Khamis, 4 Mei 2017

Qurban Di Nepal

Sila hubungi saya Ust Naim 0196023803 atau sahabat saya Ust Abu Umar 0193113501..

#Saudara semuslim kita di Nepal hanya makan daging setahun sekali iaitu pada musim qurban.
#Jom kita bantu mereka
#Satu bahagian hanya rm350 sahaja

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 069๐Ÿ’Š

"Masjid adalah jami’ (tempat berhimpun) dan simbol jamaah serta markaz kesatuan Islam. Sebagai pejuang Islam sepatut dan sewajarnya kita adalah 'kaki masjid'. Jadilah pejuang yang sentiasa hadir ke masjid untuk sembahyang berjemaah, beriktikaf, membaca al-Quran, berzikir, mengajar dan belajar agama di dalam masjid. Jiwa pejuang Islam ialah sentiasa hadir ke masjid dan sentiasa rindukan masjid"

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih    

Klik ๐Ÿ‘‡utk join:
https://t.me/tazkirahusrah

Mengahwini perempuan yang mengandung anak luar nikah??

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah.

*Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

HUKUM MEMAKAN TELUR HAIWAN YANG TIDAK DIBASUH

SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Apakah hukum seseorang yang membuat roti canai telur menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh? Adakah ia bernajis atau sebaliknya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,
Jika telur tersebut tidak kelihatan padanya najis seperti tahi ayam dan sebagainya maka ia dihukum suci. Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:
“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)

Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya. Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.

Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam. Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya. Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam roti canai berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya. Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.

Wallahua’lam.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Muhasabah Keinsafan

*Sama2 Kita Muhasabah Diri Dengan Nasihat indah Ini*

ู‚ุงู„ ุงู„ุญุณู† ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡: ู‡ู„ ุชุฏุฑูˆู† ู…ุง ุงู„ุชูˆุงุถุน؟ ุงู„ุชูˆุงุถุน: ุฃู† ุชุฎุฑุฌ ู…ู† ู…ู†ุฒู„ูƒ ูู„ุง ุชู„ู‚ู‰ ู…ุณู„ู…ุงً ุฅู„ุง ุฑุฃูŠุช ู„ู‡ ุนู„ูŠูƒ ูุถู„ุงً .

Al-Hasan al-Bashri berkata:

“Tahukah kalian apa itu tawadhu’? Tawadhu’ adalah engkau keluar dari kediamanmu lantas engkau bertemu seorang muslim. Kemudian engkau merasa bahawa dia lebih mulia darimu"

#Kita tidak tahu nasib kita di mahsyar!! Jangan rasa bagus dgn diri kita... beramallah dgn penuh keikhlasan dan tawadhu'