Sahabat Ilmu

Khamis, 4 Ogos 2011

PEDULIKAH KITA DENGAN NASIB SAUDARA SEISLAM KITA DI PALESTIN




Rabu , 03/08/2011 - HAMAS mengecam keras ke atas pembunuhan yang dilakukan oleh Zionis-Israel di kem Qalandia, berhampiran al-Quds. 2 warga Palestin menjadi mangsa kekejaman itu. HAMAS menyatakan dengan tegas bahawa Zionis-Israel bertanggungjawab penuh ke atas kejadian itu. HAMAS memberi amaran keras kepada Zionis agar tidak meneruskan kezaliman ini melainkan akan di serang balas oleh rakyat Palestin.

sumber : COMES


Rabu , 03/08/2011 - Pendudukan Tentera Israel telah melakukan penangkapan terhadap Badr, 25 tahun, Khalid 21 tahun serta Abu Naous dari kem pelarian Ein Beit al-Maa di Barat Nablus. Penangkapan itu dibuat dalam siri penjajahan Tebing Barat.

Saksi berkata, sejumlah besar tentera Israel telah menyerang beberapa kawasan di kem. Serbuan diteruskan di kediaman Abu Namous untuk menangkap kedua-dua saudara itu. Di kawasan lain, pertempuran meletus apabila pasukan tentera Israel menyerang kawsan kejiranan di Al-Syoukh in Al-Khalil.


Wanita Palestin Gugur Kandungan Selepas Lemas Gas Pemedih Mata di al-Khalil

Rabu , 03/08/2011 - Seorang perempuan Palestin yang mengandung ugur pada Sabtu apabila kanister gas pemedih mata masuk ke dalam rumahnya di bandar lama Al-Khalil.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel menembak gas pemedih mata tanpa sebab secara rambang ketika serangan di kejiranan Palestin, dan sebahagian kanister itu terjatuh di rumah wanita itu. Mereka berkata perempuan itu keguguran selepas lemas tersedut gas pemedih mata dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Insiden ini menimbulkan kemarahan rakyat Palestin di bandar itu, kata sumber tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/



Rabu , 03/08/2011 - Konvoi bantuan ‘Miles of Smiles 4′ memasuki Gaza melalui gerbang Rafah pada malam Ahad sambil membawa ubat-ubatan yang sangat penting dan susu formula bayi yang istimewa.

Sumber keselematan di Rafah memberitahu Pusat Info Palestin bahawa konvoi yang terdiri daripada 8 kenderaan termasuk ambulan dan bas serta bahan keperluan khas. Sumber itu juga berkata bahawa 35 sktivis solidariti mengikuti konvoi itu.



Rabu , 03/08/2011 - Hamas mengutuk keras jenayah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin di Kem Pelarian Palestin di Qalandia dekat Bandar Al-Quds pada hari pertama bulam Ramadhan AL-Mubarak, dan mahu Zionis bertanggungjawab ke atas tindakan kejam mereka itu.

Hamas berkata dalam kenyataan Biro Medianya, yang diterima Pusat Informasi Palestin, : “Kami, pihak Hamas, mengutuk dengan sekras-kerasnya jenayah ini, dan kami tuntut supaya Zionis bertanggungjawab penuh ke atas segala aspek jenayah pembunuhan kejam yang dilakukan dengan ganas oleh Briged Kufair, salah satu sayap tentera Zionis, yang telah ditugaskan untuk melakukan jenayah paling kejam terhadap anak-anak bangsa kita di Tebing Barat.”

Hamas memberi amaran kepada Zionis tentang akibat yang mereka akan terima kerana berterusan, “melakukan jenayah terhadap penduduk awam dari rakyat Palestin”, dan menekankan kepada Pihak Keamanan Fatah di Ramallah bahawa mereka, “memikul tanggungjawab politik dan sosial untuk mempertahankan anak-anak kita dari menjadi mangsa perang Zionis yang tak putus-putus menyerang dan membunuh secara kejam di Tebing Barat”.




Rabu , 03/08/2011 - Menteri dalam negeri Israel, Ely Yesha menyetujui pembangunan 4700 unit penempatan di wilayah pendudukan Israel, Harish, Wadi Ara yang dikhususkan untuk penganut Yahudi ekstrim “Haradem”. Sebelumnya Yesha juga menyetujui pembangunan 4100 unit yang lain.

Sementara itu, menurut penjelasan dari sumber kementerian dalam negeri Israel menyebutkan, Yesha telah menandatangani rancangan untuk penempatan Harish yang diajukan oleh jawatankuasa pembinaan dan organisasi terlibat pada bulan Julai 2010, meskipun ada kegusaran dari 720 anggota Knesset. Dengan rancangan ini, luas penempatan Harish mencapai 3630 ekar. Sementara itu dengan peretujuan ini jumlah penempatan yang telah disetujui kementerian dalam negeri Zionis di wilayah Wadi Ara mencapai 8800 unit.

Sementara itu, ahli parlimen Arab di dewan parlimen Knesset, Jamal Zahaliqah, ketua fraksi Arab khawatir setiap usaha untuk mencari penyelesaian bagi penempatan Israel dengan cara mengorbankan warga Palestin di wilayah 48. Peta rancangan kota Harish untuk menyediakan rumah kepada 150.000 Yahudi Haradem di pusat penempatan Arab, Wadi Ara, merupakan bencana yang mencakupi seluruh penempatan Arab di Kfar Qara, Ara, Araarah, Ummu Qutub dan Maisir. Rancangan tersebut akan mengepung penempatan Arab di sana seperti sebuah ruang tawanan besar di wilayah permukiman Zionis.

sumber : COMES



Rabu , 03/08/2011 - Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri telah mengutuk tindakan tentera rejim Israel membunuh dua pemuda Palestin di Kalandia dekat Ramallah.

Pertelingkahan tercetus apabila tentera rejim Israel datang membuat tangkapan. Pihak tentera berkata, pemuda-pemuda itu terbunuh akibat tembakan tidak terkawal.

Abu Zuhri berkata serbuan bersenjata tersebut telah menyebabkan peningkatan usaha penentangan di Tebing Barat serta menyeru agensi keselamatan kerajaan Palestin agar menghentikan pemburuan ke atas
pejuang penentangan.




Rabu , 03/08/2011 - 2 orang mahasiswa Universiti Najah serta seorang isteri kepada tahanan politik di Tebing Barat telah ditangkap pada Ahad lepas ketika agensi keselamatan PA meneruskan tangkapan politik terhadap penyokong Hamas yang menetap di Tebing Barat.

Mahasiswa terbabit, Ala Saud Taha, 26 dan Mohammed Jamal Khatir, 26 sebelum ini mengisytiharkan keengganan mereka untuk memberi jawapan balas terhadap saman-saman yang dikenakan ke atas mereka oleh agensi keselamatan di Tebing Barat. Saman terakhir dikeluarkan lebih kurang seminggu lepas. Kedua-dua pemuda terbabit sebelum ini pernah ditahan oleh agensi keselamatan rejim Zionis dan PA.

Dalam kejadian lain, Hammed al-Katout telah dibebaskan selepas beberapa ditahan di Nablus selepas mengambil bahagian dalam satu demonstrasi yang memprotes tindakan PA yang meneruskan tangkapan politik.




Selasa, 02/08/2011 - Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah bertemu dengan delegasi Malaysia yang melawat Semenanjung Gaza untuk menyatakan perpaduan dengan rakyatnya.Pertemuan itu berlangsung pada petang Sabtu lalu.

Haneyya semasa mesyuarat itu mengulangi kepatuhan kerajaan pilihan terhadap pilihan penentang dan menegaskan bahawa apa-apa tindakan politik mestilah menurut ketetapan rakyat Palestin. Beliau juga melahirkan kepercayaan secara mendalam mengenai Arab dan Islam di Palestin, dan optimis tentang musim bunga di Arab dan petanda kejayaan yang dibawanya.




Selasa, 02/08/2011 - Kementerian Dalam Negeri Palestin menyatakan bahawa gerbang sempadan Rafah kembali dibuka hari ini, Ahad (31/7), setelah sebelumnya otoriti Mesir mencegah ratusan warga untuk melintasi gerbang Rafah.

Dalam pernyataannya hari ini, Kementerian Dalam Negeri Palestin mengatakan perjalanan hari ini bagi mereka yang mendaftar pada hari Khamis dan selebihnya akan terus ke pintu Rafah dan tidak berdasarkan syarat-syarat baru.

Pada hari Sabtu lepas pihak Mesir mengembalikan 450 orang yang hendak melintasi gerbang Rafah, termasuk para pesakit yang ingin mendapatkan rawatan, tanpa memberikan alasan rasmi secara detail. Perkara ini dikaitkan dengan situasi tidak stabil di el Arish dan konfrontasi bersenjata yang terjadi di sana. Oleh itu, lalu lintas penyeberangan hanya dikhususkan bagi mereka yang hendak mengerjakan umrah dan hanya 12 buah bas sahaja dibenarkan masuk.

sumber : COMES



Selasa, 02/08/2011 - Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq berkata, perhubungan sedang dilaksanakan antara gerakannya dan Fatah untuk mengadakan mesyuarat berkenaan isu rundingan.Beliau memberitahu PIC pada Ahad bahawa mesyuarat tersebut akan membincangkan isu-isu seperti PLO, kepimpinan Palestin, tahanan politik, peralatan keselamatan, pilihanraya dsb.

Resheq menerangkan isu peralihan kerajaan itu tidak termasuk agenda mesyuarat oleh kerana ketua PA dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas bertegas ingin mengekalkan Salam Fayyad sebagai perdana menteri yang mana hal ini tidak diterima oleh Hamas. Tarikh dan tempat mesyuarat belum ditentukan lagi, katanya.




Selasa, 02/08/2011 - Pihak Zionis pada pagi Jumaat (29 Julai), melakukan operasi penangkapan dan serangan di daerah Jenin dan Tubas, yang turut melibatkan penangkapan menteri Parti Perubahan dan Pembaharuan daerah Tubas, As-Syeikh Khaled Abu Tous, dan pemimpin senior Hamas di Jenin, As-Syeikh Mustoffa Abu ‘Arrah.

Sumber Hamas mengatakan bahawa Zionis melepaskan sepasukan tentera yang menyerang Bandar Tomun dari timur Tubas pada subuh hari itu, dan menceroboh kediaman menteri Parti Perubahan dan Pembaharuan daerah Tubas, As-Syeikh Khaled Abu Tous (50 tahun), dan menangkapnya selepas disoal siasat di rumahnya oleh ZIonis.

As-Syeikh Khaled Abu Tous bergiat aktif di daerah Tubas, dan telah berkahwin serta dikurniakan 1 anak lelaki, dan 4 anak perempuan. Beliau telah ditahan beberapa kali oleh ZIonis sebelum ini.




Isnin, 01/08/2011 - Tentera rejim Zionis (IOF) yang menaiki sejumlah kereta kebal dan jentolak mara ke selatan Gaza, iaitu timur Khan Younis pada Selasa lalu, kata saksi.

Menurut saksi-saksi lagi, 6 jentolak dan 3 kereta kebal yang mara ke timur Qarara telah menembak secara rambang dan memusnahkan ladang tanaman dengan menggunakan jentolak. Manakala unit yang lain masuk ke kawasan Farahin dan memusnahkan ladang tanaman di situ dengan jentolak. Kata saksi lagi, IOF sering menceroboh dan melakukan kemusnahan di kawasan terbabit.




Isnin, 01/08/2011 - Pihak keselamatan PA telah menyerbu rumah milik pegawai Fatah yang kurang dihormati, Mohamed Dahlan pada Khamis lepas di Ramallah. 10 orang pengawal peribadinya telah ditahan manakala sejumlah senjata dan kenderaan disita dalam serbuan berkenaan.

Sumber yang menghubungi Pusat Informasi Palestin (PIC) memaklumkan bahawa Dahlan ada di dalam rumah ketika serbuan tetapi tidak mampu menghalangnya. Kata sumber itu lagi, pihak keselamatan memberitahu Dahlan bahawa dia tidak boleh lagi menggunakan pasukan brsenjata untuk melindunginya tetapi sebagai anggota Majlis Perundangan Palestin dia boleh memohon perlindungan rasmi daripada badan keselamatan PA.

Tiada ulasan: