Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat sekali untuk dilekakan dengan segala kenikmatan duniawi, walaupun pengaruh kebendaan @ material dalam hidup kita amat besar. Seringkali kita lupa kerana kesenangan sementara ini amat manis dinikmati berbanding dengan sukarnya perjalanan menuju CINTA ILAHI...
Marilah kita insafi sekian banyak dosa kita, yang nampak atau tersembunyi, yang zahir dan batin, yang disedari mahu pun tidak, segalanya menjadi karat yang melekat dalam hati kita. Maka syara' mewajibkan setiap Muslim dan Muslimah yang telah baligh, tiada keuzuran, kaya atau miskin semuanya mestilah melakukan kewajipan syarak dengan penuh rasa ketaatan dan ketundukan hanya kepada ALLAH, DIA-lah penggubal segala hukum-hakam itu.
Bermuhasabahalah kita ...
Sesungguhnya tanpa kekuatan kerohanian, mana mungkin kita berjaya melawan kejahatan 'NAFSU', ianya perlu dididik dengan melemahkan kehendaknya, ya, kehendaknya yang besar dan hebat, termasuklah nafsu perut, nafsu mata, hidung, telinga, nafsu mulut dan lidah, nafsu seks dan pelbagai bentuk nafsu yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia. Inilah sebahagian dari perjuangan para soimiin dan soimaat sepanjang kehidupan yang dianugerahkan kepada kita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan