil bagi melaksanakan amar makruf nahi mungkar sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangan (kekuasaan)-nya; jika tidak mampu, dengan lisannya; jika tidak mampu, dengan hatinya. Namun, itulah selemah-lemah iman.” (H.R. Muslim).
Hadis ini menjelaskan bahawa setiap kemungkaran yang berlaku hendaklah dibanteras atau dihalang dengan tangan, iaitu menggunakan kuasa sama ada kuasa jawatan yang disandang ataupun kekuatan fizikal yang dimiliki. Kalau tidak mampu melakukan yang sedemikian, maka kemungkaran yang berlaku itu hendaklah dihentikan dengan memberi nasihat kepada orang yang melakukannya. Andai kata tak mampu juga memberi nasihat, maka hendaklah membenci perbuatan keji itu, iaitu tidak menyetujui atau tidak suka akan perbuatan yang ditegah Allah yang dilakukan. Dan langkah seumpamanya adalah selemah-lemah iman.
JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Allah mengurniakan kepada kita akal untuk berfikir. Allah juga menurunkan peraturan kehidupan untuk dipatuhi dan diamalkan. Jika kita sadar akan jati diri kita sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T, maka sudah sewajarnyalah kita mampu mengarahkan akal kita sesuai dengan peraturan serta kehendak-Nya.

Sehubungan itu, kita selaku umat Islam hendaklah menyesuaikan seluruh amal perbuatan kita selaras dengan peraturan Allah, bukan berdasarkan kepada hawa nafsu atau kehendak orang lain. Ini kerana segala peraturan yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik meskipun barangkali ada di antara manusia berpendapat ia tidak baik.
Firman Allah:-
Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” ( S. Al-Baqarah: 216).
Inilah isyarat yang diberi Allah bagi menyedarkan kita semua bahawa hidup kita perlu diikat dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan oleh-Nya. Mereka yang menyedari hakikat ini akan sentiasa tunduk mematuhi segala Syariat Islam, menjauhi segala bentuk kemungkaran dan rela berkorban untuk membentuk diri menjadi umat yang bermaruah, Justeru selagi kita berpegang dengan ajaran Islam, insya-Allah, setiap cabaran dan masalah yang melanda dapat diatasi dengan petunjuk daripada Allah S.W.T.
JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Semoga di Tahun Baru 1431H, kita sebagai umat Islam dapat mengamalkan makna hijrah itu, iaitu semakin mendekatkan diri kepada Allah, cinta pada Rasul-Nya, dan tidak lagi melakukan perbuatan yang keji seperti melakukan rasuah, menganiaya kaum lemah, memeras ugut, suka mengadu domba dan perbuatan-perbuatan keji lainnya.
Tegasnya, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak ke arah melakukan perkara-perkara buruk yang menyelewengkan kita daripada lunas-lunas syariat. Kita tanamkan azam baru untuk mengamalkan secara bersungguh-sungguh perintah Allah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya amalan agama subur dalam diri kita masing-masing ke arah menjana bangsa yang bermaruah membangun ummah yang gemilang.
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات و الذكر الحكيم أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم إنه هو السميع العليم
KHUTBAH JUMAAT: HIJRAH ATAU JAHILIYYAH??
إن الحمد لله وحده, نحمده و نستعينه و نستغفره ونتوب اليه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فهو المهتد ومن يضلله فلن تجد له وليا مرشدا, أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله بلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح للأمة وتركنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها الا هلك, اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته الى يوم الدين. أما بعد, فيا عباد الله اوصيكم ونفسي الخاطئة المذنبة بتقوى الله وطاعته لعلكم تفلحون. وقال الله تعالى في محكم التنزيل بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (ال عمران : 102
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (ال عمران : 102
Kaum muslimin rahimakumullah…
Pertama-tama, marilah kita tingkatkan kualiti taqwa kita kepada Allah dengan berupaya semaksima mungkin melaksanakan apa saja perintah-Nya yang termaktub dalam Al-Qur’an dan juga Sunnah Rasul saw. Pada waktu yang sama kita dituntut pula untuk meninggalkan apa saja larangan Allah yang termaktub dalam Al-Qur’an dan juga Sunnah Rasul Saw. Hanya dengan cara itulah ketaqwaan kita mengalami peningkatan dan penambahbaikan….

Selanjutnya, salawat dan salam mari kita bacakan untuk nabi Muhammad Saw sebagaimana perintah Allah dalam Al-Qur’an :
أعوذبالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat atas Nabi (Muhammad Saw). Wahai orang-orang beriman, ucapkan salawat dan salam atas Nabi (Muhammad) Saw. ( Al-Ahzab : 56)
Kaum Muslimin rahimakumullah….
Mari kita bersyukur pada Allah yang telah melimpahkan berbagai kurnia-Nya pada kita yang tak terhingga jumlah dan nilainya. Di antaranya, kita diberi kesempatan pada hari ini memasuki tahun baru 1431 hijriyah. Semoga tahun ini dapat kita lalui lebih baik dan lebih hebat dibanding tahun-tahun sebelumnya…
Sudah 1430 tahun sejak Rasul saw Hijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Al-Madinah Al-Munawwarah. Pada hari ini kita diberi Allah kesempatan memasuki tahun baru Hijriyah yang ke 1431. Sungguhpun peristiwa besar itu terjadi sudah lebih dari 14 abad silam, namun masih terang dalam ingatan kita dan mustahil dapat dilupakan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia.
Sebab itu, tidak hairan jika kaum Muslimin di seluruh dunia, khususnya di negeri yang majoriti umat Islam, mengadakan berbagai kegiatan keislaman dalam upaya menghidupkan semangat/roh Hijrah Rasul saw tersebut dalam diri kita. Kita tuliskan dalam lembaran kehidupan kita, agar Hijrah itu dapat kita jadikan sebagai salah satu syarat bagi kemerdekaan kita dari sistem jahiliyah yang melilit leher kita dan kebahagiaan kita dalam kehidupan akhirat.
Sebab itu, agar berbagai bentuk peringatan peristiwa Hijrah yang kita adakan setiap tahun itu bermakna, paling tidak harus mengandungi lapan (8) hal penting berikut :
1. Momentum terbaik bagi kita untuk mengenal sejarah hidup, perjuangan dan berbagai penderitaan serta ancaman yang dihadapi Nabi Muhammad Saw. dalam mengembang amanah Islam dan memperjuangkannya.
2. Memahami bahwa Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya itu masih berlaku dan akan tetap berlaku sampai hari kiamat nanti. Dengan demikian Hijrah dijadikan sebagai titik tolak dalam kehidupan Mukmin yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.
3. Sesungguhnya tidak akan ada kemuliaan bagi kaum Muslimin kalau tidak melakukan Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya.
4. Menjaga identiti dan maruah diri kaum Muslimin merupakan kewajiban dan keperluan yang asasi dalam kehidupan. Maka, Hijrah adalah objektifnya.
5. Hijrah mengajarkan kepada kita bahwa kita sangat memerlukan hubungan yang kuat dengan Allah dan Rasul-Nya dalam merealisasikan kehidupan ini agar wujud kehidupan yang Islami dan bebas dari kehidupan jahiliyah.
6. Hijrah juga mengajarkan kepada kita kepentingan masjid, ukhuwah Islamiyah serta penguasaan ekonomi dalam membangunkan jati diri, maruah dan kemerdekaan umat Islam• Untuk itu, semuanya harus berlandaskan iman kepada Allah dan Rasul-Nya dan harus bebas dari kepentingan peribadi dan kelompok.
7. Hijrah adalah dasar pembebasan dan kemerdekaan umat Islam dan negeri mereka dari pelbagai pengaruh dan penjajahan jahiliyah yang membelenggu sistem hidup mereka.
8. Hijrah adalah jalan menuju kemuliaan dan keridhaan Allah, baik di dunia maupun di akhirat.
Kaum Muslimin rahimakumullah….
Hijrah adalah sunnatullah (sistem Allah) dalam kehidupan para Nabi dan Rasul, seperti nabi Ibrahim, Yunus, Yusuf, Musa dan terakhir Nabi Muhammad Saw. Oleh sebab itu, mereka melakukannya. Tanpa hijrah, mustahil mereka boleh menegakkan agama Allah. Tanpa hijrah, tidak mungkin para pengikut setia mereka dapat keluar dan bebas merdeka dari sistem jahiliyah dan penindasan yang dilakukan para penguasa zalim terhadap mereka, apalagi untuk menjalankan agama Allah dengan sempurna.
Sebab itu, Allah jadikan Hijrah itu salah satu tujuan utama penegakan Islam setelah Iman dan sebelum Jihad. Di samping itu, Hijrah juga syarat memperoleh perlindungan bagi seorang Mukmin dari saudara-saudaranya yang lain. Allah berfirman dalam surat Al-Anfal, ayat 72 :
إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آَوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi (saling menolong). Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Kaum Muslimin rahimakumullah….
Kalau kita tadabburkan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan hijrah, maka kita akan mengetahui bahwa Hijrah itu disyariatkan Allah, khususnya kepada umat Nabi Muhammad Saw. bertujuan sebagai berikut :

1. Jalan meraih darjat agung di sisi Allah dan kemenangan di akhirat, sebagaimana firman-Nya dalam surat At-taubah/9 : 20 :
الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah darjatnya paling tinggi di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
2. Jalan meraih kawasan atau negeri yang luas, kelapangan rezki dan jaminan meraih syurga, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat Annisa’ / 4 : 100 :
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
3. Hijrah adalah bukti nyata bagi orang-orang yang benar-benar beriman pada Allah dan Rasul-Nya, serta jaminan bagi mereka memperoleh ampunan dan syurga Allah. Allah berfirman dalam surat Al-Anfal / 8, ayat 74 :
وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آَوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia.
Kaum Muslimin rahimakumullah….
Demikianlah Islam mengajarkan kepada kita prinsip Hijrah yang pada dasarnya bertujuan untuk kebaikan dunia dan akhirat kita, sebagaimana yang dijelaskan dalam berbagai ayat Al-Qur’an sebelumnya. Sebenarnya Hijrah bukan hanya difahami dengan keharusan meninggalkan kampung halaman ke kawasan bumi lain demi menyelamatkan keimanan dan ajaran Islam sebagaimana yang dilakukan Rasul Saw. dan para Sahabat beliau ketika mereka berhijrah dari Mekah ke Etiopia/Habsyah (Afrika), ke Thaif atau ke Al-Madinah Al-Munawwarah yang sebelumnya bernama Yatsrib, namun dinamakan Hijrah juga iaitu berkaitan dengan situasi, suasana dan keadaan, seperti Hijrah dari jahiliyah kepada Islam, dari syirik dan khurafat kepada iman dan tauhid, dari kebodohan kepada ilmu, dari kemiskinan kepada kekayaan, dari kerakusan dan ketamakan kepada qana’ah (cukup dengan apa yang ada), dari kemungkaran kepada ma’ruf, dari maksiat kepada ketaatan, dari kemalasan kepada kesungguhan, dari kesombongan kepada tawadhu’ (kerendahan hati), dari sikap kasar kepada lemah lembut, dari sifat bakhil kepada pemurah dan dermawan, dari cinta dunia kepada cinta akhirat dan seterusnya.
Dalam suasana kehidupan yang tidak menentu seperti sekarang ini, dalam suasana umat kita yang rosak dalam berbagai lapangan kehidupan seperti yang kita lihat kehidupan hari ini, khususnya kerosakan keimanan, akhlak, pendidikan dan ilmu pengetahuan serta ekonomi, dalam situasi jahiliyah yang menguasai sistem dan gaya kehidupan umat Islam seperti sekarang ini, dalam suasana di mana kemungkaran dan maksiat bermaharajalela di negera kita ini sebagai akibat sistem jahiliyah yang diterapkan, dan dalam suasana penjajahan moden dan penguasaan cara hidup barat dalam semua perkara , maka HIJRAH mutlak diperlukan.
Umat Islam hari ini kebanyakan hidup dalam suasana yang tidak lagi mengamalkan perintah Islam samada diperingkat rakyat bawahan ataupun diperingkat pemimpin atasan. Gejala rasuah, ketamakan kuasa, penyelewengan harta negara, perebutan jawatan, fitnah memfitnah, pembaziran, lepak, rempit, bunuh, seks bebas, pembuangan bayi, berpakaian tidak menutup aurat, kecurian, dan pelbagai lagi kemungkaran yang semakin menjadi-jadi, maka HIJRAH sikap amat diperlukan dari sikap yang buruk berubah kepada sikap yang baik.
Sebab itu, Hijrah mesti kita lakukan sekarang juga dan tidak boleh ditunda barang sedikitpun. Kalau tidak, kita tidak akan beranjak dari situasi dan suasana yang ada sekarang. Kalau kita tidak Hijrah sekarang, maka generasi setelah kita nanti tidak akan keluar dari situasi dan suasana buruk yang kita hadapi saat ini dan mungkin lebih buruk lagi.
Hijrah adalah perubahan dari berbagai suasana pahit yang sedang kita hadapi hari ini. Hijrah adalah jalan kemerdekaan dari belenggu dan penjajahan sistem jahiliyah yang dipaksakan kepada negera dan umat kita. Apalagi seperti sekarang ini sangat mendukacitakan dan menyakitkan bahwa sistem jahiliyah yang dibenci Allah dan Rasul-Nya itu, bukan hanya dipaksakan untuk diterapkan di negeri dan umat kita oleh kaum penjajah kafir, akan tetapi oleh saudara-saudara kita sendiri yang mengaku Muslim dan bahkan oleh sebahagian mereka yang mengaku pejuang dan aktivis dakwah itu sendiri. Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun….
Kaum Muslimin rahimakumullah….
Sekali lagi khatib mengingatkan kita semua, bahwa Hijrah adalah titik tolak bagi perubahan berbagai persoalan yang sedang merosakkan negera dan umat kita saat ini. Kerana, Hijrah adalah sistem nilai yang datang dari Allah, maka hijrah tersebut akan bernilai di mata Allah dan menghasilkan berbagai manfaat bagi kehidupan dunia dan akhirat kita jika Hijrah itu hanya bermatlamat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kalau tidak, Hijrah kita akan sia-sia belaka, seperti yang dijelaskan Rasul Saw. :

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Sesungguhnya semua amal itu haruslah dengan niat. Dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang ia niatkan. Maka siapa yang hijrahnya bertujuan kepentingan dunia yang akan ia dapatkan, atau wanita yang akan ia nikahi, maka Hijrahnya akan (menghasilkan) apa yang ia niatkan. (HR. Imam Bukhari)
Kaum Muslimin rahimakumullah…
Demikianlah pesanan singkat ini semoga bermanfaat bagi kita dalam menjalankan kehidupan dunia yang sementara ini. Semoga Allah selalu menjaga niat dan matlamat kita dalam melaksanakan Hijrah dan semua amal ibadah kita. Dan semoga Allah berkenan membimbing kita ke jalan-Nya yang lurus, iaitu jalan para nabi, shiddiqin, syuhada dan sholihin. Allahumma amin…
Demikianlah pesanan singkat ini semoga bermanfaat bagi kita dalam menjalankan kehidupan dunia yang sementara ini. Semoga Allah selalu menjaga niat dan matlamat kita dalam melaksanakan Hijrah dan semua amal ibadah kita. Dan semoga Allah berkenan membimbing kita ke jalan-Nya yang lurus, iaitu jalan para nabi, shiddiqin, syuhada dan sholihin. Allahumma amin…
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات و الذكر الحكيم أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم إنه هو السميع العليم
Khamis, 24 Disember 2009
KHUTBAH JUMAAT: MAAL HIJRAH
إن الحمد لله وحده, نحمده و نستعينه و نستغفره ونتوب اليه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فهو المهتد ومن يضلله فلن تجد له وليا مرشدا, أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله بلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح للأمة ., اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته الى يوم الدين …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang jumaat sekelian....
Firman Allah swt:
الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derajatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (At-Taubah:20)
Hijrah adalah kalimah yang sinonim dengan iman dan jihad. Ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan sama sekali. Tegasnya, hijrah itu dilaksanakan atas dorongan iman dan berjihad di jalan Allah. Dan ketiga-tiganya menuntut pengorbanan yang besar dari segi harta (masa dan tenaga) serta jiwa. Tidak ada hijrah tanpa pengorbanan. Dan pengorbanan itu bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah.
Peliknya, kita sering mendengar ungkapan seperti:
"Kita mesti hijrah menuju kejayaan."
"Bangunkan ekonomi kita dengan semangat hijrah."
Ya, benar kita perlukan kecemerlangan dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain, namun usaha itu sama sekali tidak boleh disifatkan sebagai hijrah sekiranya faktor iman dan Islam tidak dijadikan dorongan, penentu, pemantau dan panduan dalam mencapainya. Tanpa iman dan Islam menjadi niat dan jalannya maka apakah bezanya pencapaian kita dengan individu, masyarakat dan negara-negara bukan Islam? Mereka menjadi kaya, maju dan kuat tanpa menjadikan akidah, syariat dan akhlak sebagai landasan.
Hijrah tidak boleh dikaitkan berpindah daripada suasana miskin kepada kaya semata-mata. Ini kerana seorang sahabat Rasulullah SAW – Suhaib Ar Rumi RA bertukar daripada kaya kepada miskin akibat berhijrah. Ibnu Hisyam meriwayatkan bahwa ketika Suhaib (RA) berusaha hijrah, kafir Quraisy berkata kepadanya, "Ketika dulu kamu datang kemari, kamu sangat miskin dan tak dipandang sebelah mata. Kini kamu kaya raya. Kami tidak akan relakan kamu pergi membawa kekayaanmu." Suhaib (RA) menjawab, "Jika kuberikan semua kekayaanku kepada kalian, akankah kalian relakan aku pergi?". Kafir Quraisy menyetujuinya.
Suhaib (RA) menyerahkan semua hartanya kepada mereka dan berhijrahlah ke Madinah. Mengetahui hal ini Rasulullah (SAW) berkata, "Suhaib telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya. Sungguh, Suhaib benar-benar telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya." Bukan beliau sahaja yang berbuat demikian tetapi itulah jua nasib yang menimpa hartawan-hartawan Islam seperti Abu Bakar Assiddiq, Uthman ibn Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang apabila seluruh aset dan premis perniagaan mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah apabila mereka berhijrah ke Madinah.
Hijrah juga tidak boleh dikaitkan dengan perjuangan meninggikan status sosial. Ini kerana Mus'ab bin Umair RA – seorang lelaki bangsawan yang ternama, bertukar menjadi mujahid yang akhirnya mati syahid dalam keadaan tidak cukup kain kafan untuk menutup jenazahnya. Lihatlah betapa ramainya orang-orang besar Quraisy yang memeluk Islam rela membuang status sosialnya apabila mereka rela makan minum, tidur baring dan hidup bersaudara dengan golongan bawahan yang dulunya adalah kaum pendatang dan hamba abdi.
Hijrah memang bererti perpindahan, tetapi bukan semua perpindahan boleh disifatkan sebagai hijrah. Hanya perpindahan atau perubahan yang diniatkan kerana iman dan Islam sahaja layak dinamakan hijrah. Ini diterangkan oleh hadis berikut:
"Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :'
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Hanya sanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanya sanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barang siapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehnya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.
Muslimin Yang Berbahagia,
Hijrah walaupun dilihat pada mata kasar seolah-olah berundur, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah langkah berundur untuk melonjak lebih jauh. Pelaksanaan Islam selepas hijrah menjadi lebih syumul – daripada soal menegakkan akidah, syariat serta akhlak di peringkat diri dan keluarga kepada pelaksanaan sistem pemerintahan, pendidikan, ekonomi, pertanian dan lain-lain lagi di peringkat masyarakat dan negara.

Justeru, hijrah adalah syarat untuk mendapat kemenangan. Tanpa hijrah umat Islam akan kalah. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derajatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan."
Sidang jumaat sekelian……
Islam telah diperjuangkan di peringkat yang lebih global dan holistik hanya selepas Rasulullah SAW berhijrah. Dan sejak itu jugalah posisi Islam yang mulanya berada di bawah (ditindas) mula beralih ke atas (memayungi dan menaungi). Atas dasar itulah, Sayidina Umar RA memilih hijrah sebagai detik bermulanya kalendar Islam. Ia telah dipilih sebagai mercu tanda bermulanya kemenangan Islam. Agar dengan itu setiap kali menyambut tahun baru Islam umat Islam akan mengimbau detik kemenangan itu sebagai aspirasi mencipta kemenangan baru!
Hijrah digerakkan oleh pemikiran strategik, rohani yang bersih, persiapan fizikal dan material yang ampuh, emosi yang tenteram dengan bantuan Allah menerusi tentera-tentera-Nya yang di langit dan di bumi. Ia bukan sahaja perjalanan merentasi Makkah dan Madinah tetapi hakikatnya merentasi sejarah. Ia adalah satu kebangkitan yang merentasi masa dan ruang (time and space) generasi semasa dan sesudahnya.
Di tahap pertama perjuangannya (di Makkah) Baginda terlebih dahulu membina kekuatan iman dan takwa dalam diri pengikutnya. Di peringkat ini fokus Baginda hanyalah pada pembinaan kekuatan dalaman. Ketika ini walaupun ada serangan dalam bentuk fizikal hingga ke peringkat membunuh, Rasulullah tidak melawan walaupun ada sahabatnya yang terkorban.
Untuk meredakan penyeksaan yang ditanggung oleh sahabat-sahabatnya, Baginda mengarahkan beberapa orang sahabatnya hijrah ke Habsyah dan beberapa tahun kemudian Baginda sendiri hijrah ke Madinah. Pada peringkat awal di kota Madinah baginda memulakan beberapa langkah penting dan besar di tahap kedua.

Untuk pengukuhan ilmu, iman dan amal secara berterusan di binanya masjid – pusat pembinaan kekuatan rohaniah. Untuk kekuatan ukhwah, dipersaudarakannya golongan Muhajirin dan Ansar. Untuk menyatukan seluruh penduduk Madinah (yang Islam dan bukan Islam) dimetrainya Piagam Madinah – yang menjamin keamanan dan sistem pertahanan bersama. Kekuatan ekonomi mula dibina dan sistem hidup yang memerlukan pelbagai kepakaran mula diterokai – pasar, kebun, sistem perparitan dan kebersihan kota mula dilaksanakan.
Tiga atau empat tahun kemudian, apabila kekuatan Islam mula terserlah dan musuh terus mencabar, barulah Rasululah mengangkat senjata dan berlakulah beberapa siri peperangan yang bersifat defensif. Mula-mula Badar, kemudian Uhud dan akhirnya Khandak. Keberanian dan kepakaran dalam bidang ketenteraan tidak menggangu kecintaan Rasulullah s.a.w. kepada perdamaian. Lalu berlakulah perjanjian Hudaibiyah.
Rasululah s.a.w. berani berperang dan berani berdamai dan dalam kedua-dua keadaan tersulam satu kebijaksanaan, kejujuran dan kekuatan yang sukar ditandingi. Dan akhirnya, Makkah berjaya dibebaskan dan Islam tersebar di seluruh Jaziratul Arab.
Itulah langkah-langkah yang produktif dan konstruktif sebaik berlakunya peristiwa hijrah. Hijrah merupakan satu tahap berlakunya "turing point" (titik peralihan) dan "turning over" (titik perubahan) dalam perjuangan Islam. Hijrah yang telah berlaku hampir 1430 tahun yang lalu itu hakikatnya terus signifikan dan relevan untuk dijadikan asas dan teras dalam pemikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan umat Islam masa kini.
Muslimin Saudaraku Seislam,
Maal Hijrah ertinya "bersama hijrah." Bersama hijrah bukan bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ibrah dan hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak membangunkan spiritual umat Bersama hijrah bermaksud mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan dan memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan "resipi" yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara istiqamah dan total.
Hijrah diri, ialah sejauh mana diri diubah ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Hijrah diri itu perlu diteruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat.
Manakala hijrah negara pula merangkumi hijrah sistem ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain sistem kehidupan ialah sejauh mana semuanya mampu memperkukuhkan iman dan Islam kita untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam persis yang dibuat oleh Rasulullah SAW di negara Islam Madinah dahulu.
Untuk melakukan hijrah yang menyeluruh itu, semua pihak mesti berperanan. Kenali watak dan peranan wira-wira hijrah yang mampu dan sesuai untuk diteladani. Pilihlah, sama ada untuk meneladani:
• Kesetiaan dan kemurahan hati Sayidina Abu Bakar (menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah SAW).
• Keberanian dan amanahnya Sayidina Ali (berselimut di tempat tidur Rasulullah SAW dan memulangkan kembali harta orang ;lain yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW)..
• Kecekapan Asma binti Abu Bakar (menyediakan makanan).
• Sifat murah hati Ummu Maabad (rela kambingnya diperah susu untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar).
• Kesal dan akurnya Suraqah (yang mulanya menentang tetapi akhirnya tunduk dan yakin kepada kemenangan Islam).
Islam kini menagih hijrah justeru nasibnya yang dagang seperti mana ia bermula. Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW telah benar-benar berlaku. Rasulullah SAW bersabda:
"Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim
Jadilah "orang beruntung" yakni orang yang bersiap sedia untuk melakukan hijrah satu langkah yang sangat diperlukan masa kini. Perkukuhkanlah iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana pun kita berada. Sentiasa ada set minda ("mind set") hijrah di dalam diri kita yang menyebabkan apa sahaja yang kita fikir, rasa, buat dan laksanakan adalah ke arah Islam dan iman yang lebih baik.
Setiap diri berfikir untuk menghijrahkan hati, akal, nafsu, emosi dan fizikalnya ke arah iman dan Islam. Ibu bapa berfikir bagaimana menghijrahkan keluarganya. Guru-guru bertanggung jawab menghijrahkan sekolah. Imam hijrah dengan anak-anak kariahnya. Pemimpin masyarakat menghijrahkan kampung, mukim, bandar dan daerah.. Begitu juga dengan ADUN. Tokoh-tokoh korporat, menteri-menteri pula berperanan memimpin armada hijrah yang lebih besar dan luas lagi…Inilah pra syarat untuk mencapai kejayaan. Bantuan Allah akan sentiasa bersama kita jika kita bersama hijrah. dengan syarat kita berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa kerana Allah swt.
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَلَأَجْرُ الْآَخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maksudnya:"Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui".(An-Nahl ayat 41)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat: Hijrah Dihidupkan Islam Terjulang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 90-92 surah Yunus :
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُون
Maksudnya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana hendak menganiayai dan menindas mereka sehinggalah ketika Firaun itu telah hampir tenggelam lalu dia berkata : “ Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah “. Adakah sekarang baru engkau percaya sedangkan engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (wahai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”.
Hari ini 8 Muharram, kita masih lagi sama-sama menyambut/meraikan kedatangan bulan Muharram 1431H sebagai permulaan tahun baru Hijrah. Bulan Muharram mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk sama-sama kita rebut kelebihannya terutama dalam menambah bekalan akhirat. Kedatangan Muharram bukan setakat menandakan sambutan tahun baru tetapi segala amalan soleh dan gerak kerja juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antaranya galakan Rasulullah s.a.w agar kita memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Muharram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
قال النبي صلى الله عليه وسلم: “أَفْضَلُ الصِّيَام بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ المُحَرَّم و أَفْضَلُ الصَّلاَة بَعْدَ الفَرِيْضَةِ صَلاةُ اللَّيْلِ”.
Maksudnya : Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam
Begitu juga dengan galakan supaya kita berpuasa sunat hari ‘Asyura’ iaitu hari kesepuluh bulan Muharram di mana pada hari tersebut pernah mencatatkan suatu peristiwa besar bagaimana nabi Musa as diselamatkan oleh Allah daripada dikejar oleh Firaun yang mati lemas di tengah laut Merah bersama tenteranya.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَة يُكَفِّر سَنَتَيْنِ: مَاضِيَة وَمُسْتَقْبَلَة، و صَوْمُ يَوْمِ عَاشُوْرَاء يُكَفِّر سَنَة مَاضِيَة”.رواه مسلم
Maksudnya : Puasa hari Arafah akan dihapuskan dosa 2 tahun iaitu setahun yang lalu dan setahun akan datang. Manakala puasa hari ‘Asyura’ akan dihapuskan dosa setahun yang lalu
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memifirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.
Perjuangan dalam menegakkan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada nyawa yang melayang, Daulah Islamiah yang menjamin keamanan dan kestabilan tidak akan dapat didirikan dengan mudah sebaliknya memerlukan kepada tumpahnya darah merah. Pertembungan antara hak dan batil, kebenaran dan kesesatan, keadilan dan kezaliman, ketaatan dan kesombongan terus berlangsung silih berganti sehinggalah qiamat. Jika nabi Musa as terpaksa berdepan dengan bapa angkatnya sendiri Firaun dalam menyatakan kebenaran sehingga terpaksa berhijrah setelah dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang angkuh dalam menolak kebenaran walau pun sudah tidak mampu berhujah. Maka begitulah juga yang berlaku ke atas diri nabi Muhammad s.a.w yang terpaksa berdepan dengan manusia takabbur yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sehingga datangnya arahan daripada Allah agar berhijrah dari Mekah tanahair sendiri ke bumi Madinah dalam menjayakan pelaksaan seluruh sistem Islam.
Sebelum berlangsungnya hijrah maka nabi berdepan dengan tawaran kesenangan seperti bakal menjadi raja tanpa kuasa, dikahwinkan dengan wanita pilihan, diberi kemewahan harta dan juga khidmat perubatan terbaik asalkan dakwah Islam ditinggalkan. Setelah gagal memujuk dengan cara lembut maka tiga cadangan kuffar Quraisy dalam menyekat perkembangan Islam iaitu buang negeri, penjara tanpa bicara dan akhirnya bunuh terhadap nabi maka inilah juga ujian yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Golongan yang memusuhi Islam akan menggunakan samada cara lembut untuk melunturkan semangat juang dan jika gagal dengan cara itu maka cara yang lebih keras akan dilakukan termasuk buang kerja, tukar tempat kerja, sekat bantuan, tahan di bawah ISA, bunuh dan sebagainya. Oleh itu istiqamahlah dalam berjuang agar kita mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Bersusah dahulu di dunia agar kita dapat bersenang di akhirat nanti hasil memperjuangkan Islam dengan penuh ikhlas dan istiqamah.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia
Peristiwa Hijraturrasul bukanlah suatu cerita yang hanya untuk didengar sebaliknya peristiwa yang begitu besar dan mempunyai 1001 pengajaran penting ini wajib dihidupkan dalam kehidupan seharian umat Islam bermula daripada ibadat, ekonomi, sosial sehinggalah dalam memerintah negara berlandaskan hukum Allah.
Ketika menyoroti 3 perkara penting yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w ketika menjayakan misi hijrah sehingga berdirinya Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah iaitu pertama mendirikan Masjid Quba’ sebelum mendirikan Masjid Nabawi di mana ia memberi isyarat yang jelas kepada kita betapa pentingnya peranan masjid dalam menghidupkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Malangnya pada hari ini banyak masjid agak lengang walau pun dibina megah dan dihias indah tetapi sekadar untuk mencari wang hasil projek bina masjid bukannya untuk memakmurkannya.
Ketika menyambut tahun baru hijrah tidak melupakan kita kepada umat Islam di Palestin yang terpaksa berdepan dengan peluru yahudi Israel untuk ke masjid disamping usaha jahat yang berterusan dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Begitu juga kebiadapan golongan anti Islam di Switzerland yang melarang umat Islam daripada membina menara masjid hasil pungutan suara yang merupakan langkah awal ke arah memerangi Islam yang turut disokong oleh beberapa negara Eropah yang lain. Mula-mula larang bina kubah maka tidak mustahil musuh Islam akan melangkah untuk mengharamkan terus pembinaan masjid. Sama-samalah kita memakmurkan masjid untuk kegemilangan dunia akhirat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tugas kedua semasa hijrah ialah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansor atas ikatan iman. Ikatan persaudaraan inilah yang masih kurang di kalangan kita sehingga umat Islam dijajah dalam di Negara sendiri. Semangat kebangsaan dan perkauman sempit menyebabkan penderitaan umat Islam gagal ditangani dengan baik ketika musuh Islam bersatu dalam menghalakan senjata mereka kepada umat Islam. Apa yang lebih malang apabila umat Islam sendiri lebih rela bersekongkol dengan musuh untuk meratah tubuh dan memenggal nyawa saudara seagama.

Tugas ketiga ialah mewujudkan piagam Madinah bagi mengatur corak pemerintahan Islam yang menjamin keamanan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita pada hari ini wajib menghayati dasar yang ada dalam piagam Madinah yang berjaya mewujudkan sebuah Negara aman, maju dan berkat. Sebenarnya ajaran Islam yang lengkap dan sempurna yang mengatur segala urusan manusia telah pun ditunjukkan Rasulullah s.a.w diikuti oleh Khulafa’ ar-Rasyidin dan khalifah selepas mereka. Apa yang penting sekarang ialah pelaksanaannya kembali dalam kehidupan bukan setakat tertera di dalam lipatan sejarah.
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH JUMAAT (MUHASABAH AKHIR TAHUN)
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Firman Allah dalam ayat 18 surah Taubah
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk".
Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Hari demi hari telah berlalu. Demikian juga minggu, bulan dan tahun. Tahun 1430 Hijrah ditinggalkan, kemudian dibuka lagi dengan lembaran baru tahun 1431 H. Begitu juga 2009 Masihi yang bakal dijemput 2010 beberapa hari lagi.
Marilah kita sejenak merenung diri atau muhasabah dengan menghitung segala perilaku kita sepanjang tahun ini. Apakah perbuatan yang kita lakukan itu merupakan amalan baik atau buruk?

Kadangkala sebahagian manusia sentiasa mengeluh kerana sibuk dengan kerjaya dan masalah dunia sehingga tidak dapat merasai manisnya ibadah, tidak khusyuk dalam solat, hati sentiasa keras dan malas melakukan ibadah dan kebajikan. Penyakit seperti ini tidak harus dibiarkan dan perlu diubati segera dan salah satu caranya adalah dengan bermuhasabah.
Setiap daripada kita perlukan perenungan terhadap diri sendiri; pada setiap jam, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun, dalam kerangka ‘sumpah dan ikrar’ kita terhadap Allah s.w.t. Kita bertanya kepada diri kita sendiri: apakah kita lalui jalan yang benar, yang menuju keredaan-Nya dengan amalan yang kita galas sepanjang tahun itu. Apakah kita telah menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak hamba Allah yang diamanahkan kepada kita sebagaimana kita merasa tamak untuk mendapatkan hak-hak sendiri, kemudian membandingkan antara kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan dan menilai diri sendiri, kemudian bertaubat, beristighfar, berusaha untuk mengganti apa yang telah berlalu dengan kebaikan-kebaikan.
Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Muhasabah diri dapat dilakukan dengan mencipta soalan-soalan atau daftar pertanyaan yang ditujukan kepada diri sendiri dan menjawab sendiri, sebagaimana disebutkan menerusi firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 14 yang bermaksud:
“Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya.”
Muhasabah diri dilakukan di dunia ini sebelum menghadap Allah pada perhitungan akhirat. Firman Allah dalam surah al-Haaqah ayat 18 yang bermaksud:
“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).”
Daripada jawapan-jawapan dan pertanyaan-pertanyaan di atas seseorang dapat mengetahui:
• besarnya manfaat/hasil dalam melaksanakan ketaatan untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. Kita akan memperbanyakkan amal itu dan akan bersyukur kepada Allah yang telah menolong diri kita untuk melakukan hal tersebut.
• besarnya kekurangan di sisi Allah, kemudian menegur diri sendiri, beristighfar dan bertaubat serta berjanji kepada Allah untuk tidak akan melakukan dosa-dosa lagi.
Ingatlah bahawa setiap manusia betapa pun panjang usianya, pasti akan berdiri di hadapan Allah s.w.t yang akan menghitung segala yang mulia mahupun yang hina, yang kecil atau yang besar, sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t di dalam surah al-Kahfi ayat 49 yang bermaksud:
“Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya;” dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis).”
Muslimin Yang dimuliakan,
Allah s.w.t mengingatkan hamba-hambanya agar merasa takut dan bertaubat kepada-Nya, merasa malu kepada-Nya dalam semua amalnya, tingkah lakunya dan sikap diamnya, agar mereka melakukan perhitungan terhadap diri mereka sendiri dan melihat amal-amal mereka yang mereka simpan untuk diri mereka sendiri, agar menghitung diri mereka sendiri sebelum dihadapkan pada hari perhitungan yang tidak ada lagi yang tersembunyi daripada mereka. Mereka juga harus merasakan pada setiap waktu bahawa Allah Maha Mengetahui akan semua amal mereka, keadaan mereka, tingkah laku mereka dan bisikan-bisikan mereka, dan bahawa tidak ada sesuatu pun daripada urusan mereka yang tidak diketahui-Nya.
Di dalam al-Quran, banyak disebutkan tentang muhasabah di hadapan Allah s.w.t agar setiap manusia mempersiapkan jawapannya, selalu bertanya kepada diri sendiri selama hidup di dunia ini sebelum ditanya di akhirat nanti.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maka sesungguhnya Kami akan menanyakan umat-umat yang telah diutus rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menanyakan (pula) rasul-rasul (Kami).” (Al-A’raf: 6)
Kata ‘menanyakan’ dalam ayat di atas adalah meminta pertanggungjawaban di hadapan Allah pada hari Kiamat, baik untuk para rasul mauhupun orang-orang yang beriman, orang-orang yang jujur dan orang-orang kafir. Semua akan dihisab di hadapan Allah dan cukuplah Allah sahaja yang menjadi Penghitung.
Saudaraku Muslimin Yang Mulia,
Muhasabah nafsu dilakukan oleh seseorang dengan bertanya kepada dirinya sendiri sebelum melakukan sesuatu perbuatan, apakah perbuatan itu sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan sesuai dengan petunjuk Rasulullah s.a.w yang mulia. Kemudian sekali lagi kita bertanya kepada diri kita sendiri setelah melakukan perbuatan itu untuk meyakinkan sekali lagi bahawa kita tidak tersesat jalan, tidak menyimpang dari jalan yang lurus. Pertanyaan ini dilakukan pada setiap waktu. Kemudian melakukan penilaian ketika keadaan sudah tenang, misalnya ketika masuk tidur atau ketika bersendiri.
Muhasabah diri dilakukan terhadap semua perbuatan, tingkah laku dan tindakan kita, baik yang berhubungan dengan ibadah atau muamalah. Contohnya, adalah menjadi kewajipan bagi seseorang untuk selalu bertanya kepada dirinya sendiri dengan beberapa pertanyaan, kemudian mengingat dasar-dasar pengajaran daripada al-Quran dan Sunnah.
Rasulullah s.a.w telah mendidik umat Islam generasi pertama kepada muhasabah diri. Rasulullah s.a.w selalu mengingatkan tentang beratnya hisab di akhirat. Mereka mengetahui bahawa Allah amat memerhatikan mereka, bahawa mereka akan dihisab pada hari kiamat, dan tidak ada yang dapat menyelamatkan diri mereka daripada dihitung itu kecuali muhasabah diri dan kejujuran ketika melakukan muraqabah (pengawasan). Barangsiapa yang menghitung nafsu mereka sendiri sebelum dihitung, maka hisabnya pada hari kiamat akan ringan, tempat kembali dan tempat tujuannya akan menjadi baik. Barangsiapa yang tidak menghitung dirinya sendi, maka mereka akan alami kesedihannya yang berpanjangan dan penantiannya pada hari kiamat akan sangat lama.
Diriwayatkan daripada Ubadah bin ash-Shamit, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda kepada seorang lelaki ketika meminta kepada baginda agar diberikan nasihat. Rasulullah s.a.w memberikan nasihat dan bersabda yang bermaksud: “Jika engkau menghendaki sesuatu urusan, maka renung-renungkanlah akibatnya. Apabila baik, maka lakukanlah dan apabila sesat, maka cegahlah.”
Demikian pula ia mesti memikirkan tujuan ia diciptakan dan bagaimana Allah mengujinya. Ia mesti menyedari bahawa Allah bersamanya dan sentiasa melihat dan mendengarnya. Ia harus sentiasa mengingati bahawa apa yang dilakukannya, entah itu dianggap penting atau remeh temeh, diketahui oleh Allah dan bahawa kelak ia akan diminta pertanggungjawaban atas apa-apa yang dikerjakannya pada Hari Pengadilan nanti.
Kita seharusnya merenungkan betapa indahnya syurga dan kesenangan luar biasa daripada berbagai-bagai kenikmatan yang ada di sana, dan berupaya untuk memahami konsep keabadian. Kita juga harus menyedari bahawa neraka adalah sebuah tempat yang diciptakan untuk memberikan kesengsaraan kepada tubuh dan jiwa manusia, tidak ada hal yang baik, menggembirakan dan menyenangkan di sana dan para penghuninya akan tinggal di sana untuk selama-lamanya. Kita harus menyedari bahawa kita akan dirundung penyesalan yang mendalam setiap saat dalam kehidupan abadi kita nanti apabila kita tidak mengindahkan peringatan ini dengan serius.
Dengan begitu, kita akan membuat keputusan yang tepat dan mencurahkan segenap kehidupan kita, yang tidak lebih daripada beberapa dekad, untuk mencapai keredaan Allah, kasih sayang dan rahmat-Nya dan akan berusaha sedaya upaya untuk memperoleh syurga yang dijanjikan Allah s.w.t.
Setiap kali manusia semakin dekat kepada Allah, maka Allah akan menjaga, melindungi dan menolongnya sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman.” (Al-Hajj: 38)
Disebutkan di dalam hadis qudsi:
“Hamba-Ku tidak mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai daripada melaksanakan apa yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amal-amal sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi telinganya yang digunakan untuk mendengar, menjadi matanya yang digunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang digunakan untuk bekerja, menjadi kakinya yang digunakan untuk berjalan. Kalau dia meminta kepada-Ku, pasti akan Aku beri, kalau dia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti akan Aku lindungi.”

Marilah kita sama-sama merenung mengenai amalan-amalan ibadah yang telah kita kumpul di dunia ini adakah sudah mencukupi untuk dibawa kehadapan Allah swt. Adakah amalan kita selama ini boleh melepaskan diri kita dari disiksa di dalam kubur, di padang mahsyar kelak. Adakah pahala amal-amal kita selama ini boleh digunakan untuk membeli syurga Allah swt atau kita diberi neraka kerana dosa kita lebih banyak daripada pahala kita.
Bolehkah kita menjawab di hadapan Allah apabila ditanya cukupkah sembahyang kamu sebagaimana yang telah disuruh/diperintahkan?? cukupkah puasa kamu bermula ketika baligh hingga kamu mati?? berapa banyak yang kamu sedekah didalam tabung masjid pada setiap minggu??Bakhilkah kamu walaupun harga getah dah semakin mahal?? Berapa kali kamu lalu dihadapan masjid pada setiap hari dan berapa kali kamu berhenti untuk solat jamaah dimasjid ini?? Adakah kamu hadir kuliah2, majlis2 ilmu, ceramah yang dianjurkan dimasjid?? Adakah kamu hanya datang masjid disebabkan kamu nak kahwin, anak kamu nak kahwin, kerana nak buat kenduri arwah/kenduri kahwin atau kamu datang ke masjid sebab kamu dah dekat nak mati?? Fikir-fikirkanlah..
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Melaksana isi kitab suci perlu diutama
FIRMAN Allah dalam surah An Nisa’, ayat 59 bermaksud: “Jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali kepada Allah dan sunnah Rasulullah SAW.”
Al-Quran diturunkan dalam tempoh 23 tahun kepada Nabi Muhammad SAW sebenarnya tidak hanya mengandungi hukum akidah dan ibadat, malah mencakupi pelbagai aspek kehidupan, perpaduan, tata negara, kekeluargaan dan sebagainya.
Ini semua sebagai bukti bahawa kitab suci itu adalah dasar perundangan yang agung dan mampu membawa umat manusia menjadi warga yang sempurna di muka bumi ini.
Apa yang menjadi persoalan kepada kita sejauh manakah umat Islam dapat menghayati ajaran al-Quran dalam kehidupan mereka?
Penghayatan di sini bukan semata-mata bermaksud cukup sekadar membaca ayat saja, jauh lebih penting dari itu ialah pelaksanaan segala peraturan terkandung di dalamnya.
Dalam hal ini, tentu kita tidak akan mudah melaksanakan sesuatu perkara besar tanpa adanya sebarang persiapan.
Oleh itu, Allah menjelaskan bahawa umat Islam mestilah memiliki persiapan dan kelengkapan ke arah itu.
Antara jenis persiapan ialah kekuatan diri, kekuatan keilmuwan, ekonomi, kesatuan hati dan tindakan.
Malah, lebih penting, golongan pemimpin mahupun pemerintah mesti benar-benar bersungguh dan ikhlas menghayati serta melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan.
Tanpa al-Quran, kehidupan manusia tidak jelas dan tidak diredhai Allah.
Bersamalah kita membentuk kehidupan mengikut ajaran Allah sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.

MUTIARA HADIS AKHIR ZAMAN
Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta’ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:
1.Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2.Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3.Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta’ala.
4.Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasul-Nya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5.Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur’an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri.”

Kelebihan Bangun Solat Malam (Qiyamullail)
APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.
Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)
Dari A’isyah r.a. pula bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat. (Muttafaqun ‘alaih)
Apakah kelebihan-kelebihan itu?
Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)
Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)
Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).
Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.” Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’ Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’
Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?
Petua dari Imam Al-Ghazali:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Wallahu’alam-

Isnin, 21 Disember 2009
Tidak tutup aurat, kompaun RM500
ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.