Rabu, 30 September 2009

RENUNGAN PAGI DAN PETANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah telah memberikan pelbagai nikmat kepada hambanya, saban hari saban waktu..
Akal fikiran yang cerdas, ilham yang bermanfaat, tubuh badan yang sihat serta jiwa yang produktif.Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Adakah dengan nikmat-nikmat itu membuatkan diri makin jauh dariNya? Kenapa digunakan nikmat-nikmat itu untuk "lari" dariNya, si pemberi kurnia?

ASYIKNYA BERHIBUR

Kita sibuk mencari cinta lain selain cinta-Nya, ana jua tidak terlepas dari penyakit ini. Keghairahan mencari keseronokan atau "adventure" pada hal-hal lain telah mengatasi kesungguhan untuk mendekati dan mencari-Nya... Astaghfirullah. Pelbagai perkara yang melalaikan, meski telah diperingatkan dengan jelas oleh Allah dalam kalamNya, tentang perkara-perkara yang melalaikan, permainan dan hiburan semata-mata..

AL-MA'THURAT

Cara mendekatkan diri kepadaNya, adalah dengan akur bahawa ibadah-ibadah sunat lah yang menjadi "catalyst" pada kemanisan beribadah..insya Allah keikhlasan melakukan ibadah-ibadah sunat mampu dapat membasuh hati serta mewangikan iman dalam diri hamba, dimulai dengan amalan ringkas seperti alunan zikir-zikir al-ma'thurat pada waktu pagi dan petang.

AL-JANNAH

Layakkah kita menghuni syurgaNya jika beginilah citra hidup kita sebagai hamba di dunia ini? apa istimewanya kita di mata Allah untuk dia menempatkan kita di syurga, janjian bagi hamba-hamba yang bertaqwa dan beramal soleh? bagaimanakah jika "pulang"nya kita tanpa membawa hati yang sejahtera? Nauzubillah...

ISTIGHFAR

Beristighfarlah kita sebelum kita diistighfarkan..istighfar di dunia adalah lebih berguna daripada istighfar tatkala diri dihumban ke neraka Jahannam..kerana istighfar pada waktu itu tidak lagi menyelamatkan.Nauzubillahi min zaalik.

Ya Allah, campakkanlah keikhlasan,kesungguhan serta istiqamah dalam hati jua amalan kami..
Rabbi yassir, walaa tuassir.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
MARI BERZIKIR...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan