Selasa, 31 Julai 2012

IBADAH AHLI IKHLAS VS IBADAH AHLI RIYAK

Dibulan Ramadhan, janganlah kita berbangga dengan ibadat kita seperti banyaknya kita khatam Quran,qiamul lai dan seumpamanya, kemuliaanmu pada-Nya terletak pada niatmu yg ikhlas dan hati yg khusyuk pada-Nya.Sembunyikan ibadatmu kerana hatimu akan terpelihara, menzahirkan ibadat umpama mendedahkan diri kepada kebinasaan.Utamakan redha Allah daripada pujian manusia.

Tazkirah diri sendiri utk perkongsian bersama

FB : Ustaz Mustafa Kamal

Sabtu, 28 Julai 2012

Drama di Bazar Ramadan

Penjual: Mari beli..mari beli..karipap 10 biji RM1
Pembeli : Murahnya saya rasa nak beli la tapi awak puasa ke tak arini?
Penjual: Mesti la puasa.. tak kan tak puasa plak..
Pembeli: Kenapa awak puasa??
Penjual : Yela, sebab Allah suruh.. kene la puasa kan..
Pembeli: Habis tu, kenapa awak tak tutup aurat?? kan Allah suruh jugak! :p
Penjual : (tersentak, terkejut dan malu)~ terus bagi free 10 biji karipap

Jumaat, 27 Julai 2012

KEAJAIBAN DI BULAN RAMADHAN

Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya.
...
“Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya

“Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini
menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau
selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: like jika paham maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.hehehe

Khamis, 26 Julai 2012

Perkara Yang Dibenarkan Didalam Berpuasa

1. Berubat Ketika Puasa ;
* Berdasarkan Fatwa Kontemperori (Masa Kini)&salah satu pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi- Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang boleh mengancam nyawa maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa boleh membatalkan puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkong.

* Tidak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam.

* Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doktor bagi tujuan perubatan kerana dharurah.

* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung. Namun begitu batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukos dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang.

* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

* Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya.

* Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata (drops) yang memasuki mata kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa- boleh dilakukan tetapi jangan keterlaluan.]

2) Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah rahiallaahu`anha :

كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل ويصوم

"Telah masuk fajar dan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].

3) Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :

لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء

"Jika tidak menyusahkan umatku,nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi sallallaahu`alaihi wasallam tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

Namun pada pandangan Mazhab Imam Syafie- makruh bersiwak selepas gelincir matahari berdasarkan kelebihan hadis berkaitan bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi Allah swt.

3 ) Berkumur dan memasukkan air melalui hidung : Nabi sallallaahu `alaihi wasallam berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukan nya secara melampau-lampau. Sabda Nabi sallallaahu `alaihi wasallam:

وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً

"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan dia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]

5)Orang berpuasa bercumbu dan bercium: Dari 'Aisyah radhiallaahu`anha,beliau berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبّل وهو صائم، ويباشر وهو صائم، ولكنه كان أملككم لإربه

"Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi Baginda sallallaahu`alaihi wasallam lah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

Baginda sallallaahu`alaihi wasallam tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].

6) Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halqum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas radhiallaahu`anhu.dia berkata :

لا باس أن يذوق الخل أو الشيء ما لم يدخل حلقه وهو صائم'

Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

Menggunakan Inhaler Pada Semasa Berpuasa

Assalamualaikum wrm wrbt.

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa? Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
1. Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa.

2. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.

3. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

FATWA SEMASA BERKAITAN PUASA

Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.
A- Keputusannya (Qarar) Seperti Berikut:

1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4- Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/rahim atau alat kedalamnya.(Contoh:alat pencegah kehamilan - IUCD)

5- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray atau lainnya.

6- Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

7- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut. dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

8- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti: glukos yang mengenyangkan).

9- Oksigen dan Gas Bius.

10- Bius menggunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.

11- Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

12- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

13- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

14- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain untuk ujian makmal.

15- Teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya.

16- Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.

17- Muntah secara tidak sengaja.

B- Jika tidak memberi mudarat, para doktor muslim hendaklah menasihati pesakit untuk menangguhkan dulu rawatan yang meragui sehingga selesai puasa.

Tambahan dari Keputusan “Seminar Fiqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418/14-17 Jun 1997. Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

2- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.

3- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut. TAMAT.

Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KPD SELURUH
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHASNYA PELAWAT BLOG IBNU MUSLIM..

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KITA KEKUATAN UTK BERIBADAH
SIANG DAN MALAM SEMAKSIMUM MUNGKIN AGAR
MENDAPAT GANJARAN TAQWA SEBAGAIMANA
YG TELAH DIJANJIKAN, INSYAALLAH..

DRP:
IBNU MUSLIM SEKELUARGA

Khamis, 19 Julai 2012

Kisah Nenek yang Ikhlas

Seorang nenek harus berjalan jauh ke pasar di kota untuk menjual bunga cempaka. Itulah kerja hariannya.

Selepas berjualan, beliau singgah dahulu ke masjid di kota untuk bersolat zuhur.

Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, nenek itu akan terlebih dahulu membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid. Ini dilakukannya setiap hari di bawah terik matahari. Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang ke desanya.Jemaah dan pengelola masjid kasihan melihat rutin nenek yang demikian.

Suatu hari, pengurus masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid sebelum nenek itu datang. Fikirnya, usaha itu akan membantu nenek tadi agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu.

Rupanya, niat baik itu telah membuat nenek tersebut menangis sedih.

Dia bermohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa.

Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya nenek itu tidak lagi hiba.

Satu ketika apabila ditanyakan seorang kiai mengapa nenek tersebut perlu melakukan hal itu, nenek tersebut menjawab:

“Saya ini perempuan bodoh, kiai. Saya tahu amal-amal saya yang kecil ini mungkin juga tidak benar dijalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat tanpa syafaat Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
“Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah menjemput saya.

“Biarlah semua dedaun ini bersaksi bahwa saya telah membacakan selawat kepadanya.”
------------------------
Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah... HEBATNYA NENEK INI..

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bershalawat salamlah kepadanya. (QS Al-Ahzab 33: 56)

Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku sehingga aku bisa menjawab salam itu. (HR Abu Dawud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih).

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama menghayati keikhlasan sifat nenek yang mulia itu. Amin!

Source :
Cahayamukmin

PETANDA-PETANDA KEMENANGAN ISLAM

Salamah: Kemenangan semakin hampir


17 Mei - Pemimpin Briged Izzuddin al-Qassam yang sekarang ini menjadi tahanan di penjara rejim Israel, Hasan Salamah menegaskan bahawa kemenangan semakin hampir dan rejim Israel menunggu masa untuk jatuh, demikian beliau nyatakan dalam mesej yang telah dimuatkan dalam laman sesawang Briged Qassam semalam, Rabu, 16 Mei 2012.

Berikut adalah teks mesej beliau,

Dalam nama Allah Yang Maha Mengasihani, Segala puji kepada Allah, penolong kepada hamba-hambanya yang beriman.

Solawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan benarlah apa yang disabdakan oleh baginda: “Akan kekal ada sekelompok manusia dari umat ku yang akan menegakkan kebenaran dihadapan musuh-musuh mereka yang angkuh”.

Rakyat Mesir yang dimuliakan dan dikasihi, kamu semua sekarang ini menjadi manusia yang bebas, kamu pencetus revolusi besar dunia Arab, kamu menjadi manusia mulia yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad s.a.w, “Sebaik-baik tentera di atas muka bumi ini adalah di kalangan orang-orang Mesir” dan kamu semua adalah keturunan cucu Umar Ibn Al-As, pembuka negara Mesir yang agung.

Kamu semua adalah sebahagian dari kami dan kami adalah saudara-saudara kamu yang dianiaya di penjara-penjara musuh-musuh kamu iaitu Israel, kami semua seperti kamu yang rindukan kebebasan. Perjuangan kami mogok lapar adalah untuk maruah dan cara kami sendiri setelah dunia dan saudara-saudara kami di luar sana mendiamkan diri, suara-suara kami hanya didengari oleh batu-batu penjara, adalakah kami tidak berhak untuk melakukannya ?

Kami yakin, kita semua akan menang dengan izin Allah dalam waktu terdekat, musuh hampir jatuh, hanya menunggu masa sahaja.

Kamu semua telah melaluinya sebelum ini, dalam perang Oktober adalah kemenangan yang penuh kegemilangan, kami yakin darah-darah kamu pasti akan mengalir di bumi tanah suci Palestin yang tercinta ini bersama darah-darah kami, oleh itu kami benar-benar berhadap akan dapat mendengar berita gembira dan kemenangan dari kamu.

Percayalah saudara-saudara ku, musuh-musuh kamu(Israel) terpaksa membuat beribu-ribu perhitungan apabila cuba berhadapan dengan kamu, bilangan kamu ramai dan kuat, kembalilah kepada kekuatan dan menjadi mulia, harapan kami terlalu besar kepada kamu, pastinya akan datang hari kegembiraan buat orang-orang beriman dengan kemenangan Allah, sepertimana cahaya matahari menyinari selepas hujan.

Kamu semua adalah saudara-saudara kami yang dikasihi, yang kekal hanyalah kesetiaan kamu kepada Allah dan kami, ketahuilah kami bersaudara dengan kamu hanya kerana Allah dengan sepenuh hati kami.

Sumber:
Aman Palestin

Rabu, 18 Julai 2012

KOMIK ISLAMIK - KEMBARA USTAZ (EDISI PERDANA)





Assalamualaikum

Utk tempahan sms @ e-mel Ibnu Muslim
017-3112753 / 019-6023803
Harga- RM 5.00

Selasa, 17 Julai 2012

TANYALAH USTAZ MENGENAI RAMADHAN


Assalamualaikum

PROGRAM TANYALAH USTAZ

Tajuk: Nampak Betul Tapi Salah Mengenai Puasa&Ramadhan
Penceramah: Ustaz Muhamad Naim Hj Hashim
Tarikh: Pada malam ni 17/7/2012
Tempat: Di Surau al-Hidayah Melursari Bdr Sg Buaya
Masa: Bermula selepas Maghrib.

Muslimin Muslimat Dijemput Hadir..
Wassalam

Khamis, 12 Julai 2012

SOLAT SUNAT SELEPAS WITIR

Adakah diharuskan mengerjakan solat sunat lain selepas solat sunat witir? Perlukah mengulangi solat sunat witir tersebut?

Jawapan:
Ya, harus mengerjakan solat sunat lain seperti solat sunat Tahajjud selepas menunaikan solat sunat witir. Tidak perlu mengulangi solat sunat witir tersebut kerana solat sunat witir hanya sekali di dalam satu malam. Sabda Rasulullah S.A.W.,
Maksudnya: "Tiada dua witir dalam satu malam". (Riwayat at-Tirmidzi)

PERADUAN SMS

Apakah hukum peraduan SMS dan menyertai?

Jawapan:
Hukum peraduan SMS dan menyertai adalah haram kerana proses peraduan SMS ini dijalankan adalah tidak jelas (gharar) dan mempunyai unsur-unsur perjudian.

SEDEKAH KPD NON MUSLIM

Apakah hukum memberi sedekah kepada orang bukan Islam yang miskin?

Jawapan:
Hukum adalah harus yakni ada pahala baginya, berpandukan hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Memberi sedekah kepada orang miskin mendapat pahala sedekah dan yang terhadap yang bertalian kerabat dua ganjaran, iaitu ganjaran sedekah dan silaturrahim”.

Isnin, 9 Julai 2012

SEMANGAT UNTUK BERJUANG

17hb April - 8 tahun kesyahidan Dr Abdul Azizi Rantisi

Berada di Gaza pada saat ini adaah sesuatu yang tidak pernah saya mimpikan. Apatah lagi apabila diberikan peluang untuk mendalami erti perjuangan umat di bumi Barokah di saat yang bersejarah ini.

Pada tarikh ini, kita diperingatkan dengan satu peristiwa bersejarah yang berlaku pada 8 tahun yang lalu. Pada 17 April 2004, pulanglah seorang tokoh besar yang menemui syahid menemui Kekasih yang didambakannya.

Ketika umat Islam sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang layak dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Maka Dr Abdul Aziz Rantisi adalah contoh yang sangat baik samada dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi kesungguhan dan juga pengorbanannya.

Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin 26 hari lebih awal (22hb Mac 2004),

Dr Abdul Aziz pernah ditanya samada beliau tidak takut untuk berhadapan dengan nasib yang sama dengan As Syahid Sheikh Admad Yassin, pengasas HAMAS.

Beliau terus menjawab, "“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Jika aku diberi pilihan, maka aku memilih tembakan Apache..”

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau melangkah dengan meletakkan harapan, ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..”

Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum semerbak kasturi.

Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang diberkati ini telah sedia kita maklumi. Belia telahmengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.

Hasrat Zionis untuk melihat HAMAS lumpuh dengan terbunuhnya 2 pemimpin utama dalam selang 26 hari meleset sama sekali. Bahkan kematian 2 tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin.

Kini setelah 8 tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang dihalakan oleh Zionis dan dunia Barat ke atas mereka.

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah swt, ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesama mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

Salam perjuangan dari Gaza

Dr Zainur Rashid Zainuddin
Gaza, Palestin
17hb April 2012

JOM BERJUANG

Kata-kata Syeikh Mustafa Masyhur:

"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini."

JOM PUASA

“Tiadalah seorang hamba yang berpuasa SATU HARI pada jalan Allah swt melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya daripada api neraka selama 70 tahun dengan sebab hari tersebut”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim. Hadis Shahih)

Berpuasa Selepas Pertengahan Bulan Syaaban

"Apabila telah masuk separuh bulan Sya‘ban maka hendaklah berhenti berpuasa sehingga masuknya bulan Ramadhan."
(Riwayat al-Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi)

1. Hadis ini menerangkan tentang haram bagi kita berpuasa apabila masuk separuh kedua bulan Syaaban. Kiraannya adalah bermula daripada 16 Syaaban hinggalah 29 atau 30 Syaaban.

2. Haram di sini adalah untuk puasa sunat bukan puasa qadha atau puasa nazar atau kifarat.

3. Tidak haram juga untuk orang yang berpuasa sunat yang sudah memulai puasa sunatnya sejak sebelum masuk separuh bulan Syaaban, contoh memulai pada 1 syaaban atau 6 Syaaban atau pada 15 Syaaban dan ingin meneruskan puasanya bila masuk 16 Syaaban di bolehkan.

4. Tidak haram bagi orang yang kebiasaan baginya berpuasa sunat Isnin dan Khamis, maka dia boleh teruskan puasa sunatnya itu pada hari Isnin dan Khamis dalam bulan Syaaban.

Selasa, 3 Julai 2012

KHUTBAH JUMAAT: MEMBAYAR ‘SEWA’ MENUMPANG HIDUP DI BUMI



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحَلَّ لَنَا الطَّيِّبَاتْ ، وَحَرَّمَ عَلَيْنَا الْخَبَائِثْ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.

أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya, dan sidang hadirin semua agar mencari kejayaan hidup dengan bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah bekalan taqwa.

Di dalam pepatah Melayu, batu sering digunakan untuk menunjukkan kepada sikap-sikap yang mazmumah. Hati batu, batu api, batu loncatan dan lain-lain. Batu itu lazim difahami dengan sifatnya yang keras dan sukar dibentuk. Tetapi ada peribahasa lain yang menyebut, “batu empuk, jangankan hati manusia!” Benar sekali apa yang disebut itu. Batu yang keras pun boleh dibentuk, sedangkan hati manusia boleh menjadi lebih keras daripada itu.

Membuat perumpamaan kehidupan pada mengaitkannya dengan batu atau apa-apa bahan alam sekitar, menunjukkan yang masyarakat kita suatu ketika dahulu akrab hubungannya dengan persekitaran. Mereka melihat batu bukan hanya sekadar batu. Tetapi belajar sesuatu daripadanya.



Ini amat bersesuaian dengan kehendak al-Quran yang menyuruh kita mengambil iktibar, cuba melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Renungilah firman Allah SWT:



“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [Al-Baqarah 2: 74]

Allah menyuruh kita merenung batu. Merenung Langit, merenung bulan. Berfikir tentang alam, dan membaca ‘mesej Allah’ di sebalik kejadian alam.

Firman Allah SWT:



“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal ‘Imraan 3: 190-191]

Sidang Jumaat sekalian,

Tanah yang kita duduki ini, pohon yang kita berteduh itu, awan yang kita menadah hujan, serta sekalian penghuni alam yang berkongsi hidup dengan kita di bumi ini, semuanya itu makhluk Allah yang berpenghulukan kita. Kita adalah khalifah Allah. Dan tugas seorang Khalifah itu adalah pada mentadbir, mengatur dan menguruskan alam ini menurut peraturan Pencipta alam.

Sukar sekali untuk bercakap tentang alam sekitar dengan bahasa agama.

Sedangkan agama kita adalah agama yang amat menekankan peri pentingnya kita menjaga alam ini. Ia bukan sahaja untuk kegunaan kita, malah merupakan ayat-ayat Allah untuk kita mendekati-Nya.

Kita mengenal Allah melalui ayat-ayat Allah yang MAQROO’AH (مقروءة) yakni ayat-ayat Allah yang dibaca berupa WAHYU.

Kita juga mengenal Allah melalui ayat-ayat yang MANDHOORAH (منظورة) yakni ayat-ayat Allah yang direnung, berupa alam sekitar.

Islam memuliakan alam. Kerana itu Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam melarang kita dengan sengaja merosakkan alam. Hatta tentera yang sedang sibuk berperang itu pun tidak dibenarkan dengan sewenang-wenangnya merosakkan tumbuh-tumbuhan, mematah ranting dan batang kayu yang tidak perlu, malah kita juga dilarang daripada membuang air kecil ke dalam air bertakung yang tidak mengalir.

Hari ini, kita semua sedang menanggung azabnya. Cuaca yang tidak menentu, penyakit yang pelbagai menular, dan kita hidup dalam keadaan kucar kacir. Bagaimana dunia yang hendak diwariskan kepada anak-anak kita ini, 10 atau 20 tahun akan datang?

Tidak perlu kita bercakap tentang Bumi yang mungkin terlalu luas untuk direnung. Cukuplah sekadar kita melihat persekitaran kejiranan kita di Ampang. Kita menghadapi pelbagai musibah penyakit seperti Denggi, dan banyaknya pelbagai haiwan perosak seperti nyamuk, tikus, gagak dan anjing liar. Semua itu adalah cara Allah memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tatacara hidup kita hari ini. Sesuatu perlu dilakukan.

Sidang kaum Muslimin, rahimakumullah,

Ada sebuah pepatah Cina menyebut, “jika setiap rumah menyapu sampah, nescaya akan bersihlah seluruh negara”

Benar sekali pepatah itu.

Jangan kita beralasan pada apa-apa yang kita tidak boleh buat. Buat apa yang kita semua boleh buat sendiri. Jaga halaman rumah masing-masing. Ini bersesuaian dengan Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“إن الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة كريم يحب الكرم جواد يحب الجود فنظفوا أفنيتكم ولا تشبهوا باليهود ” رواه الترمذى

“Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.”(Hadith riwayat al-Tirmidzi)

Membiarkan halaman rumah kotor disifatkan oleh Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sebagai perangai buruk orang-orang Yahudi. Rumah orang Islam, halamannya bersih. Tidak perlu cantik. Tidak perlu ada landskap Bali atau Jepun. Cukup sekadar kemas dan bersih. Justeru pulang ke rumah selepas Solat Jumaat ini, perhatikanlah halaman masing-masing. Jika bersih, kekalkan kebersihannya. Jika tidak bersih, ambillah tugas membersihkannya sebagai satu perintah agama yang penting.

Kaum Muslimin sekalian,

Alam sekitar kita sedang menderita. Deritanya itu pula datang menimpa kita berbentuk bencana. Bencananya besar. Tetapi ia bermula daripada makhluk-makhluk kecil seperti kita.

Lihat sahaja bencana nyamuk.

Berapa ramai manusia di Malaysia yang mati dibaham harimau dalam setahun? Ada 50 orang? Jauh sekali. Hendak mendengar berita seorang pun jarang-jarang . Tetapi berapa ramai manusia yang mati digigit nyamuk? Saya yakin kita setuju bahawa jumlah mereka lebih 100 orang setahun. Setiap hari, semua hospital menerima kemasukan pesakit yang sakitnya kerana nyamuk. Lihat, kita takut kepada keganasan harimau. Tetapi akhirnya manusia mati digigit nyamuk.

Itulah mesej Allah di sebalik nyamuk.

Jangan remehkan benda-benda kecil dalam hidup.

Firman Allah SWT lagi:



“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [Al-Room 30: 41]

Segala musibah berbentuk kemarau, banjir, ribut, penyakit dan pencemaran-pencemaran empat penjuru alam ini, adalah kesan perbuatan tangan kita sendiri. Allah kenakan kita hanya sebahagian daripada azabnya. Maknanya ada azab yang lebih besar menanti. Kecuali kita sedar mengapa musibah itu datang. Iaitulah agar kita kembali.

Kembali kepada cara hidup Islam.

Cara hidup Islam bukan hanya pada solat, mengaji, menutup aurat dan makan makanan halal.

Menjaga kebersihan diri, halaman rumah dan persekitaran juga adalah cara hidup Islam.

Membuang sampah merata-rata adalah dosa.

Mencampakkan bungkusan air, puntung rokok dan tisu dari tingkap kereta adalah dosa.

Memakai pakaian yang kotor juga adalah dosa.

Semuanya itu adalah petanda iman yang bermasalah.

Dunia tercemar kerana iman tercalar.

Itulah ruginya alam, apabila Muslim menjadi lemah. Bukan hanya lemah politik, ekonomi dan sosial, malah lemah penghayatan terhadap cara hidup bertertib menurut Islam. Lemah menjaga kebersihan.

Renungi firman Allah:



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi” (Al-Muddaththir 74 : 1-5)

Allah memerintahkan kita bangkit.

Bangkit memberi peringatan.

Khatib memberi peringatan kepada sidang Jumaat.

Imam memberi peringatan kepada makmum.

Suami memberi peringatan kepada isteri.

Ibu bapa memberi peringatan kepada anak-anak.

Guru-guru memberi peringatan kepada anak murid.

Kita semua adalah pemberi peringatan.

Namun di dalam ayat Surah al-Muddaththir itu tadi, Allah bukan hanya memerintahkan kita membesar serta mengagungkan Allah, malah diperintahkan-Nya juga agar kita berpakaian bersih.

Pendakwah juga mesti berpakaian bersih. Khatib, Imam, Suami, Isteri, Ibu bapa, Guru, para Ustaz, Pendakwah yang pengotor, adalah fitnah kepada peringatan dan nasihat yang disampaikannya. Anak-anak mungkin gagal mengikut kata-kata orang tua, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru perbuatan ibu bapa dan orang dewasa di sekitar mereka.

Kebersihan iman membawa kepada kebersihan diri. Kebersihan diri membawa kepada kebersihan rumah dan halaman. Kebersihan rumah dan halaman membawa kepada kebersihan Negara.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia hari ini, pulanglah kita daripada Solat Jumaat hari ini dengan suatu kesedaran, memelihara alam ini dan mentadbirnya dengan Syariat Allah, adalah sewa yang dibayar kepada Allah pada menumpang hidup kita di bumi ini.

Bersihkan diri. Bersihkan pakaian. Bersihkan rumah. Bersihkan halaman. Semuanya bermula dengan membersihkan IMAN.

بَارَكَ الله لِي وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيمِ ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالِّذكْرِ الْحَكِيمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِينَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِينَ


ABU SAIF @
www.saifulislam.com

Isnin, 2 Julai 2012

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir

Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir

Kedua:
Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga:
Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

Keempat:
Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi
Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.

Ulasan GB

Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah".

Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah.

Harakah Daily
http://idhamlim.blogspot.com/2012/06/dr-mursi-umum-4-langkah-pertama-sebagai.html

SIAPAKAH DR MOHAMAD MURSI ?



Pusingan Ulangan Pilihanraya Presiden Mesir pada 16 dan 17 Jun 2012 ini. Keputusan siapa yang layak ke pusingan ulangan bakal dikeluarkan pada hari Selasa ini.

Mengapa kita perlu sokong DR MURSI ??

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

p/s : semoga kejayaan kepimpinan negara Arab ini membuka ruang untuk Khilafah Islamiyyah bertapak kukuh di akhir zaman ini..ammeenn