Sahabat Ilmu

Sabtu, 25 Februari 2012

Wahai Pemimpin : Taati Allah , kamu akan ditaati makhluk kerana Allah

 Hasan Al Basry menceritakan :

Pernah pada suatu ketika, Salman Al Farisy bersama tetamunya berjalan keluar dari kota Madain. Dalam perjalanan, kelihatan di hadapannya sekumpulan kijang yang sedang lalu di kawasan tersebut dan begitu juga ada sekumpulan burung yang sedang berterbangan.


Salman Al Farisy pun bersuara : Apa kiranya datang kepadaku seekor kijang yang gemuk dan seekor burung yang berisi. Aku ada seorang tetamu yang inginku muliakannya". Maka dengan segera datang keduanya menyerah diri.


Tetamu itu merasa pelik lalu berkata : " Subhanallah, kamu diberi kelebihan menundukan burung yang sedang terbang?!?"


Mendengar kata-kata tetamunya, Salman berkata : " Adakah kamu hairan dengan perkara ini. Mana mungkin seorang hamba yang mentaati Allah akan dilanggari kehendaknya oleh sesuatu " .

Zaman Ini : Amanah boleh jadi kisah dongeng

Tersebutlah kisah seorang lelaki miskin akan tetapi sangat amanah tinggal bersama dengan isterinya. Mereka tinggal berhampiran dengan Baitul Haram. Pada suatu hari lelaki ini keluar dari rumahnya menuju ke Baitul Haram. Dalam hatinya ada kerisauan tentang hal dirinya yang sudah beberapa hari tidak punya sesuatu untuk dimakan.

Sesampainya di pintu Baitul Haram, ia mendapati ada sebuah uncang dicelah-celah batu. Lalu diperiksanya apa yang ada di dalam uncang itu. Alangkah terkejutnya ia kerana mendapati uncang itu berisi duit seribu dinar. Lelaki itu terus membawa pulang uncang tersebut ke rumah dan menceritakan kisah bagaimana ia menjumpai uncang tersebut.

Mendengar sahaja kisah tersebut, si isteri menggesa suaminya agar mengisytiharkan barang jumpaan itu di pintu masuk Baitul Haram. Maka lelaki itu tanpa berlengah lagi terus membawa uncang tersebut untuk diisytiharkan kepada sesiapa yang kehilangan ucang berisi duit seribu dinar.

Setelah itu ia menjumpai seorang lelaki asing yang bertanya siapa yang menjumpai ucang yang mengandungi seribu dinar tersebut. Lelaki amanah itu mengakui bahawa dialah yang telah menjumpainya. Lelaki yang bertanya itu berkata : Ambillah duit itu, duit itu menjadi hak kamu dan akan ku tambah lagi sembilan ribu dinar.

Lelaki amanah itu merasa tersinggung lalu berkata : Adakah kamu ingin mempermainkan saya?. Lelaki asing itu berkata : Saudara!.. saya datang dari Baghdad dan seseorang telah beri kepada saya duit sebanyak 10 ribu dinar untuk disedekahkan kepada seorang lelaki yang amanah di Baitul Haram. Apabila aku bertanya bagaimana untuk mengenali lelaki yang amanah. maka ia mencadangkan agar aku membahagi duit itu kepada dua uncang. Uncang pertama itulah yang kamu jumpa dan kamu kemudian mengisytiharkannya. Maka kamu layak untuk memilikinya".

Golongan Tidak Dapat Cium Bau Syurga

ـ حدثنا سليمان بن حرب، ثنا حماد، عن أيوب، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء، عن ثوبان، قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "أيما امرأةٍ سألت زوجها طلاقاً في غير ما بأسٍ فحرامٌ عليها رائحة الجنة". اخرجه ابو داوود

“Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie) maka haram atasnya bauan syurga”



وقد قال
الإمام أحمد : حدثنا إسماعيل بن محمد - يعني أبا إبراهيم المعقب - حدثنا مروان ، وهو ابن معاوية الفزاري ، عن الحسن بن عمرو الفقيمي ، عن مجاهد ، عن جنادة بن أبي أمية ، عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قتل قتيلا من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما " .

“Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun”.


وقال مالك ، عن مسلم بن أبي مريم ، عن أبي صالح ، عن
أبي هريرة ، أنه قال : نساء كاسيات عاريات ، مائلات مميلات ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام .

“Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya, Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 500 tahun”.


وقال الطبراني : حدثنا محمد بن عبد الله الحضرمي ، حدثنا أحمد بن محمد بن طريف ، حدثنا أبي ، حدثنا محمد بن كثير ، حدثني جابر الجعفي ، عن [ص: 380 ]
أبي جعفر محمد بن علي ، عن جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ريح الجنة يوجد من مسيرة ألف عام ، والله لا يجدها عاق ولا قاطع رحم " .

“Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan”


ـ حدثنا أبو توبة، ثنا عبيد اللّه، عنن عبد الكريم الجزري، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يكون قومٌ يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لايريحون رائحة الجنة".اخرجه ابو داوود

“Akan ada satu kaum( telah menjadi satu ‘trend’ ) yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga “


حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا سفيان عن عبد الكريم، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
من ادعى إلى غير أبيه، لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها توجد من مسيرة خمسمائة عام)).اخرجه ابن ماجه

“Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun”


حدثنا قيس بن حفص: حدثنا عبد الواحد: حدثنا الحسن بن عمرو: حدثنا مجاهد، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما،
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما).اخرجه البخاري

“Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun”


حدثنا أبو نعيم: حدثنا أبو الأشهب، عن الحسن: أن عبيد الله بن زياد، عاد معقل بن يسار في مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: إني محدِّثك حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (ما من عبد يسترعيه الله رعية، فلم يحطها بنصحه، إلا لم يجد رائحة الجنة).اخرجه البخاري

Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :
“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulluah . Baginda bersabda mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga “

Rabu, 15 Februari 2012

TAYAMMUM DAN MENGAMBIL WUDHUK DALAM TANDAS

Soalan; Assalamua'laikum Ustaz. Saya ingin dapatkan pandangan Ustaz berkenaan wudhuk.

1) Rumah saya tidak mempunyai tangki air (yang biasanya terletak dibawah bumbung rumah). Bagaimanapun, saya mempunyai 2 tong air kecil didalam bilik air saya. Rumah saya juga tidak mempunyai pasir untuk dibuat tayamum. Sekiranya bekalan air ke rumah saya terputus, pada pendapat Ustaz, apakah cara yang boleh saya lakukan agar saya dapat berwudhuk / tayamum bagi membolehkan saya bersolat dirumah?
2) Apakah hukum sekiranya saya mengambil wudhuk didalam tandas (sebagai contoh, tandas awam/pejabat)?

Jawapan;

1. Bila kita keputusan air untuk mengambil wudhuk, kita diharuskan untuk bertayammum. Namun sebelum diharuskan bertayammum itu, kita wajib berusaha mencari air terlebih dahulu di kawasan sekitar kita. Mungkin di rumah tidak ada air, namun di kawasan sekitar kita ada air termasuk dengan kita pergi ke surau atau masjid berdekatan. Setelah dipastikan benar-benar tidak ada air, barulah diharuskan tayammum. Tayammum dilakukan dengan debu tanah mengikut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie).

Ada ulamak mengharuskan bertayammum dengan segala yang ada di atas permukaan bumi; tidak hanya tanah, tetapi juga pasir, kapur, batu dan seumpamanya. Anggota tayammum ialah muka dan dua tangan sahaja, iaitu dengan menyapukan debu tanah ke muka dan dua tangan. Jika ditakdirkan tidak ada kedua-duanya (yakni air dan debu) setelah diusaha mencarinya, wajib ditunaikan juga solat fardhu sebelum habis waktunya walaupun dalam keadaan tidak bersuci.

Menurut mazhab Syafi’ie; solat yang ditunaikan tanpa bersuci itu tidaklah sah, cuma sebagai menghormati waktu solat sahaja. Kerana itu, ia wajib diulangi apabila bertemu air atau debu nanti.

Sebahagian ulamak berpandangan; tidak perlu diulangi semula kerana solat yang dilakukan itu sudah dikira sekalipun tanpa berwudhuk atau bertayammum kerana hal tersebut dilakukannya kerana terpaksa. Antara yang menyokong pandangan kedua ini ialah Imam al-Muzani dan Imam an-Nawawi (dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim). Berkata Imam al-Muzani; “Solat yang diperintah agar dilaksanakan di dalam waktunya sekalipun ada suatu kekurangan, tidak wajib mengqadhanya (apabila telah dilakukan)”.

2. Mengenai mengambil wudhuk di dalam tandas (iaitu tempat yang dikhaskan untuk manusia kencing dan berak), tidaklah terdapat larangan khusus dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

Namun menurut ulamak; hukumnya adalah makruh kerana tandas itu merupakan tempat yang disediakan untuk najis dan menjadi tempat berlindung Syaitan (kerana itu kita disuruh oleh Nabi supaya memohon perlindungan dari Allah dari Syaitan syaitan jantan dan betina sebelum memasuki tandas).

Ketika hendak mengambil wudhuk kita disunatkan membaca Bismillah, namun di dalam tandas kita dilarang menyebut nama Allah.

Berdasarkan factor-faktor tersebut, tidak digalakkan mengambil wudhuk di dalam tandas. Namun demikian, wudhuk yang diambil di dalam itu tandas itu tetap sah jika memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, cuma perbuatan/tindakan mengambil wudhuk dalam tandas itu sahaja yang makruh.

Satu perkara lagi perlu diperhatikan; hendaklah berjaga-jaga dari terkena percikan najis pada pakaian atau badan kerana kemungkinan untuk berlaku perkara tersebut adalah ada terutama jika kita mengambil wudhuk dalam tandas awam.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Siri Soal-Jawab Fiqh (siri 1); Pengenalan Tentang Fiqh & Fiqh Toharah (Bersuci), Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Fatwa dalam laman as-Syabakah al-Islamiyyah (http://www.islamweb.net), no. 115863 dan 14269.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat?

Jawapan;

Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie dan Ahmad serta jumhur Salaf dan Khalaf) yang berpandangan; sesiapa yang menambah rakaat solatnya kerana lupa, tidaklah batal solatnya. Malah jika ia menyedarinya selepas salam, solatnya kekal sah. Ia hendaklah sujud sahwi jika menyedarinya sebaik sahaja selepas memberi salam dalam tempoh yang dekat. Namun jika menyedarinya setelah lama masa selepas memberi salam, tidak perlu lagi sujud sahwi. (Syarah Soheh Muslim).

Tambahan;

1. Jika disedari ketika masih dalam solat, wajiblah kembali duduk, kemudian menyelesaikan bacaan tasyahhud, setelah itu lakukan sujud sahwi dua rakaat dan memberi salam. Jika diteruskan juga solat sebaik menyedari tertambah rakaat, batallah solat.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jilid 2, kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Solah, bab as-Sahwi Fi as-Solah wa as-Sujud Lahu.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, jilid 4, bab Iza Shalla Khamsan.
3. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil Yusuf al-‘Azzazi, 1/428.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

HIKMAH


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
(2:216)

-Melebihkan Orang Lain-

Hadis yang bermaksud: Daripada Sahal Bin Saad As-Sa’adi r.a berkata: “Sesungguhnya seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dengan membawa sehelai selendang yang baru selesai ditenun, lalu ia berkata: Wahai Rasulullah! Selendang ini sengaja saya tenun dengan kedua tangan saya ini untuk saya hadiahkan kepada engkau supaya engkau memakainya. Maka Nabi saw pun mengambilnya dengan keadaan berhajat kepadanya. Setelah itu lalu Nabi saw keluar menemui kami dan memakainya sebagai sehelai kain. Lalu ada seorang di kalangan kami yang berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah indahnya kain ini. Berikan ia kepadaku. Nabi menyahut: Ya. Lalu duduk sebentar bersama kami dalam majlis itu kemudian Baginda masuk (ke dalam rumahnya) dan terus melipat kain itu dan memberikannya kepada sahabat yang meminta tadi. Setelah kejadian itu maka berkata beberapa orang di antara kami kepada yang menerima kain tadi: Sebenarnya tindakan engkau meminta kain itu tidak baik. Bukankah Nabi saw telah memakainya dengan keadaan berhajat kepadanya, lalu engkau memintanya sedangkan engkau sendiri tahu bahawa Nabi saw tidak pernah menolak permintaan orang. Maka berkata orang tadi: Demi Allah aku tidak memintanya kerana aku mahu memakainya, tetapi aku mahu menjadikannya sebagai kain kafan bila aku mati nanti. Maka berkata Sahal (perawi hadis ini): Maka akhirnya kain itu memang menjadi kain kafannya” - H.R Bukhari

Keterangan
Ini adalah diantara contoh ketinggian akhlak Rasulullah saw. Baginda tidak pernah menolak permintaan orang lain selama Baginda mampu untuk memberikannya kepada orang yang meminta itu, bahkan kadang-kadang, kalau datang seorang yang meminta-minta sedangkan Nabi saw tidak memiliki apa-apa, maka Baginda akan bersabda: “Ambillah dulu barang keperluanmu itu dari kedai fulan bin fulan secara bertangguh, nanti saya yang akan membayar harganya”. Dan Baginda juga ada bersabda: “Barangsiapa mati dan ia meninggal hutang maka aku yang akan membayarkannya. Dan barangsiapa mati dan ia meninggalkan harta pusaka maka harta itu adalah untuk ahli warisnya”.

Inilah akhlak pemimpin yang bertanggungjawab terhadap umatnya. Dia mampu melebihkan orang lain ke atas dirinya sendiri. Baginda sanggup lapar asal umatnya kenyang. Baginda sanggup menderita asalkan umatnya bahagia. Jadi, Baginda sangat sayang kepada kita, lebih dari kita sayang diri kita masing-masing.

Selasa, 14 Februari 2012

SIAPA YANG PALING KEJAM???



Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata:

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab:

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!


Sama-samalah kita muhasabah diri..

Sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. 
 
Renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. 
 
Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..


Oleh: Lea Baiduri