SOALAN:
Salam
Ana nak tanya, ade tak dari mana2 buku/ulama' atau sumber mana2 yang mengatakan tentang kelakuan ketika henfon seseorang berbunyi semasa solat. Setahu ana dia perlu mematikan bunyi tersebut ketika bunyinya menganggu jema'ah solat lain. Jadi ana nak tanya ada tak sumber2 yang berkenaan utk dirujuk.Jazakumullah khairan kathira.
Wassalam
******************************
JAWAPAN:
wa'alaikumussalam
Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).
Nabi saw sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah. Apabila baginda ruku', dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayan oleh Malik 1/170, al-Bukhari, 1/487, Muslim #543, Abu Daud #917 - 920.
Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A'isyah ra. masuk. Berkata A'isyah ra :-
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه مغلق فجئت فمشى حتى فتح لي ثم رجع إلى مقامه ووصفت أن الباب في القبلة
"Rasulullah saw sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A'isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat" [Hadith Riwayat Ahmad 6/31, Abu Daud #922, al-Nassa'i 1/178 al-Tirmudzi 2/497].
Pergerakkan Nabi saw ini menunjukkan pergerakkan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone juga merupakan pergerakkan, malah dikalangan para ilmuan terkini mewajibkan talipon tersebut dipadam, kerana ia akan mengganggu solat berjemaah. [Abdul Rahman Mohammed, Pelik tapi benar dalam solat, ms 74].
Abu Sa'ed al-Khudri ra berkata : Rasulullah saw apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran - atau baginda berkata, apabila bersolat" [Hadith Riwayat Abu Daud #1332].
Bacaan al-Quran secara kuat juga ditegah oleh Nabi saw jika ia mengganggu jemaah yang lain, inikan pula bunyi handphone, ditambah dengan bunyi-bunyi muzik..fikirla sendiri.
Sekian, wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan