Isnin, 12 Oktober 2009

Keindahan dunia yang menipu..


.....Semua dosa dimulai dari Kecintaan pada dunia (dan lupa maut)...

Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-pinak, harta yang banyak berupa emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan sesungguhnya, apa yang ada di sisi ALLAH itu adalah lebih baik." (ali imran:3:15)"

Keseronokan di dunia seringkali melalaikan kita. Sedarlah bahawa dunia ini hanya pinjaman. KepadaNya kita akan dikembalikan. Sesuatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan selalunya akan menjauhkan kita dari Maha Pencipta. Wanita, harta dan pangkat antaranya merupakan fitnah kepada seorang lelaki.Kelazatan keimanan akan hanya dapat dinikmati sekiranya kita benar-benar ikhlas dan penuh kerendahan hati memohon kepadaNya.

Kepada para remaja, renungkankanlah bahawa usia muda anda jangan disia-siakan. Umur terus berlalu, tanpa membuat amalan, sudahkah anda bersedia untuk menemuiNya.


Kepada yang sudah berusia, ingatlah apa yang telah anda lakukan sepanjang hayat anda. Adakah lagi usia bonus yang diberikan olehNya. kemanakah umur anda dihabiskan? Renungkanlah wahai insan.....

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati


Firman Allah:

" Demi masa, sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" - surah al-Asr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan