Ahad, 11 Januari 2009

KHUTBAH JUMAAT( ISU YAHUDI-PALESTIN)

ASSALAMUALAIKUM WRT...

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu (Al-baqarah 120).

Saudaraku Sidang Jumaat Yg Berbahagia,
Bangsa Yahudi adalah di antara bangsa yang tertua di muka bumi ini. Sejarahnya banyak dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Terdapat banyak surah-surah yang menerangkan tentang pemalsuan dan pembohongan Yahudi setiap zaman. Yahudi telah bermula memusuhi agama Tuhan dengan menolak seruan Rasul yang didatangkan kepada mereka sejak zaman berzaman. Rasul-rasul yang didatangkan kepada mereka amatlah ramai tetapi mereka tetap ingkar serta tidak mahu menerima kebenaran. Dalam pada itu mereka mengangkat sendiri martabat dengan mengatakan bahawa merekalah bangsa yang dikasihi Tuhan. Mereka juga mendakwa sebagai bangsa terpilih kerana ramai Rasul telah dipilih di kalangan bangsa Yahudi.

Namun, itu merupakan omong kosong dan telahan semata-mata. Sebaliknya, merekalah bangsa yang terhina disebabkan oleh kejahatan dan kekejaman yang telah mereka lakukan di dunia ini. Mereka memusuhi agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengki terhadap Nabi akhir zaman. Mereka mengharapkan biarlah Nabi akhir zaman juga dipilih di kalangan bangsa mereka. Namun, hasrat mereka tidak tercapai. Allah SWT telah memilih bangsa Arab dan menolak bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak serik dengan pengalaman sejarah sejak nenek moyang mereka. Bermula dengan penyembahan berhala dan memusuhi para Nabi, sejarah Bani Israel telah mencatatkan ribuan kerosakan yang dinukilkan oleh Al-Quran. Banyak malapetaka datang bertimpa-timpa ke atas bangsa tertua itu termasuklah pengusiran mereka dari negeri mereka sendiri. Mereka bermegah kerana Tuhan telah memilih ramai Nabi di kalangan bangsa Yahudi. Namun, mereka jugalah yang membunuh Nabi-nabi kerana kepercayaan berhala yang telah bertapak dalam sanubari mereka. Mereka menolak Taurat, sebaliknya mencipta Talmud, kitab besar Yahudi yang menonjolkan buah fikiran yang sesat.

Saat permusuhan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. yang bermula di Madinah telah berlanjutan sehingga sekarang. Mereka sangat mendendami kekalahan dan kehinaan yang dialami oleh datuk nenek moyang mereka dahulu kala. Perancangan mereka ialah untuk menghancurkan semua keturunan umat Muhammad di muka bumi ini sehancur-hancurnya. Saat yang paling memalukan dalam sejarah bangsa mereka ialah apabila dihalau oleh Rasulullah keluar meninggalkan Madinah kerana membuat kejahatan serta melanggar perjanjian agama. Mereka tidak boleh menerima hakikat terpinggirnya mereka dari Madinah kerana kejahatan yang mereka cetuskan kepada puak Ansar dan Muhajirin. Mereka lupa bahawa Bani Nadhir menipu Rasulullah adalah suatu kejahatan. Justeru itu, kemarahan Yahudi tidak pernah padam sejak ribuan tahun yang lampau sehinggalah ke akhir zaman. Mereka yakin dapat menumpaskan Islam dalam abad ini dan terus menguasai dunia pada abad yang mendatang. .Paparan berita agensi Yahudi beberapa ketika dahulu di luar negara, mengatakan bahawa, "Nyawa orang-orang Islam adalah di tangan kami, seumpama nyawa kibas dan domba di tangan tukang sembelih !"
Begitulah yang terjadi di merata dunia Islam sekarang. Yahudi sedang menggunakan kekuatannya untuk menghancurkan umat Islam dalam segenap bidang. Mereka telah bergabung dengan Kristian dalam era baru dan mengumpul strategi terkini untuk melumpuhkan Islam.

Muslimin Yg Berbahagia,
Dunia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap kezaliman Yahudi yang sudah menyapu awan. Yahudi diibaratkan harimau ganas yang cukup menggerunkan semua penghuni belantara, hatta kepada seekor singa sekalipun. Yahudi bukanlah bangsa yang ramai. Di Amerika dianggarkan jumlahnya mencecah 6 juta orang, sedangkan umat Islam mempunyai 1.3 billion penganutnya di seluruh dunia. Yahudi paling ramai di Amerika. Namun, kekuatan mereka terpancar di seluruh dunia menghubungkan rangkaian yang cekap dan canggih mengatasi kelembapan orang Islam yang masih memiliki sikap duduk dan lihat. Sejak pengusiran beramai-ramai Yahudi keluar dari Mesir sekitar 1,300 sebelum Masihi, mereka telah bermusafir ke beberapa bahagian dunia. Mereka juga pernah menghadapi tekanan dari negara seperti Perancis dan Sepanyol termasuk Jerman (Nazi) semenjak pengusirannya. Meskipun begitu, Yahudi memang difahami sebagai bangsa yang tidak mengenal kalah. Di dalam sejarah, Al-Quran banyak menyentuh mengenai perangai Yahudi yang tahan lasak tetapi banyak membuat tipu-helah dan pembohongan demi untuk duniawi dan perjuangan mereka. Mereka terkenal sebagai bangsa yang gemar meminta tetapi sukar memberi.

Kelasakan melalui doktrin survival of the fittest telah memastikan orang-orang Yahudi banyak menimba pengalaman sebagai pelarian. Perjuangan mereka yang kental banyak membawa kejayaan kepada pertumbuhan bangsa yang drastik dan hebat. Melalui cross fertilization mereka berjaya menyelinap masuk untuk mencambahkan percampuran bangsa dan agama untuk suatu pembohongan yang halal. Sejarah juga pernah menyaksikan betapa Huyaiy Akhtab dan beberapa pembesar Yahudi di zaman Rasulullah mencampuri orang Ansar dan Muhajirin demi untuk mengelirukan Rasulullah. Mereka sanggup mengorbankan identiti kerana mengharapkan kerosakan agama Islam.

Sidang Jumaat Yg Dimuliakan Allah,

Tidak ada yang paling menghiris kalbu selain menelusuri sejarah empayar Islam yang mengalami keruntuhan dan kejatuhan. Sejarah menyaksikan kejatuhan Baghdad, pusat ilmu dan tamaddun Islam yang gagah, kejatuhan empayar Andalusia selepas 600 tahun berkibarnya kalimah thoiyibah dan kemerosotan Uthmaniah Turki yang menguasai sebahagian besar Eropah waktu silam.

Selepas jatuhnya empayar Islam yang agung umat Islam belum lagi mencipta keajaiban yang mampu menyamai bangsa kufar, apatah lagi untuk mengalahkannya. Umat Islam diratah oleh musuh yang durjana ibarat meratah makanan di dalam dulang. Mereka dikeronyok oleh musuh semahu-mahunya. Negara Palestin dan Iraq dijadikan medan pertumpahan darah. Amerika dan Yahudi ingin meneruskan niat jahat mereka terhadap negara Islam yang kaya raya. Iraq dijadikan korban nafsu serakah di samping ingin mengekalkan status polis dunia yang mencatur keamanan sejagat. Mereka menggunakan isu keganasan sebagai tiket untuk menghalalkan pelanggaran ke atas negara Islam. Palestin tidak diberi keadilan mengikut undang-undang Pertubuhan Bangsa Bersatu kerana memelihara kaum Yahudi yang sangat licik menguasai tanah Palestin. Negara Islam yang miskin dan melarat dibiarkan berperang sesama sendiri. Kebuluran tidak ditangani dengan cara yang berkesan. Mereka ingin menguasai negara itu dalam jangkamasa yang panjang. Negara Islam yang selama ini tidak bergolak diberi suntikan pelali supaya mereka menguasai fikrah dan kesejahteraan rakyatnya.

Amerika dan Yahudi sangat membenci Islam. Mereka telah melakukan segala bentuk kekejaman terhadap umat Islam di seluruh dunia. Mereka bekerjasama dengan NATO untuk menguji kekuatan ketenteraan Islam dan nyata tidak ada negara Islam di Eropah mahu pun di timur yang mampu mengatasi teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh Amerika. Apabila mendengar ada negara Islam yang menghasilkan teknologi nuklear hati mereka menjadi bimbang. Begitulah perangai Amerika dan Yahudi yang tidak akan berdiam diri selagi Islam tidak ditundukkan dan dihancurkan. Tuhan telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian sememangnya tidak memperakui keberadaan Islam di muka bumi kerana mereka menyedari rahsia dan kekuatan Islam.
Malangnya dan amat menyedihkan hari ini umat Islam, negara yg diperintah oleh orang Islam telah mengikut cara pemerintahn dan cara hidup Yahudi dan Nasrani tanpa menyedari bahawa mereka telah membelakangkan Islam, melupakan Tuhan serta membenci sunnah Rasulullah, iaitu Nabi mereka sendiri. Mereka menolak hokum Allah, peraturan Allah, sunnah Nabi dan keyakinan Islam, sebaliknya mengambil peradaban musuh sebagai panduan dan amalan hidup.

Tangisan umat Islam di atas kejatuhan Baghdad telah mengukir peristiwa paling pahit dalam lintasan sejarah Islam. Sungai-sungai menjadi merah oleh darah manusia. Ulama-ulama disembelih sewenang-wenangnya tanpa dihormati. Rakyat dibunuh dengan zalim oleh puak Monggol yang bermata sepet. Mereka didatangkan oleh Tuhan sebagai membalas kelekaan yang dilalui oleh umat Islam. Umat Islam wajib merenung nasib yang menimpa mereka supaya penghinaan sedemikian tidak berulang. Tetapi perkara itu tidak berlaku. Kehinaan demi kehinaan menimpa umat Islam sehingga ke hari ini. Apa yang berlaku di Bosnia Herzegovinia, Afghanistann, Palestin dan Iraq adalah merupakan ulangan bala yang didatangkan oleh Tuhan kerana dosa yang kita wariskan kepada umat dan kepada rakyat. Dosa disebabkan umat Islam tidak bersatu dan mementingkan diri dan negara masing2. Dosa disebabkan Umat Islam meninggalkan jihad - suatu rukun terpenting yang menghubungkan manusia dengan Tuhan dan ianya adalah kemestian dalam kesinambungan beragama. Kelalaian umat Islam dalam menyempurnakan jihad telah memberi kesan yang mendalam kepada maruah umat dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam yang suci ini.

Kaum Muslimin Yg Berbahagia,
Sememangnya benarlah apa yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w. bahawa agama Islam yang teguh itu akan mulai ditinggalkan penganutnya apabila mereka memandang duniawi melebihi akhirat. Tidak ada jalan kembali untuk menapak semula kegemilangan bersejarah itu selain memiliki takwa. Senjata yang paling ampuh dan perisai yang paling kental sejak zaman berzaman. Firman Tuhan bermaksud,
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." [Surah Al-Hujurat ayat 13]

Senjata takwa adalah yang termahal. Dengan takwa manusia dapat ketinggian darjat di akhirat mahu pun di dunia.. Ketinggian darjat yang diperolehi oleh manusia melalui bertakwa merupakan anugerah tertinggi Tuhan kepada makhluknya. Sejarah memaparkan kepada kita dengan takwa empayar Islam dapat dibangunkan dan menguasai dunia masa silam. Kerajaan Islam jatuh merudum apabila mereka tidak lagi menjadikan takwa sebagai ketinggian dan sahsiah diri. Mereka sudah mula meninggalkan jihad dan akhlak. Meninggalkan kasih sayang dan persaudaraan sehinggakan Tuhan mendatangkan bala menggantikan kemakmuran yang mereka kecapi sebelum itu.

Ketahuilah bahawa kemenangan yang Tuhan anugerahkan kepada Kerajaan Abbasiyah adalah disebabkan takwa. Kemakmuran yang Tuhan kurniakan kepada Uthmaniah setelah mereka memiliki kesempurnaan rohaniah dan lahiriah. Seperti yang diceritakan oleh sejarah, penaklukan Sultan Muhammad Al-Fateh ke atas Konstantinopel apabila ketumbukan tenteranya mempunyai sifat takwa yang hebat. Mereka itu laksana singa di siang hari dan rahib (abid) di malam hari.

Sallehuddin Al-Ayubi ketika peperangan untuk menawan Palestin kali kedua telah menyiasat khemah-khemah pejuang Islam yang bangun bertahajud. Beliau mengintai-ngintai untuk mengetahui manakah pejuang yang membelakangkan Tuhan di malam hari. Keesokan harinya beliau telah mengarahkan satu khemah supaya tidak ikut berjuang. Mereka dipaksa untuk bertahan di kem. Beliau takut Tuhan tidak memberi kemenangan kepada tentera Islam hanya disebabkan oleh sebilangan tentera yang tidak bangun bersolat malam. Begitu telitinya pejuang Islam masa dahulu. Layaklah mereka diberi kemenangan dan keagungan. Sesuai dengan firman Tuhan bermaksud,

Allah menjadi pembela kepada orang yang bertakwa." [Surah Al-Jasiyah ayat 19]

Ketika Tariq Ibnu Ziad mengharungi Selat Gibraltar untuk menentang musuh Islam di Sepanyol (ketika itu disebut Andalusia), beliau memiliki tentera yang bertakwa dan taat kepada perintah. Panglima Tariq telah meniupkan semangat cintakan akhirat melebihi dunia. Beliau juga menyemarakkan kecintaan kepada mati syahid sehinggakan sanggup membakar kapal-kapal kecil yang berlabuh di pengkalan demi untuk memadamkan keinginan tenteranya yang berangan-angan untuk pulang atau lari dari medan peperangan. Begitu anehnya perbuatan itu sehinggakan jika beliau berada di dunia sekarang akan dilabel sebagai gila. Begitulah hakikat yang harus diterima oleh kita tentang sejarah orang-orang yang cintakan Tuhan. Sejarah orang-orang yang mempunyai darjat takwa yang tinggi hampir mustahil untuk dibandingkan dengan kedudukan kita di akhir zaman ini.Tariq dapat menguasai Andalusia dan memakmurkan bumi itu beratus-ratus tahun lamanya. Sesuai dengan firman Tuhan,

“Dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh". [Surah Al-Anbiya ayat 105]

Umar Ibnu Aziz, khalifah mukminin suatu ketika dahulu telah menempa sejarah kegemilangan dari sudut kepimpinan. Ketakwaan yang dimiliki oleh beliau telah mengundang keberkatan di langit dan bumi semasa pemerintahan beliau. Sifat qanaah dan zuhud beliau menyebabkan negaranya menjadi aman damai sehinggakan suatu ketika hampir tidak ada orang yang mahu menerima zakat. Pemerintahannya menyebabkan rakyat kurang meminta-minta. Gabenor yang dilantik oleh beliau sanggup hidup dalam kemiskinan dan mengutamakan rakyat daripada perut sendiri. Beliau juga terkenal sebagai pemerintah yang sangat menjaga harta negara supaya tidak sewenang-wenangnya digunakan. Beliau sanggup membelakangkan kepentingan peribadi demi kepentingan rakyatnya.

Memiliki sifat takwa bererti memiliki kemenangan. Orang yang bertakwa sebenarnya mendapat beberapa pembelaan Tuhan di dunia lagi. Sekiranya dia seorang pemimpin, negara yang dipimpinnya akan diberkati oleh Tuhan. Dia akan mudah memimpin rakyatnya supaya mengerjakan amal soleh dan meninggalkan amalan mungkar. Rakyat juga akan merasa mudah untuk mengikut jejak pemimpinnya yang mempunyai sifat kasih sayang, zuhud terhadap dunia, dan lain-lain lagi. Kerosakan masyarakat yang berlaku di bawah pimpinannya akan berkurangan. Secara tidak langsung kemaksiatan dengan sendirinya akan dibenteras.

Kerosakan masyarakat hari ini disebabkan oleh kepimpinan yang menolak takwa. Mereka mungkin mendakwa telah mengamalkan ciri-ciri takwa selaras dengan ajaran Islam. Namun hakikatnya mereka telah mencampur-adukkan kemaksiatan dengan amalan baik mereka. Mereka tidak menyedari bahawa amalan mereka tidak diterima oleh Tuhan. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang berbuat sesuatu kemaksiatan, sedangkan dia juga mengamalkan kebaikan adalah orang yang tertipu. Dia berangan-angan bahawa Tuhan akan menyebelahinya sedangkan dia tidak merasa berdosa ketika membuat kemaksiatan itu. Seolah-olah kemaksiatan itu akan tertanggal dengan sendirinya tanpa bertaubat atau meminta ampun kepada Tuhan meskipun kesalahan itu tersangat kecil.

Hari ini kita kehilangan harta yang paling berharga iaitu iman dan taqwa. Kehilangan harta yang bernilai itu menyebabkan maruah Islam turut tercemar. Islam telah menjadi hina dina oleh penganutnya sendiri. Bukankah Tuhan telah menyatakan dalam kitabnya bahawa apabila manusia mula meninggalkan hubungan dengan Allah dan manusia, mereka akan ditimpa kehinaan serta kemudharatan.

Sidang Jumaat Sekelian,
Hari ini rakyat Palestin diserang, dibunuh, diseksa dan terpenjara dinegara sendiri disebabkan keganasan dan kejahatan rejim zionis Israel dan Rejim Amerika laknatullah. Tidak mustahil suatu hari nanti negara umat Islam yg lain atau negara Malaysia yg kita cintai mungkin menjadi sasaran rejim kuffar ini kalau kita masih lalai, leka dengan kemaksiatan, hiburan dan kesenangan hidup di dunia yg sementara ini. Atas dasar keprihatinan dan kecintaan kita kepada saudara seagama kita di Palestin, bersamalah kita sumbangkan apa yang mampu kita berikan kepada rakyat Palestin. Tidak lupa juga untuk mendirikan solat Hajat, membaca doa Qunut Nazilah dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t agar nasib saudara selslam yang sedang dizalimi dapat dibela. Bersamalah juga memboikot barangan Yahudi yang menyokong kezaliman ini.

Sempena dengan Tahun Baru Hijrah dan Masihi ini, marikan kita menghayati penderitaan yang selama ini dialamni oleh rakyat Palestin dan bersatu padu untuk memberikan sedikit sinar kepada Palestin dan jangan biarkan derita yang sekian lama dihadapi ini terus berpanjangan kepada rakyat Palestin. Ayuh bangkit dan bersatu menentang musuh Allah swt.

Sesungguhnya tidak ada kemenangan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada penghuni akhir zaman melainkan umat Islam harus bersedia dengan iltizam yang tinggi, ibadat yang ikhlas, semangat keislaman yang mendarah daging, semangat jihad yg tebal, menolak amalan yang tidak berfaedah, mencintai syurga dan gerun terhadap neraka, menjadi kelompok yang berkasih sayang, berlapang dada dan bersatupadu serta membersihkan segala bentuk kekufuran dan kesyirikan secara global,
Akhir sekali, mimbar mengambil kesempatan untuk menyeru semua umat Islam agar bersatu dalam segala hal. Agama Islam adalah agama yang syumul. Umat Islam harus menjadi kebal apabila mereka bersatu atas nama Islam. Bangsa yang tidak bersatu bagaikan gugusan yang tercerai-cerai, mudah dikerjakan oleh musuh. Berpeganglah kepada syariat Allah, hukum Allah, peraturan Allah, perintah Allah dan hukum kemanusiaan. Kesatuan yang dibangunkan atas nama agama yang tulen akan memerdekakan umat Islam daripada tipuan musuh. Sebaliknya, kehinaan yang berpanjangan akan mengheret umat Islam sekiranya mereka masih bercakaran dan menjadikan perbalahan di sudut politik, kebudayaan dan lain-lain sebagai tajuk utama. Kesempatan yang terhad harus diambil oleh umat Islam supaya terus memahami di zaman apa mereka berada sekarang dan apa yang harus dilakukan demi keberuntungan agama.

Firman Allah:
(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu (dalam peperangan Badar), lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Di sediakan Oleh:
Ustaz Muhamad Naim Hashim
Imam Surau Al-Ikhlas

(DIBACA PADA SOLAT JUMAAT DI SURAU AL-IKHLAS PADA 9/1/2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan