Khamis, 1 Oktober 2009

Bumi Mahsyar Dibanjiri Keringat Ahli Maksiat



Quantcast

Apabila seluruh manusia serentak dibangkitkan dari alam kubur, dipadang mahsyar yg luas, masing-masing dalam keadaan semulajadi, seperti bayi yg baru lahir tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan tubuh dan juga kehormatan masing2 terdedah kepada pandangan umum, lelaki dan wanita bercampur aduk bersesak-sesak.

Siti Saodah isteri Nabi ketika mendengar peristiwa dahsyat suasana manusia dibangkitkan di bumi mahsyar, lantas beliau bertanya kpd Nabi SAW : “Ya Rasullulah, tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi mahsyar dalam keadaan telanjang bulat tanpa pakaian?” Jawab Rasullullah s.a.w : “Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghadapi hari mahsyar itu, manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing”. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah didlm surah ‘Abasa ayat 37 : Yang bermaksud :

“Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yg cukup menyibukkannya”

Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan “Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dgn hari yg seluruh aurat kita terdedah, walaupun terdedah namun manusia tidak ambil peduli lagi kerana manusia ketika itu dibangkitkan dibumi mahsyar dgn berbagai cara, ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik kebawah dan kakinya diatas”. Abu Hurairah berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah s.a.w perpidato dihadapan para sahabat dengan sabdanya yg bermaksud: “Bahawa manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia sebaik sahaja dibangkitkan dibumi mahsyar sudah tersedia kenderaan untuk mereka sementara sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki, sementara yg satu kumpulan lagi manusia berjalan dengan mukanya tertunggang ke tanah.

Seorang dari sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w “Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ketanah?” Maka Nabi s.a.w menjawab :

“Allah SWT yg berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yg berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah”.

Mereka yg mendapat naungan itu diantaranya ialah golongan Al-Muqarrabun iaitu orang yg diperdekatkan dengan Allah SWT. Sifat-sifat golongan ini tidak lain ialah mereka yg semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi Allah SWT. Damping dalam erti kata sentiasa patuh serta taat suruhan Allah dengan melakukan apa-apa jua perintahNya yg disampaikan oleh para rasul dizaman mereka serta menjauhkan dan meninggalkan setiap perkara yg dibenci oleh Allah dari perkara maksiat yg keji dan mungkar sama ada dalam soal aqidah dan juga syariah.

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yg dijemput oleh Allah SWT utk bernaung dibawah Arasy Allah sebaliknya ada pula golongan manusia yg terus didera terdedah dgn kepanasan matahari di atas ubun-ubun. Mereka yg didera dgn kepanasan itu hancur luluh oleh panahan cahaya matahari yg amat dahsyat dan dileburkan pula oleh kepanasan hati mereka sendiri yg mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan kelalaian mereka semasa hidup didunia dahulu.

Dalam kepanasan yg amat dahsyat itu manusia berhimpit-himpit dan bertolak-tolak kerana mereka berada dalam satu padang yg luas tetapi tetap sempit dan berhimpit-himpit. Dalam suasana demikian tiba-tiba Allah SWT dedahkan segala buruk mereka yg telah dicatit dalam satu rekod kejahatan dihimpun dalam system rakaman Allah yg tidak tercicir walau sedikitpun, maka alangkah tebal muka mereka kerana menaggung malu yg tidak terhingga.

Hancur luluh manusia dengan kepanasan matahari, kepuasan hati menanggung malu yg tak terperi. Peluh mengalir dari tubuh manusia sehingga bumi mahsyar dilanda banjir peluh yg berbau hanyir dan bumi mahsyar menjadi lecah. Banjir peluh dan airmata menengelami manusia tetapi menurut kadar dosa masing-masing. Ada yg sampai ke paras lutut, paras pinggang, paras hidung dan tidak kurang juga yg karam di dalam lautan peluh dan air mata.

Di dunia ini pun kita akan temui adanya makhluk yg diciptakan oleh Allah berjalan dgn perut iaitu ular walaupun ular tidak memiliki kaki tetapi ada kalanya ia berlari sangat pantas sehingga sukar hendak ditangkap walaupun yg mengejar itu ialah manusia yg mempunyai kaki. Kata Imam Al-Ghazali, sesungguhnya manusia sering mengingkari sesuatu yg tidak pernah disaksikannya, oleh itu mereka akan mempersoal bagaimana manusia berjalan dgn mukanya ke bumi. Sekiranya makhluk ular itu tidak wujud didunia ini, tiba-tiba ada orang berkata bahawa dikampungnya ada makhluk berjalan dgn perutnya, ketika itu tentulah orang akan mencemuh dan mustahil mereka boleh menerima kebenaran berita itu.

Wal hasil alam akhirat adalah suatu alam yg diluar jangkauan manusia, sekalipun dia pernah mendengar tentang kehidupan di mahsyar, namun setelah dia sendiri berada disana, kenyataan sebenarnya tidak dapat diukur dengan logik akal. Betapa dahsyatnya alam mahsyar tidak terbayang oleh manusia walaupun dengan ilmu yg dimiliki.

Bumi mahsyar yg keluasannya tidak terukur oleh jangkauan manusia, walaupun luas dataran mahsyar tidak terhingga, namun tidak ada kawasan yg kosong melainkan penuh sesak dengan manusia dan jin. Seseunguhnya makhluk Allah terdiri dari manusia dan jin sejak Nabi Adam hingga kiamat jumlahnya juga tidak terhitung, apatah lagi ia dibangkitkan serentak.

Dalam suasana kelam-kabut dan hiruk-pikuk, tiba-tiba Allah SWT menerbitkan semula matahari dengan kepanasan luarbiasa, berlipatganda berbanding kepanasan matahari yg pernah dinikmati manusia di dunia. Bukan sekadar kepanasan berlipatganda tetapi Allah SWT turunkan matahari serendah-rendahnya di atas kepala manusia kira-kira ukuran dua busar panah. Ketika itu tidak ada pohon untuk berlindung dari panas matahari yg berada di atas kepala kecuali bayang Arasy. Arasy itu disebut juga sebagai kursi atau singahsana. Sebesar manakah Arasy itu maka sebesar itulah bayang redup yg bernaung dibawah naungan Arasy itu.



Di dunia, keringat mengalir adalah kesan bekerja kuat, malah dalam melaksanakan ibadah seperti ibadah haji. Lihatlah ketika umat Islam melakukan ibadah haji dalam cuaca panas dan bersesak-sesak di bumi Makkah dan Arafah. Demi keimanan dan ketaatan terhadap perintah Allah, maka orang-orang yg beriman sanggup menghabiskan wang ringgit bersusah payah mengerjakan ibadat haji. Sudah pasti keringat yg mengalir dan pengorbanannya itu tidak percuma disisi Allah.

Orang2 yg berjuang mendaulatkan agama islam di bumi ini sudah pasti mengalirkan keringat disamping membelanjakan wang ringgit yg banyak. Berjihad siang dan malam atas urusan jamaah Islam bagi memenangkan cita-cita Islam yg suci agar hukum Allah tertegak dimuka bumi. Pasti mereka mendapat penghargaan Allah.

Bagi mereka yg telah mengalirkan keringat melakukan ketaatan terhadap perintah Allah SWT, maka di bumi mahsyar mereka tidak lagi mengalirkan keringat seolah-olah mereka telah kekeringan keringat didunia diatas usaha yg diredhai Allah. Segala kepayahan yg dilakukan atas nama keimanan dan ketaatan kesemuanya akan jadi sebab mereka aman dari bahaya tengelam dalam lautan peluh dan air mata di dataran mahsyar kelak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan