Sabtu, 5 September 2009

Kisah Di Bazar Ramadhan : Air Tebu Bakar


Petang tadi aku berkunjung lagi di Pasar Ramadhan buat kali yang ke empat semenjak kali pertama membeli cucur udang hari tu. Kali ini aku pergi bukan hendak membeli kuih muih atau sebarang juadah utk berbuka jauh sekali untuk memcuci mata....huhuhu...puasa hooo jgn buat pasal. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah jadi aku singgah le kebetulan memang satu jalan hendak ke rumah aku. Tujuan aku ke sana hanya nak kepastian tentang air tebu bakar yang aku beli petang sebelumnya.

Petang tu aku memang nak beli juadah berbuka, masa membelek-belek segala jenis kuih muih dan lauk pauk yang beraneka jenis tu tiba-tiba mata aku terpandang ke arah satu gerai menjual air tebu yang tertera sign "AIR TEBU BAKAR". mau tak kecur air liur.... selama ni aku hanya kenal air kelapa bakar jer, ni air tebu bakar pun ada juga. Dalam hati "aku mesti try ni", jadi aku pun beli le sebungkus, RM 2 jer nampak memang menarik. Bila masuk waktu berbuka selepas menjamah sebijik kurma aku pun apa lagi ...tala air tebu bakar la dulu. Tapi yg aku musykil tu air tebu ni rasa macam air tebu biasa jer, tak der bau asap pun macam air kelapa bakar yang pernah aku minum. Tak kisah lah ada bau asap ker tak ada ker aku telan jer la.

kebetulan hari ni aku lalu, jadi singgahle kejap. kali ni aku tak belek-belek apa lagi terus jer ke gerai air tebu bakar tu. aku tanya pak cik yang jual tu, "kenapa air tebu ni saya beli semalam tak ada rasa macam dibakar pun, bau asap pun tak ada". Pak cik tu tersengih kat aku sambil berkata "mana pernah org bakar air tebu nak oii!!!...". "Habis tu tulis air tebu bakar tu...". lalu pakcik tu pun tergelak berdekah-dekah, "memang le pakcik tulis air tebu bakar... bakar tu nama pak cik". "Alamak ye kerr!!!!...." Jadi air tebu kar tu air tebu pakcik tu ler bukanya air tebu tu di bakar...huhuhuhu..... Aku pun tersenyum ler sorang-sorang....

IBNU MUSLIM:
#Tertipu kerana ditipu nafsu makan dan minum di masa kelaparan dan dahaga!
#ye lah tu.... satu pengajaran ni.... jgn diikutkan nafsu.... kerana nafsu sentiasa menipu diri sendiri... selamat berpuasa utk semua... dan selamat berpilihanraya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan