Selasa, 11 Ogos 2009

SOAL-JAWAB MAHRAM / BUKAN MAHRAM

SOALAN-SOALAN BERKAITAN DENGAN TAJUK KEKELIRUAN TENTANG MAHRAM

Soalan 1:
assalamualaikum
btulkah pdpt bhw boleh kawin sesame adik beradik seibu, ttp tak bleh sesama adik beradik sebapa kerana bapa perlu mewalikan anak? safwan

Jawapan 1:
tak benar, sama ada seibu atau sebapa mrk ialah mahram. Yg boleh ialah tak seibu dan tak sebapa.
cthnya pmpuan A ada anak laki, dia ni janda. kawinlak dgn Laki B yg duda, dia pulak ada anak pmpuan. so yg bleh kahwin sbb bukan sebapak dan bukan seibu

Soalan 2:
assalamualaikum,
saya ade sedikit keliru dgn topik ini. kakak saya telah memberitahu saya supaya memakai tudung apabila suaminya ada. dia kata ini wajib untuk tutup aurat sesama ipar. dia juga menyuruh saya memakai tudung apabila sepupu lelaki datang ke rumah. adakah ia haram kalau saya tidak memakai tudung di hadapan abang ipar & sepupu lelaki saya? plainmum

Jawapan 2:
kakak kamu benar, ipar dan sepupu bukanlah mahram kamu, maka wajib tutup aurat dan haram buka aurat di hdapan mrk dan tak bolh bersalaman.

Soalan 3:
salam, saya ade sedikit kekeliruan,ade sesetengah kwn saye mengatakan pakcik ‘yg mendatang’,iaitu makcik dr sebelah ibu atau bapa saye punye suami adalah bukan mahram…boleh terangkan? ana

Jawapan 3:
Saya tak faham soalan saudara.

Soalan 4(dari soalan atas)
em maksudnye,makcik(adik atau kakak mak saye ke)berkahwin dgn seorg lelaki yg mnjadi pakcik saya,adakah pakcik saye tu dikira mahram saya?berbanding dgn pakcik(adik lelaki mak saye) yg sememangnya mahram bg saye.

Jawapan 4:
Lelaki yang berkahwin dengan makcik (adik beradik perempuan ibu atau ayah kamu) adalah bukan mahram.

Soalan 5:
Saya masih keliru..jika kakak saya mempunyai anak lelaki,A.jadi A merupakan anak saudara saya.Jadi,adakah dia merupakan mahram saya dan boleh tinggal sekali bersama dengan saya. noor

Jawapan 5:
Anak adik beradik kita (anak buah) adalah mahram. Boleh tinggal sekali bersama saudari. Boleh baca kembali posting tentang mahram.

WALLAHUA'LAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan