Jumaat, 25 September 2009

KHUTBAH JUMAAT : ISLAMKAH KITA??

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah Yang kepadanya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan) (Surah al-Mujadalah 9)

Sidang Jumaat Yang Budiman,
Bertaqwalah kita selagi hayat dikandung badan moga2 Allah redha dan suka dengan kehidupan yang kita lalui seharian dan memasukkan kita dalam golongan insan yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Muslimin Sidang Jumaat Sekelian,
Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah swt. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian dan kehidupan di lubang kubur. Dalam kita mengejar kehidupan dan kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.Iaitu untuk beribadah dan memperhambakan diri hanya kepada Allah. Apakah pilihan dan perkara yang kita rebutkan hari ini? Beruntunglah orang-orang yang berebut -rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang wajib kita cari dalam hidup yang singkat ini.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad, Fitnah, gempa bumi,politik wang, peperangan, denggi, chikungunia, selsema babi dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala daripada Allah sebagai Tanda kemurkaan Allah kepada kita!! Adakah kita benar-benar seorang Islam yang sedar dan insaf dengan kelalaian dan kesilapan kita selama ini????

Selama ini, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di dunia ini, di kampong kita ini dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar kita sendiri? Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin, Berjaya padahal semuanya adalah kurnia dan pemberian daripada Allah. Segala harta dan kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur, yang samseng, yang kurang ajar dengan Allah, yakni yang tak pernah sujud kepada Allah, yang jarang2 datang ke rumah Allah (masjid), yang berseluar pendek setiap hari, yang kadang-kadang membaca al-quran, yang terdesak baru berdoa kepada Allah? Tepuk dada tanya iman dan Tanya diri adakah kita hamba Allah atau hamba syaitan laknatullah.?? .

Muslimin Saudaraku Seislam Yang Budiman,
Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu dan menonton filem-filem yang haram hukumnya di sisi Islam. Islamkah kita??? Jika pakaian Barat kita bangga-banggakan..Islamkah kita??? Jika makanan Barat yang kita idam-idamkan.Islamkah kita???Jika budaya barat yang kita agung-agungkan.Islamkah kita???Jika hiburan barat yang kita gila-gilakan. Islamkah kita???Jika hukum Allah, hukum hudud di hina dan di caci kita biar-biarkan sahaja. Islamkah kita???Jika Islam di cabar kita pekak-pekakkan telinga. Islamkah kita???Jika maruah Islam di hina kita rela-relakan. Islamkah kita??? Jika pemerintah zalim kita sanjung-sanjungkan. Islamkah kita, jika azan berkumandang kita buat2 pekak dan tidak memperdulikannya?. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai dengan kebun-kebun kita, leka dibuai dengan lembu dan kambing kita, leka dibuai sembang-sembang kosong dengan kawan-kawan kita, leka dibuai isteri dan anak2 kita, leka di buai muzik-muzik, filem-filem dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam anjuran Islam hingga melupakan perintah solat dan mentaati Allah swt.

Siapakah artis-artis, lembu-lembu, kambing-kambing, kebun-kebun, pasar malam, kereta, wang ringgit yang bertimbun-timbun ??? Adakah semua itu dapat memberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Qarun, Firaun, Namrud??? Tentu tidak.. jadi, siapakah kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Saudaraku Seislam Yang Berbahagia
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah? Jadi, mengapa kita tidak mahu mengejar Allah dengan menunaikan perintahNya. Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Mengapa kita tidak mahu mendengar kuliah di masjid2 dan surau2. Mengapa kita malas untuk ke masjid solat berjamaah. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri dan kita pun masih belum faham Islam yang kita sedang anuti sekarang ini. Adakah kita benar-benar seorang Islam? Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu dan jahil. Sedarlah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Adakah kita tidak takut pada dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa yang telah kita buat dalam masa sehari? Fikirkalah wahai siding Jumaat sekelian.

Saudaraku Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh hari akhirat? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam ataupun seorang yang murtad tanpa kita sedari. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya kekuatan utk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar dan maksiat.

Kita solat : apakah kita yakin solat kita tidak ada cacat dan celanya? Kita makan :
apakah kita yakin rezeki yang kita jamah itu diredhai Allah? Kita minum :
apakah kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang ini? Kita gelak dan ketawa: apakah kita tidak malu pada Allah yang sentiasa melihat lakonan kita diatas dunia ini?

Anak kita cemerlang dalam PMR, SPM, Ijazah: apakah kita yakin semua itu dapat membantu dia menjelangnya berlakunya fitnah kubur? Kita berpuasa:
apakah kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat dan jarang-jarang sakit :Apakah kita yakin Allah sayang dan muliakan kita?
Kita sakit dan selalu sakit :mengapa kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan yang telah dikurniakan kepada kita?

Mimbar ingin bertanya, Siapa Kita? Adakah kita seorang Islam yang mengamalkan Islam. Sebenarnya kita adalah manusia yang berasal dari setitis air mani yang hina dina.. Betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa ketika orang lain sedang sibuk ke masjid untuk solat dan menuntut ilmu. Kita masih tersenyum dan tertawa walaupun ketika kita sedang melakukan dosa dan maksiat. Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka, bergembira tanpa beramal akan dicampakkan ke dalam NERAKA yang paling JAUH sejauh bintang Surayya. Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian. Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia ini dan semuanya itu akan menjadi bencana di padang mahsyar kelak.

Sidang Jumaat Sekelian,
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita sebenarnya? Hanya diri kita sahaja yang tahu siapakah kita dan benarkah kita seorang Islam yang beriman dan beramal. Semoga Kita yang berada didalam masjid ini adalah hamba Allah yang mampu berfikir dan berubah serta berusaha menjadi seorang Muslim yang Mukmin dan diredhai oleh Allah swt..

Sesungguhnya orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang Yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana Sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan Yang jelas nyata. dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa Yang menghina, Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka Segala Yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. dan (ingatlah), Allah menjadi saksi akan tiap-tiap sesuatu.(Surah Mujadalah 5-6)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ MUHAMAD NAIM HASHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan