Selasa, 25 Ogos 2009

~khusyukkah solat kita?~

BERSAMA KITA MEMUHASABAH SERTA MENILAI SEJAUH MANA SOLAT KITA.. ADAKAH SEPERTI MEREKA? ATAU TIDAK? AYUH BERSAMA KITA RENUNGKAN~ ;)

1. Seorang tokoh di kalangan orang yang khusyuk dalam solatnya, iaitu 'Amir bin Abdullah berkata yang bermaksud: Apabila orang bertanya mengenai solat, adakah beliau merasai seperti orang lain iaitu ingat hal ehwal dunia ketika beliau solat?

Jawab 'Amir dengan lebih serius:"Bagiku mengingati perkara dunia dalam solat, aku lebih rela jika orang ambil pedang dan tikam aku hingga menghembus nafas terakhir"

2. Seorang lagi tokoh, Muslim bin Yasar suatu ketika mendirikan solat di dalam masjid. Tiba-tiba satu daripada tembok dindingnya roboh, hingga menggemparkan penduduk2 kota itu. Lalu orang ramai bergegas menuju ke masjid itu lalu bertanya: apakah yang terjadi?
Ketika itu Muslim bin Yasar sedang khusyuk solat tanpa menyedari satu daripada tembok dinding itu telah runtuh...

3. Seorang lagi tokoh yang tidak dinyatakan namanya oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya, tokoh berkenaan berkata;
"sesungguhnya solat itu adalah pekerjaan akhirat, oleh itu apabila masuk kedalam solat bererti aku keluar meninggalkan dunia dan menuju ke alam akhirat"

Ini bermakna apabila dia solat beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana hakikatnya jiwa dan dirinya berada di akhirat.

4. Seorang lagi tokoh bernama Abu Darda' berkata adapun orang yang cerdik itu ialah mereka yang dapat menyelesaikan semua hajatnya sebelum menunaikan solat supaya dia boleh masuk ke dalam solat dengan hatinya lapang."

5. Diriwayatkan tentang seorang sahabat bernama 'Ammar bin yasir melaksanakan solat dengan sederhana dan ringkas.

Lalu sahabat yang lain bertanya "Mengapakah solat dengan kadar yang ringkas?"
Lalu 'Ammar menjawab dalam pertanyaan pula " Adakah kamu dapati kekurangan dan kecacatan dalam solatku yang dalam kadar ringkas itu? Aku solat dengan ringkas itu kerana hendak mendahului gangguan syaitan".

Menurut 'Ammar Rasulullah s.a.w bersabda "Seseorang manusia mendirikan solat, tetapi tidak memperolehnya walau 1/2, 1/3, 1/4, 1/5, 1/6 malah tidak 1/10 pun."
'Ammar berkata kerana teringatkan hadis tersebutlah beliau lebih rela solat ringkas asalkan 100% selamat daripada rompakan syaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w "Solat seseorang diterima Tuhan sekadar mana dia ingat (tidak lalai) dalam solatnya"
Pendapat 'Ammar iaitu solat yang panjang tetapi kosong dari hadir hati, lebih baik ringkas tetapi seluruhnya diterima Allah tetapi kalau yang panjang diterima Tuhan itu lebih baik. sebagai contoh, mereka membaca surah yang pendek bukanlah kerana malas tetapi untuk mengawal solat daripada gangguan syaitan.

6. Saidina Umar pernah berucap di atas mimbar katanya; "Ada orang sudah beruban di kepalanya[tua] tetapi hendak cari sekali sahaja solat diterima Tuhan sukar ditemui.

Lalu orang bertanya mengapa terjadi begitu? Jawab Umar Kerana dia tidak menyempurnakan khusyuk serta penumpuan sepenuhnya kepada Allah s.w.t"

7. Solat kita pula bagaimana? adakah diterima Allah? ayuh bersama kita memperbaiki solat kita ke arah yang lebih sempurna dengan hadirnya bersama hati di dalam solat kita [peringatan buat diri yang lemah ini juga]

SUMBER; AKHBAR FIKRAH EDISI 16-30 JUN 08 [RUANGAN MAUIDZAH TN GURU NIK ABD AZIZ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan