Sabtu, 3 Mei 2008

PAHLAWAN ISLAM YANG AGUNG-SIRI 1

ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH

Sabda-sabda Rasulullah s.a.w.:

"Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini."

Sabda lagi:

“Jika aku bercita-cita, maka aku mengharapkan adanya setiap rumah didiami oleh orang-orang yang seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah.”

SIAPA ABU UBAIDAH

Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah tergolong salah seorang sahabat besar Baginda Rasulullah s.a.w. serta pahlawan yang ter bilang. Beliau juga termasuk golongan kaum Muslimin yang mula-mula sekali memeluk Islam.
Sebagai seorang sahabat besar, Rasulullah sangat cinta kepadanya. Beliaulah satu-satunya sahabat besar Baginda yang digelar Amirul Umara yang bererti Perdana Menteri. Sebabnya ialah beliau mempunyai tubuh badan yang tinggi laqi kurus serta berjanqqut pula.

PERIBADI ABU UBAIDAH

Abu Ubaidah mempunyai akhlak yang tinggi dan mulia. Beliau adalah seorang mukmin yang kuat beribadat dan sa¬ngat suka merendah diri. Beliau tidak tertarik kepada kese-nangan dunia yang bersifat sebentar itu. Sebagai seorang pahlawan agung, beliau telah banyak meninggalkan jasa-jasa yang gemilang dalam menegakkan Agama Allah dan Rasul-Nya.

ABU UBAIDAH PAHLAWAN YANG HANDAL

Abu Ubaidah termasuk salah seorang pahlawan Islam yang agung dan tidak ada tolok bandingnya. Kehandalan dan keberaniannya adalah setanding dengan para pahlawan agung yang lain seperti Saiyidina Ali Bin Abu Talib r.a., Saad Bin Abu Waqqas r.a. ataupun Khalid Bin Walid. Beliau tidak ketinggalan turut serta dalam perang-perang besar yang di-hadapi oleh Baginda Rasul s.a.w. seperti Perang Badar, Uhud dan lain-lain lagi. Rasulullah kerap menyerahkan pimpinan perang kepada beliau kerana beliau mempunyai sifat-sifat akhlaknya yang mulia seperti berani, ikhlas, jujur dan rendah diri.

Pernah suatu ketika Baginda Rasul s.a.w. telah melantik Abu Ubaidah untuk memimpin satu angkatan tentera yang seramai 310 orang menuju ke suatu tempat yang jauh. Semasa memimpin angkatannya itu Abu Ubaidah telah memberikan kepada anak-anak buahnya setiap hari hanya segenggam kurma sahaja. Tetapi pada hari-hari berikutnya apabila bekalan kurma itu telah habis Abu Ubaidah menggantikan bekalan makanan itu dengan perahan air tumbuh-tumbuhan sahaja. Walaupun angkatannya itu menghadapi keadaan yang susah namun anak-anak buahnya itu tidak pula merungut kerana lapar. Abu Ubaidah telah menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin yang sabar menanggung pende-ritaan hidup. Inilah dia peribadi panglima pilihan Rasulullah s.a.w. yang terkenal kerana sifat-sifat peribadinya yang luar biasa.

Abu Ubaidah juga adalah seorang sahabat besar dan pahlawan agung yang sangat cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Buktinya ialah beliau sentiasa bersedia untuk menyertai apa juga peperangan yang dihadapi oleh Baginda s.a.w. Dalam apa juga peperangan Abu Ubaidah lebih mementingkan keselamatan Rasulullah s.a.w. lebih dari keselamatan dirinya sendiri. Dialah yang menjadi pelindung Baginda yang utama. Walaupun kadang-kadang beliau berjauhan dari Rasuiullah s.a.w. tatkala perang sedang menghebat namun matanya sentiasa mengawasi keadaan Rasuiullah s.a.w. Beliau tidak akan segera mendapatkan Rasuiullah s.a.w. jika ternampak Baginda s.a.w. sedang berada dalam bahaya. Demikian contoh besarnya kecintaan Abu Ubaidah terhadap Rasuiullah s.a.w.

SUMBANGAN ABU UBAIDAH DI ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasuiullah s.a.w. pulang ke Rahmatullah Taala, Abu Ubaidah terus menyumbangkan baktinya yang cemerlang kepada khalifah-khalifah yang menggantikan Baginda Rasul. Satu lagi contoh tentang kebesaran peribadi Ubaidah di sisi para sahabat ialah tatkala wafatnya Rasulullah s.a.w. Beliau pernah dicalonkan oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. bersama dengan Saiyidina Umar Al Khattab sebagai calon-calon khalifah buat menggantikan Rasuiullah s.a.w. sebagai Khalifah umat. Tetapi oleh kerana beliau dan juga Saiyi¬dina Umar Al Khattab sendiri berpendapat Saiyidina Abu Ba¬kar Al Siddiq r.a. itu lebih utama dan mulia, maka jawatan itu ditolaknya tanpa banyak bicara.

Di zaman Khalifah Abu Bakar Al Siddiq r.a. Abu Ubaidah terus berkhidmat sebagai salah seorang sahabat dan juga pahlawan yang setia. Beliau sedia berjuang di mana-mana sahaja yang di perintahkan oleh Khalifah. Setelah Khalifah Abu Bakar Al Siddiq wafat, Abu Ubaidah berkhidmat pula di bawah pimpinan Saiyidina Umar Al Khattab r.a. Di zaman Khalifah Islam yang kedua inilah beliau telah peroleh kesempatan untuk menunjukkan baktinya yang gemilang.

Tentera Islam sedang hebat bertempur dengan pihak musuh di segenap penjuru di zaman Khalifah Umar Al Khattab. Pemerintah Islam ketika itu sedang menghadapi dua musuh besar iaitu Kerajaan Rom dan Parsi. Abu Ubaidah kebetulan sedang berada dalam pasukan Khalid Bin Walid yang sedang memerangi tentera Rom di negeri Syam. Pada ketika perang sedang bergelora itu, Khalifah Clmar r.a. telah mengutus surat kepada Abu Ubaidah sambil menyatakan perlantikannya sebagai Panglima Tentera menggantikan Khalid Bin Walid. Tetapi setelah menerima surat perlantikan itu Abu Ubaidah tidak pula segera memberitahu Khalid Bin Walid, sebaliknya beliau merahsiakan buat sementara waktu demi kepentingan tentera Islam. Abu Ubaidah yang bijaksana
itu sengaja berbuat demikian kerana beliau khuatir perkhabaran itu boleh menyebabkan huru-hara di kalangan tentera Islam di saat-saat mereka menghadapi musuh yang besar.Bagaimanapun setelah perang selesai dan kemenangan dicapai oleh pihak Islam, barulah surat itu disampaikan kepada Khalid. Setelah mengetahui isi surat itu Khalid Bin Walid pun berkata kepadanya,

"Kenapa saudara tidak memberitahu saya tatkala sampainya surat ini?" Abu Ubaidah lalu menjawab, "Saya tidak suka kalau kita kalah dalam peperangan ini, sedang saya sendiri sedikit pun tidak ada keinginan untuk mendapat ke-kayaan atau pangkat. Kita sekelian adalah bersaudara kerana Allah."

Demikian kata-kata yang diucapkan oleh Abu Ubaidah. Dari kata-katanya itu jelas membuktikan kemuliaan dirinya sebagai orang yang jujur, ikhlas serta sama sekali tidak tertarik pada harta atau pangkat. Apa yang dicarinya ialah keridhaan Allah s.w.t. semata.

Apabila negeri Syam yang dulunya diperintah oleh Ke¬rajaan Rom itu jatuh ke tangan Islam, Abu Ubaidah telah dilantik oleh Khalifah Umar Al Khattab r.a. sebagai Gabenornya. Walaupun negeri yang diperintah oleh Abu Ubaidah itu terkenal makmur lagi luas namun Abu Ubaidah sebagai pemerintahnya sangat miskin dan sederhana sekali hidupnya. Memang demikianlah cara hidup yang lebih disukai Abu Ubai¬dah kerana beliau lebih mencintai akhiratnya dari dunianya.

Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab telah berangkat ke negeri yang diperintah oleh Abu Ubaidah untuk melihat-lihat sendiri daerah-daerah baru yang telah ditakluki oleh tentera Islam itu. Selain daripada itu Khalifah Umar r.a. juga bertujuan untuk mengunjungi Abu Ubaidah, panglima yang agung lagi terkenal sebagai penakluk negeri Syam yang me-nyebabkan Raja Heraklius melarikan dirinya kembali ke Konstantinople, meninggalkan kota Horns, istana kerajaannya di negeri Syam itu.

Apabila sampai di rumah Abu Ubaidah, Khalifah Umar r.a. pun masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya Baginda apa-kala didapatinya tidak ada suatu pun perabot atau perhiasan dalam rumah Abu Ubaidah. Apa yang baginda lihat hanyalah dua barang sahaja, iaitu sebuah kendi dan sehelai baju jubah. Khalifah Umar Al Khattab r.a. lalu bertanya, "Hai sahabatku, manakah barang-barang rumahmu?" Maka jawab Abu Ubaidah, "Apa-apa yang dapat tuan lihat itulah barang-barang saya."

Khalifah lalu menyambung, "Yang saya lihat cuma sebuah kendi dan sehelai jubah sahaja." "Ya, cukuplah buat saya dua barang itu," sahut Abu Ubaidah dengan suara merendah. "Yang pertama sebagai tempat makan dan tempat wuduk, dan sehelai jubah kasar itu sebagai tempat duduk dan tempat tidur sahaja." sambung beliau lagi. Mendengar kata-katanya serta melihat keadaan hidupnya itu menyebabkan Khalifah Umar r.a. bercucuran air matanya kerana terlalu amat sedihnya. Melihat Khalifah menangis, Abu Ubaidah pun lalu berkata, "Kenapa tuan menangis kerana saya?" Bukankah saya bermaksud menjual dunia saya untuk membeli akhirat!"

Semenjak kunjungan Baginda ke rumah Abu Ubaidah, makin mendalam cinta Baginda terhadap beliau. Bahkan Khalifah Umar r.a. sendiri mempunyai niat untuk mencalonkan Abu Ubaidah sebagai Khalifah buat menggantikannya kelak. Tetapi niat itu belum lagi hendak dilahirkannya secara terbuka.

Bagaimanapun Allah s.w.t. jua yang mentakdirkan segala-galanya. Pada suatu ketika suatu wabak besar telah terjadi di negeri Syam, negeri yang diperintah oleh Abu Ubaidah sendiri. Ramai penduduk dan tentera Islam telah menjadi mangsa wabak yang hebat itu. Khaifah Umar r.a. amat ambil berat sekali terhadap kesejahteraan Abu Ubaidah, orang yang sangat Baginda cintai itu. Baginda bermaksud hendak menjauhkan Abu Ubaidah dari negeri itu supaya beliau terselamat dari wabak dan maut itu. Akan tetapi Khalifah Umar r.a. juga tahu bahawa Abu Ubaidah yang tinggi akhlak itu tentu sekali enggan berpisah dengan tenteranya. Beliau tentu lebih suka berada di samping tenteranya, sekalipun akan mati bersama-sama mereka atau diselamatkan oleh Allah s.w.t Sebab itulah ketika Khalifah Umar r.a. menulis surat kepada Abu Ubaidah, baginda tidak menyebut-nyebut tentang mak-sud yang terkandung dalam hatinya terhadap diri Abu Ubai¬dah. Bagaimanapun Khalifah cuma membayangkan sahaja lebih kurang begini bunyi isi itu:

"Amma ba’du. Sesungguhnya hai Abu Ubaidah! Ada suatu hajat yang ingin sangat aku terangkan padamu secara hadap-hadapan. Sebab itu aku sangat harapkan agar engkau datanglah segera kepadaku sesampainya suratku ini."

Abu Ubaidah rupanya telah faham apa yang dimaksudkan oleh Khalifah. Tetapi bagaimanapun beliau berasa berat hendak meninggalkan tenteranya yang sedang berada dalam bahaya, kiranya beliau meninggalkan negeri itu. Sebab itu surat Khalifah Umar Al Khattab r.a. dibalasnya begini:

"Amirul Mukminin yang kumuliakan. Saya telah mema hami hajat tuan kepadaku. Akan tetapi saya sedang berada di samping tentera Muslimin yang amat saya cintai. Oleh itu saya tidak ingin berpisah dengan mereka. Biarlah Allah sendiri melaksanakan apa yang telah ditakdirkan-Nya buat kami semua. Kerana itu lepaskanlah saya dari keinginanmu ya Amirul Mukminin. Biarkanlah saya bersama tentera yang saya cintai ini."

Tatkala surat balasan itu dibaca kelihatan bercucuran air mata Baginda. Orang yang berada di sampingnya lalu bertanya, "Apakah Abu Ubaidah sudah wafat, hai Amirul Muk¬minin?" lalu dijawab Baginda, "Tidak, tetapi seakan-akan su¬dah."

Beberapa hari kemudian Abu Ubaidah pun wafat di tengah-tengah wabak yang mengganas itu. Hilanglah seorang pahlawan kebanggaan umat yang telah berjaya menghancurkan penyembah-penyembah berhala di parsi dan menewaskan Kerajaan Rom di Syam. Jenazah Abu Ubaidah Bin Jarrah telah dikebumikan di negeri Jordan. Sama ada kuburannya sesudah itu menjadi terkenal atau tidak, namun perjuangan Abu Ubaidah yang suci dan namanya yang harum semerbak itu akan tetap menjadi kenangan dan sanjungan umat Islam seluruhnya.

USTAZ MUHAMAD NAIM HASHIM
3 MEI 2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan