(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Apakah Dia Kaffarah Kerana Bersetubuh Ketika Haid Itu?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu‘ Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya bagaimana dengan keadaan seseorang yang mendatangi (menjimak atau menyetubuhi) isterinya pada ketika haid. Baginda lalu bersabda:
Maksudnya: “(Dia) bersedekah dengan satu dinar atau setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Majah, ad-Daruquthni, ad-Darimi dan an-Nasa’i. Menurut Abu Daud dan al-Hakim, ini adalah hadis shahih. Manakala yang lainnya mengkategorikan hadis ini bertaraf marfu‘ dan mawquf.
Manakala hadis mawquf kepada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jika (dia) menyetubuhinya (isterinya) pada waktu permulaan darah (haidh), maka (dia membayar) satu dinar. Dan jika (dia) menyetubuhinya (isterinya) pada waktu darah berhenti (kering), maka (dia) membayar setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, kaffarah yang dimaksudkan itu ialah 1 (satu) dinar jika berlaku persetubuhan pada permulaan haid, iaitu ketika darah haid masih kuat warnanya.
Manakala ½ (setengah) dinar jika berlaku persetubuhan pada penghujung atau akhir haid, iaitu ketika darah haid beransur lemah warnanya dan hampir-hampir kering atau sudah berhenti.
Adapun maksud dinar di atas adalah dinar mengikut timbangan Islam daripada emas tulin. Satu dinar bersamaan dengan satu misqal daripada emas, iaitu 4.25 gram emas (mengikut timbangan pada zaman sekarang).
Sebagai irsyad, harga minima bagi satu gram emas 21 karat (setakat Irsyad Hukum ini ditulis) ialah $29.70. Maka nilai satu dinar mengikut nilaian matawang ringgit ialah 4.25 gram x $29.70 = $126.225. Manakala setengah dinar pula bernilai $63.1125.(Ini untuk Brunei(dolar), untuk malaysia sila kira dalam nilaian ringgit malaysia)
(anggaran semasa di Malaysia, 1 gram emas = rm125.30x4.25gram =rm 532.525)
*SILA DAPATKAN HARGA EMAS SEMASA DAN TERKINI DI PASARAN (4.25 GRAM)*
Kaffarah yang disebutkan itu hanya dikenakan ke atas suami sahaja dan disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin. Manakala menurut Imam ar-Rafi‘e Rahimahullah, memadai kaffarah tersebut diberikan kepada seorang fakir sahaja.
Bersetubuh Setelah Kering Darah Haid Tetapi Belum Mandi
Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmu‘ bahawa ulama-ulama Syafi‘e mengatakan apabila perempuan yang haid itu sudah kering darahnya, maka terangkatlah beberapa perkara yang diharamkan ke atasnya seperti puasa, talak dan zhihar.
Adapun larangan kerana disebabkan hadas seperti sembahyang, tawaf, sujud Tilawah dan Syukur, i‘tikaf, memegang dan membaca al-Quran dan tinggal atau duduk dalam masjid, masih dilarang dan masih berjalan hukumnya sehinggalah dia mandi mengangkat hadas besar. Begitu juga larangan bersetubuh dan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut.
As-Sayyid al-Bakri menukilkan kata-kata Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari dalam Syarh ar-Raudh, sebagaimana diharamkan bersetubuh pada akhir waktu haid, diharamkan juga bersetubuh setelah darah haid berhenti atau kering sebelum mandi mengangkat hadas besar.
Menurut jumhur ulama, hukum bersetubuh dengan perempuan yang haid sebelum dia mengangkat hadas sekalipun darahnya sudah kering atau berhenti atau bersih adalah haram sehinggalah dia terlebih dahulu mandi mengangkat hadas ataupun bertayammum (pada keadaan sah tayammumnya itu).
Begitu juga dengan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut sehinggalah perempuan tadi mengangkat hadas besar. Jika dia tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayammum kerana tayammum itu bersamaan dengan mandi dalam mengangkat hadas.
Di samping itu jumhur mengatakan jika seseorang bersetubuh dengan perempuan yang sudah berhenti atau kering darah haid dan sebelum mandi, maka (sunat) ke atasnya kaffarah, iaitu bersedekah kepada orang fakir miskin dengan ½ (setengah) dinar.
Perintah Untuk Mandi Setelah Kering Darah Haid
Ulama sepakat bahawa mandi mengangkat hadas disebabkan haid dan nifas adalah wajib, iaitu apabila telah berhenti atau kering darah tersebut.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis riwayat ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha ketika Fatimah binti Abi Hubaisy menemui Baginda mengenai masalah haid dan istihadhah.
Maksudnya: “Maka jika datang haidhmu, maka kamu tinggalkanlah sembahyang, dan jika (kadar masa kebiasaan haidh) telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah dari dirimu darah haidh (mandilah) kemudian sembahyanglah”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Secara dasarnya darah haid itu bukan sahaja menjijikkan kepada orang lain, malah bagi perempuan yang mengalami haid itu sendiri. Kerana itu, tegahan melakukan persetubuhan ketika haid walaupun menggunakan kondom adalah sangat wajar, di samping ianya mendatangkan mudharat. Manakala dari sudut pandangan agama, hukumnya adalah haram dan melakukannya dengan senghaja merupakan dosa besar dan pelakunya disunatkan membayar kaffarah.
Menurut Imam al-Ghazali, melakukan persetubuhan sebelum mandi akan mewarisi judzam (penyakit kusta) kepada anak.
Oleh kerana itu hubungan suami isteri akan terbatas selama mana isteri belum mandi mengangkat hadas, sekalipun darah haid sudah kering atau berhenti. Maka apabila darah haid telah kering, wajiblah menyegerakan mandi untuk mengangkat hadas supaya tidak tertinggal melaksanakan ibadat yang dituntut.
WALLAHUA'LAM
bagaimana kalau terbersama ketika dalam haid.xperasan yang darah haid keluar..bile mandi wajjib baru tahu haid.adakah tu kira berdosa jugak?kena bayar 1 dinar jugak ke?
BalasPadamperkataan "terbersama" tu bermaksud tak sengaja..oleh itu, cukuplah dgn mmperbanyakkan bertaubat dan memohon keampunan kpd allah
BalasPadamassalam...
BalasPadamustaz, bagaimana pengiraan pembayarannya?...contohnya seorg wanita didatangi haid dalam suatu masa. dan selama tempoh haid itu dia telah bersetubuh selama 4 kali (semuanya pd waktu darah haid kering)....adakah lelaki itu kena byr sbyk 4 x 0.5 = 2 dinar...ataupun 0.5 dinar shj?
bagaimana pula lelaki yg tidak tahu hukum dan telah 'terbersetubuh' dgn isterinya pd waktu haid (waktu kering)...adakah wajib baginya membayar kifarah juga?
terima kasih...
makne nye si lelaki jela yg kene byr kaffarah jika menyetubuhi isteri ketika datang haid dan dalam bulan puasa????
BalasPadamDlam mazhab syafie-hanya lelaki sahaja yg dikenakan kaffarah.. kaffarah bersetubuh ketika haid-sunat.. kaffarah bsetubuh bulan puasa-wajib..tq
BalasPadaminsan ingin tahu..
BalasPadamsaya nk tnya...klu ank kte dh kluar pun dia nye blh djagkiti pentakit kusta 2 ker???
wallahuaqlam..
BalasPadamassalammualaikum..
BalasPadamustaz saya ingin tahu klu kte dlm kdaan haid lalu bersetubuh bgai mana cara mndi wajib dn niatnye??adakah kte blh skali mndi dgn dua niat yg berbeza atu mandi asing-asing dgn niat lain2
Assalamualaikum..
BalasPadamSaya ingin bertanya, sekiranya seorang wanita itu mengalami kitaran haid yang lama, melebihi 15 hari. setelah dia melakukan "mandi hadas wajib",boleh kah dia bersama dgn suaminya?
Darah slps hari 15 ialah darah istihadhoh.. wajib solat, puasa dan lakukan kewajipan yg lain.. dan blh bersetubuh dgn suami slps mandi haid-halal.. wallahuaqlam
BalasPadamsila jawab soalan kedua di atas ustaz.. saya ingin tau..
BalasPadamkpd tanpa nama: niat mandi hadas besar..tq
BalasPadamSalam Ustaz...sekiranya isteri keluar darah haid hnya sedikit pd ptg hari...pada mlm hari darahnya sudah tidak keluar n tidak juga mandi hadas....suami isteri tersebut melakukan persetubuhan...apabila bersama ade sedikit cairan darah..dan esknya darah tidak keluar...apa hukumnya ustaz?Dibelenggu rasa berdosa...apa yg patut dilakukan...:((
BalasPadamsalam ustaz,soalan saya,sekiranya saya dah yakin yg haidnya dah hbs dan saya mandi serta solat n bersama suami.tb2 kuar semula haid lg(berekor-ekor),adakah itu dikira berdosa?
BalasPadamtak berdosa.. tq
BalasPadamkpd tanpa nama: jika keluar darah haid maka tak blhla bersetubuh..tak kira la sikit@byk. jika darah dh xkeluar..tunggu shgga 24 jam..jika dh yakin xkeluar darah lg - mandi dulu kmudian barulh bersetubuh..bawak2 bersabaqla no.. bertaubatlh kpd allah..tq
BalasPadamSalam ustaz,bagaimana jika telah mandi wajib kemudian telah solat 5 fardhu.pd mlmnya bersama suami.ketika ingin angkat hadas besar kerana junub keesokan pagi ada bebenang darah yg halus keluar.. Perlu bayar kaffarah 1/2 dinar atau bagaimana?
BalasPadamtak perlu krn dh yakin haid dh kering&dh mandi..kira rezki puan&suami la mlm tu..tq
BalasPadamsalam ustaz..dlm kes terbersama td...adekah kena kafarah..kalau masa awal bersama drh takde ttapi dh nk abes br nmpk drh (hari pertama haid)..tp tetap teruskan hingga selesai..adkh kena kafarah.
BalasPadamyg sepatutnya jika dah keluar darah dan darah tu bukannya darah sbb setubuh tp mmg darah haid, maka mesti berhenti setubuh.. jika teruskan bmaksud bersetubuh dgn sengaja walaupun dah tahu haid..sunat bayar kafarah.. jika waktu tu tuan&isteri xpasti haid@tidak..maka bertaubat&mhon lah keampunan kpd allah
BalasPadam