SOALAN PERTAMA:
Assalamualikum, Ustaz. Saya nk tnye apa pengertian ayat manzil dan apakah fadhilatnya? Terima kasih.
JAWAPAN PERTAMA:
Doa Manzil berasal dari sebuah hadis yang dinukil oleh Muhammad Yusuf al-Kandhalawi di dalam kitabnya: “Syarah Hayah al-Sohabah” (tahqiq Muhammad Ilyas al-Barih Bankawi; 4 jld, Dar Ibn Kathir, Damsyik 2000), jld 4, ms 84, (Bab Bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat bermunajat kepada Allah dengan berdoa).
Shaikh Muhammad Yusuf menukil daripada kitab al-Kanzi, jld 1, ms 212, di mana doa tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmizi.
Berkata Syu`aib al-Arana’uth dalam semakan beliau ke atas Musnad Ahmad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld 35, ms 106, isnadnya dha’if kerana dha’ifnya salah perawinya yang bernama Abi Janab, nama sebenarnya Yahya bin Abi Hayah al-Kalbi. Hadis ini dikeluarkan juga oleh al-Hakim, Abi Laila al-Anshari, al-Thabarani, Abu Ya’la dan Ibn al-Sunni, semuanya melalui jalan Abi Janab. Matan hadis adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab radiallahu `anhu: Saya duduk di sisi Nabi sallallahu `alaihi wasallam, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang – HF) Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.”
Lalu baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi s.a.w. dengan membaca:
[1] al-Fatiha
[2] 4 ayat pertama surah al-Baqarah.
[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).
[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.
[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).
[7] ayat 54 surah al-A’raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[8] ayat 116-118 surah al-Mukminun (Fata’alallah al-Malikulhaq…………..).
[9] ayat 3 surah al-Jinn (Wa annahu Ta`ala jaddu………..).
[10] 10 ayat pertama surah al-Saffat.
[11] 3 ayat terakhir surah al-Hasyr.
[12] 3 surah terakhir al-Qur’an (al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas).
Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.
-------------------------------------------------------
Soalan Kedua:
saya mempunyai sebuah bahan bacaan himpunan doa-doa bertajuk 'Manzil' yg diberikan oleh seorg rakan yg menyertai kumpulan Tabligh. Saya mempunyai keraguan untuk mengamalkan bacaan doa tersebut kerana khuatir jikalau terbitan bahan bacaan tersebut tidak menepati kehendak Ahli Sunnah wal Jamaah. Juka terdapat keraguan pada bahan bacaan kategori sama - Al-Mathurat.Harap pihak JAKIM dapat memperjelaskan keraguan ini. Juga harap diperjelaskan status kumpulan Tabligh di Malaysia, adakah menyimpang dari akidah atau dibenarkan. sekian..
Jawapan Kedua:
Himpunan doa tersebut boleh diamalkan, tetapi ia tidak bersumberkan hadis sahih. Ia hanya himpunan doa oleh para ulama' ..
Jawapan kepada soalan kedua disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan