Isnin, 29 Oktober 2012

Larangan bagi daging korban pada bukan Muslim??!!

SAYA tertarik dengan perbincangan ustaz berkenaan korban dan akikah minggu lalu. Bagaimanapun, saya masih ada beberapa persoalan dan memohon penjelasan ustaz.

1. Berkenaan daging korban, jika selepas diagih kepada fakir miskin dan juga para petugas masih ada bakinya, bolehkah ia diberi kepada orang bukan Islam?

2. Jika seorang fakir miskin itu menerima daging korban yang dikumpulkan agak banyak, contoh 4 @ 5 kilogram, bolehkah dia menjual sebahagian daripada daging itu termasuk kepada orang bukan Islam?

3. Bagaimana pula dengan kulit lembu korban, bolehkah ia dijual kepada pengusaha makanan atau pembuat kompang?

JAWAPAN:

Kebanyakan kita faham secara asas bahawa daging korban tidak boleh diberi kepada orang bukan Islam.

Pendirian ini memang berasas, asasnya para alim ulama kita berpandangan dengan pendapat Imam al-Syafie yang tidak membenarkan daging korban diberikan kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat mahupun daging korban nazar.

Ini kerana ibadah korban adalah perbuatan taqarrub kepada Allah SWT yang dikategorikan ibadah semata-mata, ibadah ini berkaitan dengan menyembelih binatang ternakan. Orang Islam sahaja yang berhak kepada daging korban tersebut. Serta manfaat daging itu hanya kebali kepada orang Islam sahaja.

Pandangan ini adalah berdasarkan kepada pembahagian daging mentah bukan daging yang sudah dimasak.

Sekiranya kita ingin menjemput jiran atau kenalan kita yang bukan beragama Islam dengan menjamu mereka daging korban, bagi mereka yang bermazhab al-Syafie hendaklah menambahkan daging lain yang dibeli dari pasar sejumlah yang yang mungkin boleh cukup untuk hidangan orang bukan beragama Islam lalu dicampurkan daging yang dibeli di pasar dengan daging korban kemudian dimasak bersama.

Anggaplah apa yang dimakan oleh tetamu kita yang bukan beragama Islam dari daging yang dibeli dari pasar dan bukan daging korban.

Namun persoalan ini pernah saya bincangkan sebelum ini. Demi berlaku adil kepada para Ulama mazhab selain Imam al-Syafie eloklah kita sama-sama perhatikan pandangan mereka dalam masalah ini;

Ulama Malikiyah berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang-orang Yahudi dan Nasara.

Mazhab Hanbali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada orang bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka. (Kasyf al-Qina' 3;19 )

Dinyatakan juga bahawa dalam kitab al-Majmu' disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada golongan fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.

Di dalam kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, karya Imam al-Nawawi, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama telah sepakat (ijmak) bahawa daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin orang Islam, namun mereka khilaf tentang memberi makan daging korban kepada golongan fakir miskin kafir ahli zimmah. (al-Majmu' Syarh al-Muhazzab; 8, 404 ).

Imam Hasan al-Basri telah memberi keringanan (rukhsah) memberikan mereka memakannya..

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy dan al-Syarbainiy berpendapat, mazhab Maliki menghukumnya dengan makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang beragama Yahudi dan Nasrani.

Memelihara nyawa

Mazhab Hanbali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus. Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah.

Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib. (al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir 2:381).

Ibh Hazmin dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla 7:383 menyatakan tuan punya korban boleh memberinya makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Kesimpulan yang boleh dibuat:

lMazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat atau wajib (nazar) kepada orang bukan Islam.

lMazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

lMazhab Hanbali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

Namun sekiranya keadaan masyarakat yang bukan beragama Islam sangat memerlukan, dalam erti kata kalau tidak dibantu keadaan mereka akan bertambah buruk dan dengan membiarkan mereka dalam keadaan melarat boleh mendatangkan bencana yang lebih buruk, maka dalam keadaan ini pandangan beberapa mazhab seperti pandangan ulama Maliki boleh diamalkan. Ini kerana memelihara nyawa adalah lebih utama dalam hal ini.

Mengenai menjual sebahagian daging korban mahupun kulitnya, di dalam hadis Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Ali r.a supaya menguruskan daging korban serta apa-apa yang berkaitan dengan ibadah korban.

Maksud sabda baginda: Dari Ali r.a bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar dia menguruskan budan (unta-unta yang dikorbankan) Beliau, membahagi semuanya, dan jilalnya (kain yang diletakkan dibelakang unta ). Dan dia tidak boleh memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada penyembelihnya. (riwayat Bukhari no. 1717, tambahan dalam riwayat Muslim no. 439/1317).

Dalam riwayat yang lain Saidina Ali r.a memberitahu, yang bermaksud: Rasulullah SAW memerintahkanku agar aku menguruskan unta-unta korban baginda, mensedekahkan dagingnya, kulitnya dan jilalnya (kain yang diletak dibelakang unta ). Dan agar aku tidak memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada tukang sembelihnya. Dan Beliau bersabda: Kami akan memberikan (upah) kepada tukang sembelihnya dari kami. (riwayat Muslim no. 348, 1317)

Hadis ini secara jelas menunjukkan, bahawa Saidina Ali r.a diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk menyedekahkan daging korban, kulitnya, bahkan jilalnya. Dan tidak boleh mengambil sebahagian dari binatang korban itu untuk diberikan kepada tukang sembelihnya sebagai upah, kerana hal ini termasuk jual beli.

Daripada hadis ini banyak ulama mengambil dalil tentang larangan menjual sesuatu dari binatang korban, termasuk menjual kulitnya.

Imam Asy-Syafie r.h berkata: "Jika seseorang telah menetapkan binatang korban, bulunya tidak dicukur. Adapun binatang yang seseorang tidak menetapkannya sebagai korban, dia boleh mencukur bulunya. Binatang korban termasuk nusuk (binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah), dibolehkan memakannya, memberikan makan (kepada orang lain) dan menyimpannya.

"Ini semua boleh terhadap seluruh (bahagian) binatang korban, kulitnya dan dagingnya. Aku membenci menjual sesuatu darinya. Menukarkannya merupakan jual beli".

Beliau juga mengatakan: "Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini iaitu: Barang siapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya -atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya lebih banyak dari harganya- untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya. Sedangkan jika dia mensedekahkannya, (maka) lebih aku sukai, sebagaimana bersedekah dengan daging binatang korban lebih aku sukai".

Perselisihan

Imam Asy-Syafie r.h berkata: "Jika seseorang telah menetapkan binatang korban, bulunya tidak dicukur. Adapun binatang yang seseorang tidak menetapkannya sebagai korban, dia boleh mencukur bulunya. Binatang korban termasuk nusuk (binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah), dibolehkan memakannya, memberikan makan (kepada orang lain) dan menyimpannya.

"Ini semua boleh terhadap seluruh (bahagian) binatang korban, kulitnya dan dagingnya. Aku membenci menjual sesuatu darinya. Menukarkannya merupakan jual beli".

Beliau juga mengatakan: "Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini, iaitu perselisihan dalam melarang menjual apa-apa yang berkaitan dengan binatang korban. Imam Syafie berpendapat sesiapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya-atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya lebih banyak dari harganya, untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya.

Tukang sembelih diberi daging korban seperti orang ramai memperolehinya. Diberi daging korban kepada mereka bukan dengan niat upah sembelih, begitu juga ketika tukang sembelih menerima daging tidak boleh menganggapnya sebagai upah

Rabu, 24 Oktober 2012

Hukum Kutip Derma Waktu Khutbah


Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum mengutip derma semasa khatib berkhutbah pada solat Jumaat. Berniaga pada masa tersebut dikira haram, bagaimana pula derma yg diberikan kepada orang yg ditugaskan berjalan melalui saf utk kutip derma. Orang yg kutip derma itu juga tidak mendengar khutbah kerana tumpuan adalah kepada beg yg dibawanya.

Jawapan:

Tidak syak lagi, hukum mengutip derma semasa khutbah adalah termasuk dalam perkara LAGHA dan MAKRUH yang semestinya dijauhi kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda:

ومن مس الحصا فقد لغا. (رواه مسلم

Maksudnya: “Sesiapa menyentuh batu maka dia telah melakukan sesuatu yang sia-sia.” (Riwayat Muslim)

Mengenai hadis di atas, Imam al-Nawawi berkata: “Daripada hadis di atas difahami bahawa memegang batu dan juga perbuatan sia-sia yang lain adalah ditegah semasa khutbah.”

Al-Buhuti di dalam Kashshaf al-Qina’ pula berkata: “Makruh melakukan perbuatan sia-sia ketika khutbah. Ini adalah kerana ia boleh menghalang kekhusyukan. Begitu juga meminum air semasa khutbah jika ia mengeluarkan bunyi kerana ia adalah perbuatan yang menyerupai perbuatan bermain-main dengan anak-anak batu, juga kerana ia boleh menghilangkan khusyuk. Tetapi tidak makruh jika seseorang meminum air kerana tersangat dahaga.”

Manakala mengutip derma lebih-lebih lagi dianggap sebagai perbuatan yang lagha, ditambah lagi dengan melangkah tengkuk para ahli jemaah yang boleh menyebabkan gangguan kepada mereka, sedangkan ia dilarang sebagaimana terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan lain-lain:

أن رجلاً جاء يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة والنبي صلى الله عليه وسلم أثناء الخطبة فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: اجلس فقد آذيت

Maksudnya: Bahawa seorang lelaki melangkah tengkuk orang ramai pada hari Jumaat sedang Nabi (s.a.w) ketika itu sedang berkhutbah, lalu baginda (s.a.w) berkata: “Wahai si fulan! Duduklah, engkau telah mengganggu orang.”

Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kutipan derma itu dilakukan sebelum khutbah atau selepas solat jumaat agar tumpuan sepenuhnya diberikan kepada khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Anwar Fakhri Omar
Sekretariat MUIS

Selasa, 23 Oktober 2012

Hukum Sekiranya ‘Id (Hari Raya) Jatuh Pada Hari Jumaat

Pengertian Solat Jumaat dan solat Sunat ‘Id (Hari Raya)

Solat Jumaat ialah solat secara berjemaah pada hari Jumaat setelah masuknya waktu Zohor menggantikan solat Zohor yang didahului dengan dua khutbah beserta rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu. Dalil kefardhuan solat Jumaat telah disebutkan oleh Allah SWT dalam kitabNya,

Yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan senbahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang yang demikian adalah baik bagi kamu mengetahui (hakikat yang sebenar).

Sementara solat sunat ‘Id ialah solat sunat yang dilakukan pada pagi hari raya dengan syarat-syarat yang tertentu.

Perbezaan antara solat Jumaat dan solat sunat ‘Id ialah pada masa khutbahnya dibaca. Pada solat Jumaat, khutbah dibaca sebelum solat manakala bagi solat sunat ‘Id pula, khutbah dibaca sesudah solat sunat dilakukan.

Permasalah Hukum Sekiranya ‘Id (Hari Raya) Jatuh Pada Hari Jumaat: Haruskah Kita Meninggalkan Solat Jumaat?

Mengikut Imam Syafie ra, kewajipan mendirikan Jumaat itu umum bagi semua hari, yakni kefardhuan untuk melakukan solat Jumaat itu tidak akan gugur walaupun pada hari tersebut umat Islam telah mendirikan solat ’Id.

Menurut Imam Syafie ra, ahli Qura atau ahli Badwi diberi keringanan (الرخصة) untuk tidak mendirikan solat Jumaat. Manakala ahli Balad kewajipan itu sama sekali tidak gugur. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW,

قد اجتمع فى يومكم هذا عيدان، فمن شاء أجزأه من الجمعة وإنا مجمعون
Yang bermaksud, Telah jatuh pada hari ini 2 hari raya (Jumaat dan 1 Syawal) maka diizinkan di antara kamu untuk tidak menunaikan solat Jumaat tetapi bagi kami, kami akan menunaikannya.

Ditegaskankan lagi dengan athar daripada Othman ra,

من أحب من أهل العالية أن ينتظر الجمعة فلينتظر، ومن أحب أن يرجع فليرجع
Yang bermaksud, Mana-mana ahli ‘Aliah (pendalaman) yang mahu menunaikan solat Jumaat maka bolehlah mereka menunggunya, tetapi sesiapa di kalangan mereka yang mahu pulang, maka pulanglah.

Mengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik pula, setiap orang mukallaf itu dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya, iaitu solat Jumaat dan solat sunat ‘Id. Maka antara kedua solat ini tidak boleh menjadi pengganti antara satu sama lain.

Pengertian Ahli Balad, Ahli Qura atau Ahli Badwi

Ahli Balad

Ahli Balad ditakrifkan sebagai penduduk sebuah penempatan yang mana padanya terdapat segala kemudahan mendirikan solat Jumaat seperti masjid. Selain itu, mereka juga mudah untuk mendengar seruan azan bagi menandakan telah masuknya waktu solat.

Ahli Qura atau Ahli Badwi

Ahli Qura atau Ahli Badwi pula ditakrifkan sebagai kaum atau penduduk yang tinggal di pendalaman atau tempat terpencil yang tidak terdapat kemudahan untuk mendirikan solat Jumaat atau solat sunat ‘Id secara berjemaah dan juga tidak terdengar seruan azan bagi menandakan masuk waktu solat.

Alasan Mengapa Diberian Rukhsah dan Keringanan Kepada Ahli Qura dan Ahli Badwi Pada Meninggalkan Fardhu Jumaat.

1.Mengikut Imam Syafie ra keringanan (الرخصة) untuk tidak mendirikan solat Jumaat hanya diberikan kepada ahli Qura atau ahli Badwi kerana terdapatnya kesusahan dan kepayahan ( المشقة ) untuk datang semula ke masjid setelah selesai melakukan solat sunat ‘Id disebabkan tidak terdapatnya kemudahan untuk mereka berulang-alik antara tempat tinggal mereka dengan masjid.

2.Kesusahan ( المشقة ) dan halangan untuk menunaikan solat Jumaat itu adalah sebab kepada gugurnya kewajipan menunaikan solat Jumaat.

3.Sekiranya mereka (ahli Qura) keluar dari masjid sebelum tergelincir matahari, maka mereka diizinkan untuk meninggalkan solat Jumaat.

4.Tetapi jika sebaliknya, mereka wajib menunaikan solat Jumaat sebelum pulang ke rumah.

5.Rukhsah dan keringanan untuk meninggalkan solat Jumaat ini bukanlah disebabkan oleh jatuhnya Hari Raya itu pada hari Jumaat, tetapi sebaliknya, keringanan (الرخصة) itu disebabkan oleh kesusahan dan halangan untuk menunaikan solat Jumaat yang dihadapi oleh ahli Qura atau ahli Baqwi yang mana mereka tinggal jauh daripada masjid dan tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi pada ketika itu untuk menunaikan solat Jumaat.

Kesimpulan

Realiti masyarakat Negeri Sembilan hari ini, tidak boleh disamakan dengan ahli Qura atau ahli Baqwi yang mana mereka terpaksa mengharungi kepayahan dan kesusahan bagi menunaikan solat sunat ‘Id dan solat Jumaat pada hari yang sama sebagaimana yang dinyatakan. Ini kerana di Negeri Sembilan pada hari ini terdapat banyak kemudahan dan infrastruktur yang telah disediakan seperti jalan raya, pengangkutan, masjid di setiap kampung dan juga terdapat media eletronik sebagai alat perantara untuk memberitahu telah masuknya waktu solat fardhu. Maka tidak terdapat kepayahan dan kesusahan serta alasan bagi umat Islam di Negeri Sembilan daripada meninggalkan solat Jumaat.

Rujukan

1.Bughyah al-Mustarsyidin, Syeikh Abd. Rahman Ba ‘Alawi.
2.‘Aun al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Daud, Abi al-Tayyib Mohd. Al-Haq al-‘Azim.
3.al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, Dr. Abd. Karim Zaidan.
4.Ahsan al-Kalam. ‘Atiah Saqar
5.Bidayah al-Mujtahid, Abi al-Walid Mohd. Bin Ahmad

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Perbezaan Antara Gedik Dan Romantik....

Bermanja dengan bf/gf adalah dikatakan "GEDIK"....

Bermanja dgn suami/isteri adalah dikatakan ROMANTIK..

#bermanjalah pada yang HALAL bagi dirimu..insyaALLAH akan bahagia...

Antara Duit RM20 Dan Ayah

Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah : Hmmm....nak tanya apa?
Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak : Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah : RM20 sejam.....
Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak : Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.

Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

Ayah : Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni...

Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.

Anak " Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

Ayah : Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

Amin : Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
Ayah : Tak cukup duit nak beli apa?? Jerkah ayahnya lagi.
Amin : Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Ayah:@#$%^&*()_ [diam seribu bahasa, kaku tanpa kata & suara]

p/s : Kasihlah ahli keluarga kita, mereka sedang dahagakan kasih sayang kita :(

Ahad, 14 Oktober 2012

2 EKSTREM BAGI IBLIS-DI DUNIA TAK MAHU MATI, TAPI DI AKHIRAT TAK SANGGUP LAGI HIDUP DAN NAK SEGERA MATI!!

Selepas dilaknat, Iblis memohon agar tidak mati dan hidup kekal bagi memastikan usahanya nak sesatkan anak Adam tercapai:


قالَ رَبِّ فَأَنظِرنى إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ

قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh; (Sad[38:79-80]).

Selepas dihisab dan diseksa dalam neraka dengan dahsyat..Iblis tidak mampu sabar, lalu meminta agar segera dimatikan:

وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنينَ دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) (al-Furqan[25:13]).



Menurut Hadith riwayat Imam Ahmad & Tafsir Tabari ahli neraka yang meraung meminta segera dimatikan ini adalah Iblis & pengikutnya.

* USAHLAH KITA JADI SYAITAN MANUSIA YANG SAMA MERAUNG DALAM NERAKA BERSAMA IBLIS!

والعياذ بالله!!!

Owhh!! Menyentuh jiwa betoi cerita neh...


Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam…
accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah anda seorang daripadanya?

Senyum.
(Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)

TEKA TEKI AHAD

Cikgu : Banyak-banyak tangga, tangga apa paling susah nak naik ?
Murid : Tangga Batu Caves cikgu..
Cikgu : Salah! .Tangga Batu Caves ramai yang naik walaupun beratus anak tangga.
Murid : Habis tu tangga apa cikgu ?

Cikgu : Tangga masjid murid-muridku. walaupun 3,4 anak tangga susah nak naik.

Selamat hari Ahad..

Isnin, 8 Oktober 2012

KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS


 
Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.

Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan.

Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke Jerusalem, Umar telah bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan radhiAllahu anhu mencegah Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; Iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani.

Di sinilah hikayat kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan Khalifah Umar al Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al Faruq ini, dipuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah Taala menempatkan kebenaran pada ucapan Umar dan hatinya".

Khalifah Umar al Khattab tidak pergi ke Baitul Maqdis dengan ketumbukan tentera, bukan juga dengan pakaian yang mewah-mewah dan kehebatan kerajaannya. Tetapi beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang P.A (personal assistant) / khadamnya sahaja. Perjalanan Umar dan khadamnya dari Madinah ke Kota al Quds, hanya cukup berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya pula akan berjalan sambil memandu pedati unta tersebut. Manakala jika khadamnya yang naik unta, Umar pula yang akan berjalan memandu pedati untanya. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga sampai ke Kota al Quds.

Sebelum sampai ke Kota al Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya. Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang dijanjikan syurga. Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khalid bin al Walid.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Umar al Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh penghormatan. Ketika itu Umar yang memimpin pedati unta yang dinaiki oleh khadamnya. Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera, tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar sudah berceloreng dengan debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota al Quds.

“Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah”

Tiba-tiba Umar al Khattab merenung Abu Ubaidah, salah seorang panglima Islam yang menewaskan tentera-tentera Rom Byzantine itu dengan wajah yang sangat murka atas apa yang diucapnya. Lalu terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah,"Demi Allah. Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini! Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Saidina Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya. Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya.

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin. Apabila Kota al Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar. Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh gantian yang ditetapkan. Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke gerbang Kota al Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.

Kerumunan tentera-tentera Rom dan rakyat al Quds beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia. Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan di raja seperti emas, mahkota, permaisuri, gundik-gundik dan sebagainya. Tetapi Umar sebagai khalifah, pemimpin terunggul yang berjaya menundukkan keangkuhan Rom, datang dengan baju kasar yang kurang kualitinya, lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya berlumpur.

Umar berhenti apabila menjejaki gerbang Dimashq, salah satu pintu masuk ke Jerusalem. Kemudian terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ, dengan penuh kehambaan kepada Allah Taala wajahnya bersemarak sinar keizzahan Islam.

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Umar radhiAllahu anhu. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya. Mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar, sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem. Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya. Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Iliya’ dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras.

"Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Patriarch Sophronius bersama uskup-uskup lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan, sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa. Sophronius malu melihat penampilah Khalifah sungguh sederhana, dalam hatinya berkata,”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas”.

Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia termanggu apabila teringat tanda-tanda pemilik sebenar Kota al Quds sebagaimana yang disebut di dalam Injil. Sophronius mara bertemu Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota al Quds. Kemudian Sophronius berkata kepada Umar.

“Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan kunci kota al Quds, seterusnya menguasai Baitul Maqdis memiliki tiga tanda. Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.

“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur). Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan.

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar al Khattab, kemudian dia meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya. Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar, dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata,"Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan. Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), (1) Khadamnya yang menunggang kenderaan. (2) Calitan debu-debu tanah. dan (3) Tampalan pada baju".

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman, tidak akan musnah ditelan peredaran. Kemudian dia menambah lagi,"Aku tidak sedih (memberikan kunci kepada Umar) kerana kalian masuk ke kota ini sebagai orang yang memiliki kriteria tersebut (dalam Injil kami sebagai pembuka Kota Jerusalem), (aku tidak gelisah) kamu menakluki perbendaharaan dunia ini sedang kami dalam kawalan kalian. Kamu tentu menguasai kota ini selamanya dengan aqidah Islam, pentadbiran Islam dan juga akhlak Islam".

Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan keamanan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem (penduduk Iliya’).

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya'. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka samaada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka samaada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya'".

"Menjadi kewajipan ke atas penduduk Iliya' untuk membayar jizyah sebagaimana ahli agama lai membayarnya. Menjadi kemestian ke atas mereka untuk mengeluarkan oran Rom dan perompak, maka sesiapa dari kalngan mereka yang keluar maka dia dan hartanya selamat sehinggalah dia sampai ke tempat perlindungannya. Dan sesiapa dari kalangan mereka mahu kekal maka dia selamat tetapi mestilah dia membayar jizyah sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk Iliya'".

"Sesiapa dari kalangan penduduk Iliya' yang mahu pergi dengan hartanya bersama-sama orang Rom maka mereka selamat sehinggalah mereka sampai ke tempat perlindungan. Sesiapa dari kalangan penduduk bumi ini yang mahu kekal maka hendaklah dia membayar jizyah sebagaimana penduduk Iliya' dan sesiapa yang mahu berada di bawah Rom dan sesiapa yang mahu kembali kepada keluarganya tidak diambil daripada mereka sesuatu pun sehinggalah mereka menuai tanaman mereka. Sesungguhnya apa yang ada di atas tulisan ini adalah janji yang bertunjang kepada Allah, Rasul dan para Khulafa' dan orang-orang Mukmin jika mereka membayar jizyah yang diwajibkan ke atas mereka".

Inilah sebahagian dari jaminan hak dan keselamatan umat Islam kepada rakyat Iliya’. Rakyat Iliya’ diwajibkan membayar jizyah, manakala yang telah memeluk Islam wajib membayar zakat. Kota al Quds kemudiannya menjadi tanggungjawab umat Islam dan rakyat Iliya’ untuk memeliharanya daripada ancaman dan pencerobohan musuh. Perjanjian antara penganut Kristian dan masyarakat Islam ini dinamakan sebagai ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant).

Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar berangkat menuju ke Baitul Maqdis, salah satu tempat yang menjadi wasiat Baginda salallahualaihi wasalam kepada umat Islam agar menziarahinya. Sehinggalah tiba waktu solat, Sophronius mempelawa Saidina Umar melaksanakannya di Holy Sepulchure / Gereja al Qiamah (tempat maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian). Tetapi ajakan itu ditolak kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudian meninjau sekitar kawasan Gereja al Qiamah dan berjalan sepanjang 500 meter menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya. Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam pada 21 Ogos 1969.

Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis. Lalu salah seorang bertanya kepada Umar,”Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”

“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringat Baginda salallahualaihi wasalam pernah bersabda…”

MAKSUDNYA : "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kalian semua sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".

Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata. - TARBAWI

ROHINGYA : DI MANA UMAT MEMBELANYA?

Written by Akademi Tarbiyah DPPM

 
Latar Belakang Tragedi

Secara ringkasnya, etnik Rohingya sudah lama teraniaya dan hidup dalam penderitaan. Cuma tahun ini, telah berlaku suatu krisis yang membawa kesengsaraan mereka ini ke pentas dunia di zaman yang penuh dengan kemajuan maklumat dan teknologi. Sebenarnya tragedi kemanusiaan yang dialami oleh umat Islam Rohingya berlaku sejak 1938 lagi apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Tragedi yang sama juga berulang pada tahun 1942, 1968 dan 1992.

Manakala tragedi yang bermula pada awal Jun tahun 2012 ini tercetus apabila seorang wanita etnik Rakhine dirogol dan dibunuh, dan perbuatan itu didakwa dilakukan oleh beberapa lelaki daripada etnik Rohingya. Sebagai tindak balas dendam, puak Rakhine ini telah mengepung dan menyerang sebuah bas dan membelasah lantas membunuh sepuluh orang lelaki Rohingya, kerana menyangkakan mereka yang bertanggungjawab membunuh dan merogol wanita etnik Rakhine itu. Inilah taktik lazim penjahat mahu mencipta isu, iaitu isu untuk menghalalkan perbuatan haram mereka. Sama seperti Amerika yang membedil Afghanistan, kerana mendakwa Osama ben Laden berada di negara tersebut.

Selepas kejadian itu, segala kekejaman puak Rakhine bermaharajalela. Krisis ini menjadi semakin parah dan berlarutan apabila ia bertukar menjadi lebih ganas dan brutal dengan pembunuhan etnik Rohingya secara berkumpulan oleh puak Rakhine. Etnik Rakhine mengambil kesempatan ini untuk melunaskan dendam mereka terhadap bangsa Rohingya ini yang telah disimpan sejak sekian lama. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila diberitakan bagaimana pihak tentera dan polis yang rata-ratanya juga beragama Buddha turut bekerjasama dalam pembersihan etnik Rohingya ini.



Laporan daripada Amnesty International menyatakan bahawa kemungkinan ribuan umat Islam Rohingya telah disembelih oleh puak pelampau Rakhine. Pelarian Rohingya ke Bangladesh mendakwa bagaimana pihak polis, tentera dan etnik Rakhine menembak penduduk kampung dengan begitu bersahaja tanpa rasa bersalah. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.

Ada Apa Dengan Rohingya?

Menurut sejarah, etnik Rohingya sudah lama menetap di Burma (nama lama bagi Myanmar) yang berjiran dengan tanah Bengal ketika itu (Bangladesh belum lagi tertubuh). Mereka ini sudah lama menetap di Arakan, sehinggalah penaklukan oleh orang-orang Burma yang menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Chittagong, daerah di bawah kekuasaan British yang berjiran dengan Arakan. Arakan adalah wilayah yang sedang bergolak sekarang ini. Dan secara mudahnya, etnik Rohingya merujuk kepada golongan Muslim yang pernah menetap di Arakan, dan kemudian berhijrah ke Chittagong sebelum kembali semula ke Arakan.

Semasa penjajahan British di India, pihak British telah menggalakkan orang-orang Bengal, terutamanya dari Chittagong untuk berhijrah ke Arakan untuk menguruskan dan bercucuk-tanam di sana. Disebabkan British memerlukan tenaga buruh murah untuk menguruskan tanaman padi di Burma, kemasukan imigran dari Bengal ke Burma meningkat dengan mendadaknya. Untuk rekod, penghijrahan yang berlaku ini melibatkan seluruh wilayah di Burma dan tidak hanya terhad di Arakan sahaja. Akibat penghijrahan secara berjemaah ini, orang Bengal menguasai ekonomi dan sosio-politik di Burma. Hal ini telah menyemai rasa inferior dan rasisme di kalangan penduduk peribumi Burma.

Kebencian orang Burma terhadap orang-orang Rohingya bertambah parah ketika penaklukan Jepun di Asia. Orang-orang Rohingya majoritinya menyokong pakatan yang antara lainnya terdiri daripada pihak British, manakala etnik Rakhine menyokong penuh penjajahan Jepun ke atas Burma. Akibat daripada perbezaan ideologi ini, ribuan etnik Rohingya dibunuh dengan kejamnya oleh kedua-dua pihak Rakhine dan tentera Jepun. Ramai orang-orang Rohingya melarikan diri ke Chittagong.

Semasa pemerintahan junta tentera pula, nasib orang-orang Rohingya bertambah buruk. Di bawah pemerintahan kuku besi Jeneral Ne-Win, operasi tentera dilakukan berskala besar dan bersistematik terhadap golongan minoriti di Burma. Antara operasi yang paling ganas adalah Operasi Raja Naga. Untuk rekod, bukan orang-orang Rohingya di Burma sahaja yang menjadi mangsa diskriminasi ini, tetapi golongan minoriti yang lain juga seperti orang Kokang dan Cina Muslim.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, etnik Rohingya adalah salah puak atau bangsa minoriti yang teraniaya sekali di dunia ini. Mereka tidak punya negara atau pemerintahan sendiri. Tiada negara yang mahukan mereka. Malah di Myanmar sendiri, mereka perlu meminta izin setiap kali mahu berkahwin atau keluar daripada kampung halaman mereka! Kehidupan mereka sehari-hari amat sinonim dengan kedhaifan, penderitaan dan kesengsaraan.

Isu yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya lebih kepada proses penghapusan etnik oleh Rakhine, sama seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.

Dunia Yang Bisu, Tuli Dan Buta

Seperti yang boleh diduga, apabila sesuatu tragedi atau krisis yang melibatkan umat Islam, pastilah reaksi yang diberikan masyarakat antarabangsa lembab dan berkelajuan kura-kura Pulau Galapagos lagaknya. Yang lebih menyedihkan, reaksi dan tindak-balas daripada masyarakat Islam di seluruh dunia juga di tahap itik pulang petang. Lazimnya pemimpin Islam di setiap negara akan mengeluarkan kecaman itu dan ini, amaran itu dan ini. Ada juga beberapa pemimpin Islam yang lantang mengeluarkan kenyataan keras mengecam tindakan kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Jeneral Thein Sein yang seakan-akannya redha dengan tindakan ganas etnik Rakhine terhadap umat Islam Rohingya.

Tambah memalukan Bangladesh selaku jiran yang terdekat menolak dengan tegas pelarian Rohingya yang mahu menyelamatkan diri mereka dan berlindung di negara mereka. Malah, mereka tidak mengaku yang etnik Rohingya ini ada apa-apa pertalian dengan mereka. Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh ketika diwawancara oleh Al-Jazeera berkaitan isu pelarian Rohingya ini dengan bersahaja menyatakan bahawa membantu atau menyelesaikan krisis pelarian Rohingya bukan tanggungjawabnya. Sedangkan sehingga kini, Bangladesh sudah pun menampung lebih 300,000 pelarian Rohingya sedia ada.

Sudah, apa alasan yang mahu kita berikan nanti kepada Tuhan ketika menghadap-Nya di mahkamah agung Mahsyar nanti?

Entah mengapa, seolah-olahnya seluruh rakyat Myanmar yang beragama Buddha merestui upacara pembersihan etnik ini. Hal ini adalah antara kesan dendam kesumat puak Rakhine terhadap Rohingya sejak sekian lama, rentetan dasar dan polisi pihak British yang melebihkan kaum pendatang. Juga pendekatan yang diambil oleh pihak junta tentera yang menjadikan Buddha dan perkauman sebagai senjata untuk mereka terus berkuasa.

Kenyataan Jeneral Then Sein dalam menjelaskan pendirian kerajaan Myanmar terhadap isu Rohingya ini sedikit sebanyak merumuskan persepsi masyarakat awam di Myanmar terhadap umat Islam Rohingya. Ujarnya, "Kita mahu menghantar semua orang Rohingya ke mana-mana negara yang sudi mengambil mereka."

Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu Kyii, yang selama ini dilihat sebagai jaguh demokrasi dan pencinta keamanan turut diam membisu dalam isu ini. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan, apabila diasak tentang isu Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka ini diberi taraf kerakyatan, hanya mampu untuk menyatakan, "Saya tidak bertanggungjawab."

Pilihanraya tahun 2015 dilihat sebagai punca utama kepada kebisuan, kebutaan dan ketulian ini. Parti yang dianggotai oleh Suu Kyii amat bergantung kepada sokongan orang-orang Buddha untuk memenangi pada pilihanraya kali ini. Kemudian di sebalik kelam-kelibut wilayah Arakan yang sedang bergolak dan reaksi dunia Islam yang amat mengaibkan, tiba-tiba muncul Turki sebagai wira membela umat Islam Rohingya. Turki secara konsisten dan keras sekali mengecam kerajaan Myanmar atas layanan buruk mereka terhadap umat Islam Rohingya.

Terbaru, isteri kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Emine Erdoğan, bersama-sama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu, telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Myanmar, bersama-sama dengan bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk umat Islam Rohingya. Walaupun dari segi geografinya, kedudukan Turki di Eropah seolah-olahnya tiada kena-mengena dengan umat Islam di Myanmar, hal ini jelas telah membuktikan betapa persaudaraan sesama Islam itu merentasi sempadan dan negara.

Tindakan kerajaan Turki ini dilihat amat bijak, signifikan dan menyebelahi kerajaan pimpinan Erdogan, bukan sahaja di mata umat Islam malah di mata dunia. Semenjak misi Flotilla ke Gaza dua tahun lepas, Turki sudah mula menunjukkan taringnya di pentas politik antarabangsa. Turki kini tidak lagi dilihat sebagai sebuah negara lemah yang terkinja-kinja mahu menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tetapi kini ia dilihat sebagai sebuah negara yang berotot tegap dan boleh diharap dalam membela nasib umat Islam. Dunia kini sedang memerhatikan Turki dengan begitu berhati-hati sekali.

Ya, negara-negara lain seperti Arab Saudi, Indonesia malah Malaysia sendiri telah menyatakan pendirian tegas mereka terhadap isu Rohingya ini. Pelbagai jenis tabung kemanusiaan juga dilancarkan oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan kebajikan. Namun tiada satu pon yang dapat menandingi aura dan kesan jangka panjang seperti yang telah dilakukan oleh Turki. Syabas Turki!

Saya kongsikan di sini beberapa tindakan yang boleh kita ambil Insya-Allah. Semuanya saya kira praktikal dan berada di dalam ruang lingkup kemampuan kita.
Pastikan anda sentiasa update dengan isu-isu dan perkembangan terkini. Luaskan pembacaan dan sumber rujukan anda, bukan sekadar maklumat yang dapat dibaca dari sumber tempatan. Lakukan sedikit anjakan paradigma. Lakukan carian di internet untuk mengetahui perkembangan yang terkini. Antara laman sesawang yang menyediakan hapdet terkini tentang nasib umat Islam Rohingya adalah www.rohingya.org. Percayalah, masih ramai sahabat-handai, pakcik-makcik kita di luar sana yang tidak tahu-menahu tentang nasib umat Islam Rohingya ini. Tetapi pastikan maklumat yang bakal anda kongsikan dan sebarkan adalah maklumat yang boleh dipercayai dan disokong oleh fakta dan realiti. Jangan semborono tekan butang 'Like' dan 'Share' di laman Facebook anda tanpa mengesahkan dulu fakta dan berita yang dipaparkan. Kerana ada di antara maklumat bersifat prejudis, meruntuhkan bukan membina.
Sumbangan ikhlas untuk umat Islam Rohingya. Pasti sudah banyak tabung-tabung khas dilancarkan untuk tujuan ini. Tetapi, di pihak anda, pastikan anda lakukan sedikit kajian tentang badan-badan kebajikan yang ingin anda salurkan sumbangan itu. Pastikan mereka adalah badan yang terpercaya dan berkredibiliti. Anda tidak mahu sumbangan anda itu digunakan untuk tujuan atau kepentingan yang lain.

Ramai orang Islam etnik Rohingya yang sudah menetap dan bekerja di Malaysia. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan mereka, santunilah mereka. Berborak mesra dengan mereka dan tunjukkan kepada mereka, sebagai saudara seaqidah sedarah agama dengan mereka ini, anda sebenarnya cakna dan peduli dengan nasib umat Islam Rohingya di Myanmar yang sedang menderita. Mungkin anda boleh juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka dengan cara ini, untuk disampaikan kepada keluarga mereka di Myanmar, itupun sekiranya ada asas untuk anda benar-benar percaya kepada mereka ini.

Sertai protes atau demonstrasi aman yang ada bagi membantah polisi kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Then Sein.

Berdoa. Jangan sombong dan malas untuk titipkan doa bukan sahaja untuk umat Islam Rohingya, tetapi juga saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Somalia, Sudan, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Libya, Bahrain dan seluruh dunia. Doa adalah senjata orang-orang Mukmin. Yakinlah padaNya, Insya-Allah suatu hari nanti pasti nasib umat Islam seantero dunia akan terbela juga.

Dakwah dan tarbiyah. Tiada cara lain untuk mengembalikan kegemilangan Islam kepada tempatnya yang hak, melainkan dengan kita sendiri bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kebenaran dan mahu menegakkan keadilan di muka bumi ini. Hanya dengan tarbiyah sahaja kita dapat menyedarkan dan mendidik masyarakat tentang peri pentingnya pemerintahan Islam yang selayaknya.

Jangan sesekali tinggalkan Usrah, kerana di dalam Usrah-lah individu-individu Muslim yang akan mengembalikan semula Ustaziyatul Alam dibentuk. Hanya apabila Islam sudah tertegak di muka bumi ini penderitaan umat Islam akan berakhir!

Saya kira tujuh langkah ini sudah cukup untuk cuba kita praktikkan, bagi menunjukkan solidariti kita terhadap umat Islam Rohingya. Bukan sahaja untuk mereka, tetapi juga untuk kita umat Islam seluruh dunia. Sekurang-kurangnya kita punya hujah dan alasan di Mahsyar nanti, apabila ditanya apa yang telah kita lakukan demi meringankan penderitaan dan kesengsaraan saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik seperti kita ini.

FATWA BUNUH BASYAR AL-ASSAD

FATWA SYEIKH NASR FARID WASHIL -ULAMA AL-AZHAR & ULAMA' AZHAR

Ulama di Al-Azhar, lembaga tertinggi di dunia Muslim Sunni, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam dalam penumpasan mematikan terhadap aksi protes anti-rejim.
“Bashar Al-Assad sang pembunuh harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, di surat khabar milik Parti Kebebasan dan Keadilan pada hari Rabu lalu, 14 Mac“ 
Dia (Assad) yang melepaskan peluru melawan rakyatnya sendiri harus dikutuk dan seorang penjahat perang yang wajib dihukum.”
Lebih dari 8.000 rakyat Syria telah tewas dalam aksi protes menuntut diakhirinya 11-tahun pemerintahan Assad oleh tindakan keras mematikan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad.

Para ulama Al-Azhar sepakat menyeru pembunuhan Assad berkaitan atas pertumpahan darah warga awam yang terjadi setiap hari di Syria.
“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kemestian setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa para wanita mereka sendiri,” kata Dr Hasyim Islam, seorang ahli jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia tanpa alasan yang syar’i.
"Kejahatan yang dilakukan oleh Bashar Al-Assad sang pembunuh dilarang oleh Islam dan tindakannya itu tidak akan mewujudkan keselamatan,” tegasnya.

Syaikh Abdul-Munim Al-Bari, bekas pimpinan front ulama Al-Azhar juga setuju dengan fatwa Assad wajib dibunuh.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad harus dibunuh kerana membantu pembunuhan brutal yang dilakukan terhadap orang awam di Syria,” ujarnya.
Al-Bari, yang juga bekas ahli jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua norma agama dan manusia.
“Dia layak mendapat hukuman dengan cepat.”
p/s: Satu dunia mengutuk kekejaman rejim pimpinan Bashar al-Assad, kita bagaimana???

Derma Syria Lebih Afdhal Dari Mengerjakan Haji & Umrah Berulang



Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu :
 
  1. Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah. Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.
  2. Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.
  3. Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.


Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali :
 
  1. Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.
  2. Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya

UBAT TAKABBUR

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Tanda-Tanda Sifat Takabbur

  1. Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
  2. Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
  3. Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
  4. Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi).
  5. Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.

Ahad, 7 Oktober 2012

Munajat Cinta Pada Yang Esa




Surah Al-Muzzammil (Arab: سورة المزّمّل‎) ialah surah ke-73 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 20 ayat. Dinamakan Al Muzzammil yang bererti "orang yang berselimut" diambil dari kata Al Muzzammil yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Yang dimaksud dengan orang yang berselimut ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

1) Wahai orang yang berselimut (Muhammad)

2) Bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil,

3) Yaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu

4) Atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah Al- Quran itu dengan perlahan- perlahan.

5) Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.

6) Sungguh, bangun malam itu lebih kuat megisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan

7) Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan- urusan yang panjang.

8) Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadanya dengan sepenuh hati.

9) Dialah Tuhan timur dan barat, tidak ada Tuhan selain dia, maka jadikanlah dia sebagai pelindung.

10) Dan bersabarlah Muhammad terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.

11) Dan biarlah Aku yang bertindak terhadap orang- orang yang mendustakan, yang memiliki segala kenikmatan hidup, dan berilah mereka penangguhan sebentar.

12) Sungguh disisi kami ada belenggu- belenggu yang berat dan neraka yang menyala- nyala.

13) Dan ada makanan yang menyumbat di kerongkong dan azab yang pedih.

14) Ingatlah pada hari ketika bumi dan gunung- ganang berguncang keras, dan menjadilah gunung- gunung itu seperti longgokan pasir yang dicurahkan.

15) Sesungguhnya kami telah mengutus seorang rasul kepada kamu, yang bmenjadi saksi terhadapmu, sebagaimana kami mengutus seorang rasul kepada Fir'aun.

16) Namun Fir'aun menderhakai Rasul itu, maka kami siksa dia dengan siksaan yang berat.

17) Lalu bagaimanakah kamu akan dapat menjaga dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak- anak beruban.

18) Langit terbelah pada hari itu. Janji Allah pasti terlaksana.

19) Sungguh, ini adalah peringatan. Barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil jalan yang lurus kepada Tuhannya.

20) Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau (Muhammad) berdiri solat kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan orang - orang yang bersamamu. Allah menetapkan ukuran malam dan siang, Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menentukan batas- batas waktu itu, maka Dia berikan keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah bagimu dalam Al- Quran; Dia mengetahui bahwa akan di antara kamu orang- orang sakit, dan yang lain berjalan di bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan yang lain berperang dijalan Allah, maka bacalah apa yang mudah bagimu dalam Al- Quran dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh balasannya disisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampun kepada Allah; sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Pangkal ayat 6, Allah mengatakan:

“Sungguh, bangun itu lebih kuat mengisi jiwa.” .

Malam adalah waktu yang sangat hening. Ia adalah satu hadiah dari Allah buat hambaNya yang ingin bermunajat kepadaNya, yang menangis kerinduan kepada pertemuan dengan Tuhannya. Bangkitnya kita dari tidur, berwudhu' dengan air yang dingin, sujud menyembahNya dikala manusia lain berempuk- empuk di atas katil; sudah tentu kita akan merasa dekat denganNya. Seolah- olah kita melepaskan rindu pada kekasih, menyebut namaNya, meresap ke seluruh urat nadi, terasa mengalir dalam darah rasa cinta kepadaNYa. Oh, Tuhan indahnya apabila dalam hati ini hanya penuh dengan cinta padaMu, rindu akan pertemuan denganMu di syurga yang tidak tergambar indahnya. Maka benarlah, solat malam itu akan menjadi penguat jiwa orang- orang beriman lagi bertaqwa. Bagaimana? Bila solat malam itu menjadikan hubungan seorang hamba dengan tuhanNya sebagaimana hubungan sepasang kekasih. Namun Allah itu bukan sekadar kekasih, tapi kekasih teragung, pelindung serta pemelihara yang teragung. Maha Suci Engkau Ya Allah!

Ya Allah, ampuni dosa- dosa kami yang kami lakukan secara sengaja atau tidak, ampunilah dosa- dosa maksiat yang dilakukan oleh mata kami, mulut kami, telinga kami, tangan dan kaki kami. Bersihkanlah hati- hati kami ini dari kekotoran hawa nafsu, dari penyakit- penyakit hati yang mengganggu amal kami, agar ringan tubuh kami ini untuk bangkit di hujung malam demi sujud mengagungkanMu...Untuk kami merayu menagih kasih dan cintaMu.. Untuk kami merintih merindui syurgaMu.. Ampuni kami. Rahmati kami..
..AMEEN..

~Salahuddin Al Ayoubi~

Dakwah itu ceria dan membahagiakan..


Ya Tuhan Kami, di penghujung umur dunia ini, di hayat kami yang mana ruh masih setia berada di jasad, kurniakanlah kami kesempatan serta keizinan dariMu untuk kami mencurahkan bakti kami pada agamaMu yang kami cintai, ringankanlah tubuh badan serta lidah kami untuk kami menjadi antara penolong- penolong agamaMu. Tiada balasan yang ingin kami ingini didunia ini melainkan keredhaanMu. Dan tiada kami lakukan ini semua melainkan kerana cinta kami pada agamaMu, kerana rindu kami kepada hari pertemuan denganMu. Maka redhaila perjuangan kami, ampuni dosa- dosa kami, teguhkan kami dalam meniti jalan menujuMu. AMEEN..

Jangan Engkau hidupkan kami melainkan untuk berbakti pada agamaMu, dan jangan Engkau mematikan kami melainkan syahid di jalanMu..

Khamis, 4 Oktober 2012

JAWAPAN KUBUR SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, “Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”

Maka berkata kubur, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).”
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing.”

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’ atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya.”

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Syeikh al-Mutawalli Sya’rowi: Kealiman Yang Dikagumi, Kematian Yang Ditangisi.

Posted by nuraiman


Umat Islam pernah dikejutkan apabila seorang Imam yg istiqamah memperjuangkan Islam yang digelar Sebagai “Lampu Kebenaran” telah meninggal dunia berumur Ketika 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya’rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik Pendengar. Beliau telah mendapat syahadah Tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah ‘dengan kebenaran Alimiyyah mengajar pada tahun 1943.

Syeikh al-Mutawalli Sya’rowi pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Ma’ahad Dini Tanta, Ma’ahad Iskandariah dan Ma’ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma’ahad Tanta pada 1960 dan akhirnya dinaikkan pangkat sehingga menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga Merupakan ahli Majma ‘Bu’uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma’ Lughah ‘Arabiyyah.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika baginda menuntut di Ma’had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan .

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta Peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata: “Aku himbang apabila kamu menjawat Jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara”. Syeikh lalu Sya’rowi Menyatakan: “Bertenang! Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku.”

Syeikh Sya’rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau tinggal berhampiran dengan kawasan Masjid Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Sentiasa MENGHADIRI Nafisah serta majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.

Syeikh Sya’rowi merupakan juga seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Mengkhaskan bayaran beliau juga, bayaran ceramah di radio-radio dan Televisyen serta tulisan-tulisan dalam Akhbar-Akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146.000 Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz -penghafaz al-Quran.

SAAT KEMATIAN

Sebelum Syeikh Sya’rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan pada dadanya yang parah menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir jam kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, “Selamat datang wahai Hussain! Anda telah datang berjumpa aku sendiri, aku gembira dengan kedatanganmu” . Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah MENGHADIRI pengkebumian baginda.

Ulasan: Cerita tentang Syeikh al-Mutawalli Sya’rowi ada di selitkan dalam buku novel Fatimah Syahra Bt. Mohd. Noordin, bertajuk Syabab Musafir Kasih

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT

Di antara perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model berpakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.

Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis atau ketat. Bahkan sebagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.

Dalam hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambarkan bakal munculnya pakaian semacam ini di akhir zaman, beliau bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua (jenis manusia) dari ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; Kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan pundaknya dan berlenggak-lenggok. Kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga, bahkan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal sungguh wangi Surga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1680.)

Termasuk di dalam kategori ini adalah pakaian sebagian wanita yang memiliki sobekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bagiannya, sehingga ketika duduk nampak auratnya.

Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikuti model serta busana jahat yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.

Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian, seperti: Gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan cawan arak, Juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, lambang-lambang persatuan dan organisasi-organisasi non Islam; Juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak ditulis dengan bahasa asing.

Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid
Posted by nuraiman

Isnin, 1 Oktober 2012

Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap Kekasih-Nya


 


Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya  diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,
Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,  disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,
Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan  juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci  orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan  diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,
Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam  kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan  terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di  dalam penderitaan,
Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: "Bala yang paling dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Anbiya  dan Auliya"
Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi  rendah imannya,
Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan Tuhan kepada mereka,
Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi  dari Tuhannya,
Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.

source: http://cahayamukmin.blogspot.com