Jumaat, 6 November 2009

NIKAH??!!

“Aku terima nikahnya…..dengan mas kahwin….tunai”

Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun apa yang mereka tidak mengetahuinya...-Yaasin: 36-

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. kerana kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Maka untunglah kedua-dua tangan Mu.”-Riwayat Bukhari dan Muslim-

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

” Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia”
~Helmi Suhaimi~

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.-Surah An-Nur:26-

“Ya Allah, kurniakanlah aku Isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Yang menjadi penawar dan penyejuk mata hatiku”

-InsyaAllah berbahagia selalu-.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan