KEMUSYKILAN PERTAMA
Soalan:
Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya.soalan saya,betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan kehidupan masing2 jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya bercinta sblm kahwin.
Jawapan:
Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini iaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama.
Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga2 batas2nya. Batas apa yg dijaga?
Kalau yg dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali.
Dalam Islam, tdak salah menegenali seorang perempuan dengan tujuan utk dijadikan isteri. Tetapi tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yg yg disukai olih nafsu.
Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yg diharamkan.
Bagi yg terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi saw.
(SUMBER: WWW.HALAQAH.NET)
KEMUSYKILAN KEDUA
Soalan :
Apakah hukum bercinta/bercouple dalam islam.
Jawapan :
Islam telah menggariskan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk memelihara kesucian dan maruah umatnya. Sebagai seorang Islam kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah S.W.T. dan menjauhi laranganNya demi menjaga kesucian agama.
Umat Islam samada lelaki dan perempuan hendaklah menjaga adab-adab pergaulan dan pandangan masyarakat serta jiran sekeliling agar tidak timbul fitnah dan perkara yang tidak diingini. Contohnya lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa ditemani mahram, berpegangan tangan, berdua-duaan , berpelukan, berkesedudukan dan lain-lain sifat negatif yang mencemarkan kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w. pernah menyebut dalam satu hadis yang bermaksud:
:"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka yang ketiganya adalah syaitan".
Walau bagaimanapun Islam mengaharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menuntut ilmu dan bekerja, dengan syarat mereka menjaga adab-adab pergaulan pergaulan, menjaga aurat dan cara berpakaian, cara bercakap dan cara berjalan...
(SUMBER: SOAL-JAWAB JAKIM -baheis.islam.gov.my)
jadi.lelaki dan perempuan mmg x boleh brcinta lah?
BalasPadammohon copy paste utk menyedarkan kwn saya
BalasPadam