Jumaat, 29 Julai 2011

11 Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan

Oleh: al-bahanj

"
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Shahmuzir Nordzahir
- www.muzir.wordpress.com

Khamis, 28 Julai 2011

Khutbah Jumaat Di Ambang Ramadhan: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri

khutbah-hajah-ramadhan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Kurang 2 hari lagi, kita akan menerima kunjungan bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA, sebagaimana yang dipesankan saban minggu di atas mimbar Jumaat ini.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:

2_183

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”

Namun tidak semua manusia dengan mudah, dapat memahami apa yang dikehendaki oleh Allah melalui ibadah ini.

Sejarah mencatat, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, “kami memaksudkan apa yang kami kata!”

Alasan Habib Bourguiba menghalang puasa di bulan Ramadhan itu ialah, puasa mengurangkan produktiviti negara!

Apa pendirian kita?

Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada pemimpin negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!

Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar? Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.

Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?

Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.

Bagaimana pula dengan apa yang ada di depan mata?

Lupakan seketika Tunisia. Lihat sahaja budaya kita di Malaysia. Apakah kita hebat di bulan Ramadhan? Apakah kita produktif di bulan Ramadhan? Di bulan Ramadhan, mesyuarat sangat sukar untuk dijayakan kerana semua orang kebuntuan idea, menguap dan tumpul kepala di dalamnya. Di bulan Ramadhan, kita tangguhkan projek-projek penting ke lepas raya. Jika di bulan lain kita habis bekerja pada jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan.

Tidakkah semua itu mengiyakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif di bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

Namun, silapnya Habib Bourguiba itu adalah pada kedunguannya menyalahkan puasa dan Islam. Suatu pemikiran yang cacat.

Jika anda melihat sebuah kereta Mercedez terbengkalai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan syarikat Mercedez dan teknologinya? Mustahil. Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez. Sebaliknya kita akan tunding kesalahan itu kepada pemandunya. Setelah diberi Mercedez, masih boleh melanggar tiang lampu. Tetapi bagaimana pula dengan Islam dan Muslim? Mengapakah kelemahan umat Islam, kecacatan umat Islam, justeru Islam yang dipersalahkan?

Sidang Jumaat sekalian.

Jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, buktikanlah ia. Jangan bergantung hanya kepada hujah kata-kata bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Sejarah semata-mata. Sebaliknya buktikan dengan perbuatan, Ramadhan menambah kualiti diri, bukannya mengundang malas, lesu dan hilang produktiviti.

Kaum Muslimin, rahimakumullaah,
Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda:

kemudahan-ramadhan

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

Sidang Jumaat sekalian,
Apakah sebenarnya yang ada pada ibadah puasa di bulan Ramadhan, sehingga ia dijanjikan dengan sebuah kehebatan?

Jika seorang itu tidak makan kerana tiada makanan, keadaan itu tidak akan mendidik dirinya dengan sebarang nilai pendidikan. Jika seseorang itu tidak minum kerana tiada minuman, keadaan itu tidak akan melatihnya dengan sebarang nilai latihan. Tetapi jika seseorang itu ada segalanya untuk dimakan, namun beliau memilih untuk tidak makan kerana mahu mematuhi Allah SWT, maka di situlah datangnya nilai Tarbiyah.

Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri.

Tidakkah kita ingat, kepada peringatan Allah SWT di dalam al-Quran:

jatsiah_23

Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Oleh itu, mengapa tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyyah : 23]

Seorang manusia menyembah Tuhan palsu tanpa perlu menyembah berhala. Dia mengambil Tuhan palsu dalam hidupnya apabila hawa nafsunya sendiri diutamakan, membelakangi perintah dan suruhan Allah SWT. Apabila manusia menjadi hamba kepada dirinya sendiri, dia menjadi sesat walaupun berilmu. Malah sesatnya menebal hingga menutup mata, telinga dan hatinya daripada peringatan. Semua itu berlaku apabila seorang manusia tidak mampu berkata TIDAK kepada kemahuan-kemahuan diri, sebaliknya sentiasa mengikut perasaan dan kata nafsu dalam kehidupan.

Alangkah besarnya bencana manusia seperti ini.

Justeru Allah datangkan Ramadhan dan ibadah puasa, agar manusia belajar mengawal diri. Belajar untuk mampu berkata TIDAK kepada sebahagian kehendak diri yang diciptakan Allah kita ini ada kecenderungan kepada kebaikan dan ada kecenderungan kepada kejahatan.
Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:

syadidsur-ah

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Muttafaq ‘alayh]

Pandangan ramai mungkin melihat juara gusti sebagai orang yang gagah.

Tetapi Rasulullah SAW menegaskan bahawa, kegagahan sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya, terutamanya ketika marah. Manusia yang gagah atau lemah, mudah tertonjol warna sebenarnya ketika marah. Seorang juara gusti tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya, apabila gagal menahan marah. Seorang billionaire yang mampu membeli apa sahaja, gagal menyelamatkan perniagaannya apabila hilang pertimbangan ketika marah.

Marah boleh membuatkan seorang manusia bertindak menghancur binasakan dunia. Manusia yang mampu mengawal diri kita diri terbakar disambar api kemarahan, itulah manusia yang gagah.

Kerana itulah di bulan Ramadhan, selain latihan mengawal diri daripada makan dan minum, Islam juga datangkan beberapa siri latihan lain untuk mengukuhkan proses ini.

Sabda Nabi SAW:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Kawal diri dari makan dan minum. Kawal diri dari larut dalam perkara yang sia-sia. Kawal diri dari kelakuan dan percakapan sumbang dan lucah. Jika dicela, dimaki hamun atau diperbodohkan, secara khusus di bulan Ramadhan ini, jangan dibalas provokasi itu, sebaliknya kawallah diri. Nyatakan, “aku berpuasa”. Ia bukan suatu kekalahan apabila tidak membalas. Tetapi ia adalah suatu latihan untuk meningkatkan daya mampu mengawal diri dan berkata TIDAK kepada perkara-perkara yang mengundang mudharat dan kerugian.

Sidang Jumaat sekalian,
Ambillah ini sebagai suatu proses yang dilatih secara tubi.

Semasa membeli di Bazar Ramadhan, semasa membeli barangan untuk sambutan Aidilfitri, pastikan kita peka kepada proses mengawal diri ini. Belajarlah untuk berkata tidak.

Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, kuranglah penceraian yang berpunca dari suami isteri yang hilang kawalan diri, kuranglah rasuah daripada berlaku ketika pekerja kurang daya mengawal diri, kuranglah sambutan terhadap hiburan melampau tatkala masyarakat kurang mampu mengawal hawa nafsu dan kehendak diri. Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, bercambah-cambahlah kebaikan dalam hidup kita semua, ameen.

tutupkhutbahsatu

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Selasa, 26 Julai 2011

Jumlah Penduduk di Malaysia 2011

Ramai juga yang tercari-cari fakta dan informasi ni, sebenarnya berapa orang penduduk yang ada di Malaysia pada tahun 2011 ni. Ikut laporan yang diumumkan oleh menteri pada akhir tahun 2010 yang lepas (artikel ada kat bawah), dekat 27.5 juta orang berada di Malaysia. Tapi aku tak pasti jumlah tu termasuk dengan warga asing yang bekerja di Malaysia atau jumlah pendatang haram dari negara-negara luar seperti Indonesia atau Bangladesh. Pendapat aku, kalau ditambah dengan bilangan mereka-mereka itu, ada dekat 29 juta orang kot. Bayangkan betapa ramainya golongan pendatang tanpa izin (PATI) ni di Malaysia. Kalau korang nak perincian tentang jumlah sebenar penduduk Malaysia 2010, korang pergi lawat pautan ini: Penduduk Malaysia 2010 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Negara. Informasi tentang penduduk di setiap daerah pun ada juga.

Okay, aku tau korang datang sini sebab nak cari berapa ramai penduduk Malaysia pada tahun 2011 kan. Jadi, berdasarkan formula statistik yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Negara. Jumlah terkini, setakat 6 Jun 2011, penduduk di Malaysia ialah sebanyak 28,532,246. Okay, puas hati dah? “Oi oi, mana ko tau menatang ni, apa formula sebenar yang ko guna eh?“. Berikut merupakan andaian yang telah dibuat dalam formula ini:

Satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
Satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
Seorang migran masuk(antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
Pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat
-------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia melaporkan jumlah penduduk Malaysia terkini mencecah 27,565,821 orang berdasarkan maklumat Bancian Penduduk dan Perumahan Tahun 2010. Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.

Daripada jumlah itu terdiri daripada 14,112,667 orang lelaki dan 13,453,154 orang perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus. Semasa tempoh bancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara. Laporan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online December 2010

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut:
http://melayukini.net/2011/06/jumlah-penduduk-di-malaysia-2011/#ixzz1TBM0gWMM

USTAZ AZHAR IDRUS

USTAZ AZHAR IDRUS
Koleksi ceramah dan kuliyah


Biodata Ustaz Azhar Idrus.
-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Batal Wudhu
Hal Perkuburan
Kencing Berdiri
Cemburu
Derhaka Pada Ibu
Sembahyang Dan Aurat
Isu Semasa Gelong Bilal 07 Mac 2010
Kungfu Mabuk
Masjid Ar Ridhuan
Masjid Fatimah Zahra
Islam Lakonan
Imam Kafir
Kasino Lawan Masjid
Baiki Agama
Tauhid Sifat
Kun Fayakun
Haji Sukma
Hidup Seribu Tahun
Kakap Merah
Senang Tapi Susah
Kenal Malaikat



Download mp3:

Mengenali Ustaz Azhar Idrus



Apabila ditaip sahaja perkataan Ustaz di Google, keluar keyword Ustaz Azhar, Ustaz Kazim, Ustaz Zaharuddin, dan Ustaz Zahazan yang di'rekemenkan' oleh Google. Nama-nama Ustaz ini merupakan Ustaz yang paling aktif dalam dunia Internet tidak kira melalui Youtube atau laman Blog masing-masing.

 
Bagi sesiapa yang belum mengenali Ustaz Azhar, mungkin ada di antara mereka yang menyamakan beliau dengan Osama atau Tok Janggut kerana penampilan tokoh ini sama seperti Osama dan Tok Janggut. Imejnya yang berjanggut panjang dan berkopiah putih menyampaikan ceramah agama dengan bersungguh-sungguh dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, sangat dikenali di internet khususnya di Youtube. Apa yang uniknya, ustaz ini menyampaikan ceramah dalam loghat Terengganu, kadang-kalanya loghatnya pekat hanya difahami penutur dialek bahasa Melayu Terengganu.

Kuliahnya sering dihadiri ramai orang dan sebahagian besarnya adalah golongan muda. Mungkin kerana hobi fotografi beliau sama dengan kegilaan ramai anak muda sekarang. Mungkin juga kerana ustaz ini merupakan ustaz yang paling maju dalam IT. Terdapat beberapa laman web dan juga Forum yang dikendalikan seperti
UstazAzhar.net, Siput Online, Digital Mukmin Photography, dan juga Forum Digital Mukmin.

 

Dalam biodatanya menyebutkan, beliau pernah bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6 dan pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, namun menurut beliau tiada seorang pun anak didik muziknya menjadi pemuzik, ujarnya secara berseloroh. Beliau mulai belajar agama di pondok secara talaqqi sekitar tahun 1990 ketika usia beliau sudahpun menjangkau 25 tahun


Antara Kitab-Kitab Agama yang dikupas dalam
kuliah-kuliah saban malam di Masjid dan surau sekitar Terengganu

Kitab Muhimmah
Kitab Tahzib Atrafil Hadith
Perisai Bagi sekelian Umat
Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Perukunan
Bahrul Maazi
Hidayatuss Salikin
Kitab Fatwa Mufti Johor
Kitab Munyatul Musolli
Majmuk Salasa
Penawar Bagi Hati
Hadith 40
Sulam Mubtadi
Hadith 40 Akhir Zaman
Hidayatuss Sibyan
Wishah Afrah
Anak Kunci Syurga
Jihazul Madihah

http://www.alamiterengganuku.com/2011/07/ustaz-azhar-idrus.html

Solat ‘pendinding’ daripada kemungkaran

by nurjeehan

Oleh Mohd Shukri Hanapi

DIDIKAN AWAL: Rasulullah berpesan agar mengajar anak mengambil wuduk dengan betul dan menunaikan solat sejak berusia tujuh tahun.

Kesempurnaan ibadat jadikan jiwa sentiasa tenang dan bencikan kejahatan

SALAH satu peristiwa agung yang berlaku kepada Rasulullah ialah Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah antara mukjizat terbesar dan tidak pernah dikurniakan kepada nabi serta rasul sebelumnya.

Pada peristiwa itu Rasulullah SAW menyaksikan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Di samping itu, Baginda juga diperlihatkan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perilaku manusia dengan balasan bakal mereka terima.

Di kemuncak peristiwa inilah Allah mensyariatkan solat kepada umat Islam. Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Melihat betapa pentingnya kewajipan solat dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Rasulullah menyuruh supaya ibadat solat itu diajarkan kepada anak ketika berumur tujuh tahun dan memukul mereka dengan pukulan bertujuan mendidik jika enggan solat ketika berumur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Saranan hadis itu bertepatan dengan pepatah Melayu, “Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Inilah cara pendidikan awal untuk melatih anak mengerjakan solat yang mesti dilaksanakan ibu bapa.

Di samping itu, kita juga digalakkan berdoa supaya anak dan zuriat sentiasa mendirikan solat. Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim, ayat 40)

Sesungguhnya solat mempunyai banyak rahsia dan kelebihan, antaranya ialah solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat 14)

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat itu, selama dijauhinya dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Seterusnya solat juga memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Orang yang memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.

Solat juga mempunyai pelbagai kelebihan daripada aspek perubatan dan kesihatan antaranya, solat yang ikhlas dan khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan sihat serta cergas.

Perkara itu terbukti apabila pakar urat saraf bukan beragama Islam melakukan kajian mendapati bahawa ada beberapa urat saraf dalam otak manusia yang berkeadaan selalu kosong, tidak dimasuki darah, iaitu darah tidak boleh masuk ke dalamnya, padahal setiap bahagian otak manusia itu memerlukan darah yang cukup untuk ia dapat berfungsi dengan sempurna.

Namun, selepas sekian lama membuat kajian, akhirnya doktor itu mendapati memang darah tidak dapat sampai ke beberapa bahagian urat saraf tertentu dalam otak kecuali pada ketika seseorang itu sujud dalam solatnya, barulah darah itu boleh masuk dan mengalir.

Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah ibadat solat berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril. Ini menunjukkan ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah.

Oleh itu, sesiapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat, mereka adalah golongan yang sesat. Allah berfirman yang bermaksud:

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)

Abdullah bin Abbas berkata, maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan daripada waktunya. Misalnya seseorang yang menunaikan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu maghrib, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta solat Subuh dilaksanakan selepas terbit matahari.

Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumbankan ke sebuah lembah bernama al-Ghai’a dalam neraka dan diberikan makanan amat jijik. Jika mengerjakan solat fardu di luar waktu sudah sebegini hukumannya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa orang yang tidak menunaikan solat fardu sama sekali.

Justeru, melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, marilah kita mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat supaya kehidupan seharian sentiasa tenang dan dapat menghindarkan daripada melakukan mungkar.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda kesyukuran).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2).

Solat Cegah Kemungkaran

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Oleh Noor Azlina Zainudin

Solat fardu lima waktu sehari semalam yang termaktub sebagai rukun Islam kedua adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna ia menegakkan tiang agama, sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meruntuhkannya.

Mengerjakan solat membabitkan seluruh anggota badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruh anggota lain berusaha dan bekerja dengan cara yang teratur dari awal hingga akhir solat didirikan.

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Ada sekali aku tanyakan kepada Rasulullah, amalan yang manakah paling disukai oleh Allah. Baginda menjawab, mendirikan solat. Kemudian aku bertanya lagi, yang mana pula selepasnya.

Baginda menjawab menghormati ibu bapa. Aku tanya lagi, selepas itu apa pula? Baginda menjawab jihad pada jalan Allah.”

Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti ialah solat (fardu yang lima).”

Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)

Barang diingat setiap kali kita mengambil wuduk untuk mengerjakan solat pasti ada syaitan yang akan mengganggu.

Syaitan yang mengganggu orang berwuduk dikenali sebagai ‘al- Walhan’.

Syaitan yang mengganggu orang yang sedang solat pula dikenali sebagai ‘Khinzib’.

Riwayat dari Imam Muslim dari Usman bin Abi Al Ash, beliau berkata: “Aku pernah melapor kepada Rasulullah, wahai Rasulullah sungguh syaitan itu telah menggangguku ketika aku sedang solat sehingga membuatkan aku lupa akan bacaanku.”

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Itulah syaitan yang bernama Khinzib. Jika kamu terasa diganggu oleh syaitan itu, maka pohonlah perlindungan kepada Allah daripada gangguannya dan meludahkan tiga kali ke arah kiri.”

Syaitan berikrar untuk menggoda manusia pada enam tingkatan:

Tingkat tertinggi godaannya bertujuan untuk menjadikan manusia kufur, syirik dan memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

Menjadikan manusia gemar melaksanakan bidaah yang sesat.
Menggalakkan manusia supaya melakukan dosa besar.

Menggalakkan manusia berterusan melakukan dosa kecil.

Menggalakkan manusia supaya melakukan kerja yang tidak mendatangkan apa jua pahala; dan

Paling rendah ialah digodanya supaya sibuk dengan urusan keduniaan sehingga melengahkan solat.

Agama Islam telah menetapkan beberapa kelebihan bagi mereka yang patuh mengerjakan solat. Tidak ketinggalan juga dijelaskan beberapa jenis azab bagi mereka yang meringankan solat.

Allah akan menganugerahkan lima kelebihan kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu rezekinya dipermudahkan, selamat dari azab kubur, menerima buku catatan amalan dengan tangan kanan, dapat melintasi titian siratul mustaqim dengan pantas dan dimasukkan ke syurga tanpa hisab.

Mereka yang melengahkan solat pula akan menerima lima macam azab di dunia, tiga semasa mati, tiga jenis azab semasa dalam kubur dan tiga macam azab selepas dibangkit dari kubur.

Azab di dunia ialah tidak dirahmati dalam kehidupannya, tidak ada cahaya iman di wajahnya, tidak menerima pahala bagi amalan baik, doa tidak diterima Allah dan tidak ada bahagiannya dalam doa orang yang soleh.

Azab semasa mati pula ialah mati dalam keadaan aib, mati dalam kelaparan, mati dalam keadaan dahaga manakala ketika di dalam kubur, dihimpit kubur hingga berselisih tulang rusuknya, dibakar dan digulingkan di atas bara api siang dan malam serta ular berbisa yang bermata api dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan kepada mereka.

Azab selepas dibangkitkan pula hisabnya keras sekali, Allah murka kepadanya dan dicampakkan ke neraka

Belasungkawa: Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar Telah Kembali KerahmatuLlah



Gambar: Ihsan dari Akhina Ibnu Fathani


إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Telah kembali kerahmatuLlah Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar pada jam 5 pagi 23 Sya’ban 1432/25 Julai 2011, di Hospital Sultanah Bahyah Alor Setar, Kedah. Jenazah al-Marhum Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan akan di bawa ke Masjid Sultanah untuk disholatkan. Dan menurut apa yang dimaklumkan kepada al-Fagir, beliau akan dikebumikan di Guar Cempedak. [Dato' Syeikh Zakaria adalah merupakan bapa saudara kepada mantan KP JAKIM, Dato' Wan Muhammad bin Dato' Syeikh 'Abdul 'Aziz. Al-Marhum Dato' Syeikh 'Abdul Aziz adalah merupakan abang kepada Syeikh Zakaria dan beliau menjawat jawatan Qadhi Besar Kedah satu ketika dulu]

Beliau adalah seorang ulama ‘senior’ Kedah. Di lahirkan pada 23 Januari 1928 di Kampung Jerai, Mukim Kupang, Kedah. Dalam usia yang lebih kurang 7 tahun beliau di bawa ke Mekah oleh keluarga beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau belajar di Madrasah Darul 'Ulum ad-Diniyyah di Makkah dan di Masjidil Haram. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar. Di antara kerjaya beliau: Menjadi Mudir Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyyah, Guar Cempedak, Guru Penolong di Ma’had di Johor, Guru Penolong di Ma’had Mahmud Alor Setar dan Guru Di Ma’had Tahfiz al-Qur’an. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau juga seorang yang banyak menghasilkan karya penulisan. Hampir 70 buah buku agama beliau hasilkan. Beliau seorang yang sangat gigih di dalam menyampaikan ilmu agama melalui majlis-majlis pengajian di masjid-masjid dan juga di radio.
Dari dari kiri
Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Dato' Syeikh Zakaria Bin Haji Ahmad,
Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad, Y.A.A. Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir
Berdiri dari kiri
Ustazah Faridah Bt. Hj Ahmad, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato' Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim

Antara guru beliau adalah Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani al-Makki (Pak Da El), Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili al-Makki, Syeikh Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain.

Alhamdulillah, al-Fagir pernah beberapa kali menziarahi beliau dan membaca beberapa buah hadits kepada beliau. Sewaktu pertemuan, beliau menceritakan serba sedikit sejarah hidup beliau kepada al-Fagir. Antaranya beliau berkata …. “saya kenai huruf niii dengan Syeikh Yasin lah …..” Katanya lagi “saya bai’ah thariqat Syattariyyah dengan Pak Da El …. waktu tu saya kecik lagi …. tenggelam tapak tangan saya dibawah tapak tangan Pak Da El …..” Alhamdulillah beliau juga bermurah hari untuk mengijazahkan al-Fagir dengan ijazah (‘ammah) yang beliau perolehi daripada guru-guru beliau.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam di Kedah khususnya dan di Malaysia umumnya.

Semoga Allah merahmati beliau dan memberi sebaik-baik ganjaran kepada beliau.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah kepada al-Marhum Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar serta mendoakan beliau. Al-Faatihah .....

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله، ووسع مُدخلهُ، واغسله بالماء والثلج والبرد، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة
وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار



-kedahlanie.info-
http://al-fanshuri.blogspot.com

Admin : Mohon maaf jika kami copy paste ini tidak mendapat kebenaran dari empunya blog..kami sekadar ingin menyampaikan berita sedih ini untuk tatapan semua rakyat...tetapi jika pihak anda tidak setuju kami boleh padam semula artikel ini..

Khamis, 21 Julai 2011

KONGRES ULAMA ASIA TENGGARA "GERAKAN TAJDID MASA KINI"


KONGRES ULAMA’ ASIA TENGGARA
"GERAKAN TAJDID MASAKINI"
SABTU, 23 JULAI 2011
INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE, PERSIARAN RAJA MUDA,
SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR

Aturcara:

08.30pg - 09.00pg: Pendaftaran
09.00pg - 10.00pg: Ucapan Aluan
Ulama’ Dalam Membentuk Jaringan Ummah Nusantara
Dato’ Sheikh Hj. Abdul Halim bin Abd Kadir
Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia


10.00pg - 10.30pg: Minum Pagi

10.30pg - 11.15pg: Kebangkitan Ulama dari Perspektif Sejarah Islam
Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim @ Berahim
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya


Metode Operasional Untuk Membangun Kesepakatan Para Ulama’ Nusantara
Al-Fadhil Tn. Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia


12.30tgh - 02.00ptg Makan Tengahari @ Solat

02.00ptg – 04.30ptg: Islam dan Proses Tajdid Masakini
Prof. Madya Muhammad Kamil Majid
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya

Persepsi Masyarakat Terhadap Perlaksanaan Syariah di Nanggroe Acheh Darussalam (NAD)
Tgk Prof. Dr. Muslim Ibrahim
Ketua, Majelis Permusyawaran Ulama (MPU) NAD

Tajdid Ilmiah Dalam Membina Golongan Pakar Pengajian Islam dan Isu-Isu Kontemporari
Prof. Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Universiti Malaya

04.30ptg – 05.00ptg Minum petang

MAKLUMAN DAN PENDAFTARAN
YURAN PENYERTAAN ADALAH RM100.00

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 22 Julai 2011 dengan menghubungi:

Sdra Hasan : 014-2216003
Pn. Suraya : 013-4038507
En. Baharom : 019-3799101
Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
Email :
pumpusat@yahoo.com

http://ulamadaily.blogspot.com

Kerana Tidak Tidur Bersama Isteri !

Sesudah melewati usia pencen dan semua anak sudah berumahtangga dan berdikari tinggallah dia bersama isteri di rumah. Berdua di rumah kadang-kadang terasa semacam semasa muda baru berumahtangga. Tapi kehidupan tanpa gelak ketawa dan tangis suara anak-anak terasa begitu sunyi. Kesegaran dan keriangan hanya bila hujung-hujung minggu dikunjungi anak-cucu.

Rutin hariannya berubah sejak berpencen dari tumpuan dan dedikasi pada pekerjaan kepada perhatian kepada kenderaan, manakala isterinya bercucuk tanam di tepian rumahnya yang mempunyai tanah yang terhad. Selain dari pergi berjamaah di surau, jika di waktu siang dia memberi tumpuan pada beberapa buah kereta lamanya yang boleh dikatakan antik. Kereta-kereta yang dipakai sejak awal disimpan seperti Fiat, Opel dan Volvo bumper besar disamping sebuah kereta baru Honda. Ruang tepi rumahnya dipenuhi kereta antiknya yang sentiasa dijaga. Minatnya terhadap kereta-kereta antiknya semakin lama semakin meningkat. Dari minatnya membawa dia mempelajari tentang selok belok enjin yang membolehkan dia menjaga kereta-keretanya dari rosak. Kemahirannya tentang enjin menjadikan dia bertaraf formen. Untuk mengekalkan prestasi engine sekali sekala dibawa keluar kereta-keretanya bagi memanskan enjin.

Jika di waktu malam selepas pulang dari surau, selepas makan malam sambil menonton berita adalah menjadi kebiasaan antara satu sama lain mengadu lenguh-lenguh tubuh, sengal sendi, sakit sana, sakit sini macamlah kereta tua yang sering rosak sana rosak sini. Tapi bagi mereka ini adalah perkara biasa. Jika waktu tidur, mereka tidak kesah untuk tidur. Oleh kerana bilik-bilik rumah kosong. Mereka lebih cenderung tidur berasingan dibilik yang berlainan.

Demikianlah pada satu malam, dia sang suami yang tidak dapat melelapkan diri turun memberi perhatian pada kereta-kereta antiknya mengelap dan menggilat kereta-keretanya. Berbetulan sejak beberapa malam lepas ada beberapa kecurian berlaku di kawasan perumahan mereka. Maklumat ini diketahui sang isteri dari jiran-jiran, tapi tidak diketahui sang suaminya.

Jadi berbetulan pada malam suaminya turun tengah malam jam 3.00 pagi isterinya terkejut dari tidur. Dia bangun dan mengintai keluar. Tiba-tiba dia melihat kelibat orang antara kereta-kereta yang menjadi kesayangan suaminya. Mengingatkan beberapa malam sebelumnya ada kecurian berlaku berhampiran rumahnya. Lantas sangkaan timbul dalam mindanya, bahawa kelibat yang dia nampak, kemungkinan pencuri yang mau mencuri di rumahnya. Sebagai tindakan segera, dia menelefon ke Balai Polis di kawasan yang berhampiran dengan rumahnya.

Pihak polis bertindak segera. Dalam masa lebih kurang 15 minit Polis tiba dan mengepung kawasan rumahnya. Si Suami yang berada di dalam kawasan keretanya, apabila melihat Polis yang disangkanya meronda biasa. Dia cuba menyembunyikan diri dari dikesan polis dengan memasuki sebuah motokar antiknya, Tetapi pihak polis berjaya mengesannya dengan anggapan, ia adalah pencuru. Beliau ditangkap dan dikeluarkan dari kereta secara kasar dan digari.

Beliau cuba menerangkan keadaan sebenar, tapi pihak polis tak memberi layanan dan mungkin dia berhelah. Lantas dia dibawa ke Balai Polis! Setelah bersoal jawab dengan polis baru diketahui yang ditangkap ialah sebenarnya suami bagi isteri yang membuat aduan. Pihak Polis menghubungi isteri mangsa agar datang mengecam. Bila sang isteri tiba dia terkejut besar yang dijangka pencuri dan tangkap Polis, tidak lain dari suaminya! Memang dia tak memeriksa bilik sebelum menelefon Polis dan menganggap suaminya masih tidur di bilik berasingan.

Dia meminta maaf dan membawa suaminya pulang. Mulai dari peristiwa itu suami-isteri itu tidak lagi tidur berasingan. Peristiwa itu secara tidak langsung mengeratkan kasih sayang antara mereka berdua dan juga keluarga.
Sekian.
http://drshafie.blogspot.com/

7 Jenis Pahala Selepas Matinya



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:-

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya

4 Perkara penyuntik semangat untuk beribadat kepada Allah SWT


Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-

Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara:-

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

Rujukan :
http://bahrusshofa.blogspot.com/

BUKU TERBARU: HUBUNGI 017-3112753(IBNU MUSLIM)



Dalam Siri Kajian Hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam.

Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya, di Malaysia, apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21% pada tahun 1985 kepada 31% pada tahun 2000.

Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka mengghisa rokok hampir 10 batang sehari.

Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakanRM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun mencecah RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

- Penulis

"Membudayakan masyarakat berfikiran rasional dan ilmiah bagi menerima atau menolak sesuatu hukum menerusi pendidikan fatwa"

KANDUNGAN

- MUKADIMAH

BAB 1: KENALI ROKOK
Kandungan Dalam Sebatang Rokok
Kesan Bahan Dalam Rokok -

BAB 2: AKIBAT ROKOK
Merokok Membawa Penyakit
Jenis-Jenis Penyakit Akibat Rokok
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok -

BAB 3: HUKUM DAN FATWA
Fatwa Ulama Terdahulu
Pendapat Ulama Mutakhir Atau Semasa
Keputusan Majlis Fatwa -

BAB 4: ALASAN DAN HUJAH PENGHARAMAN ROKOK
BAB 5: JALAN PENYELESAIAN
Motivasi Berhenti Merokok
Petua 10M Berhenti Merokok
Peranan Negara
Petua Berhenti Merokok Menurut Kajian Pakar Dan Pengalaman Bekas Perokok

BAB 6: HAK PEROKOK
Betulkah Perokok Juga Ada Hak?
Berhenti Sebelum Terlambat
Kesan Berhenti Merokok Mengikut Tempoh -

PENUTUP
Berhenti Merokok!

Harga = RM12.00
Mukasurat = 94
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Bukit Indah, Ampang Sabtu (23 Julai, 2011) Ini....



Insya'Allah pada hari Sabtu ini @ 23hb. Julai, 2011, Ustaz Azhar Idrus buat julung-julung kalinya akan menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Ustaz Azhar yang terkenal dengan penyampaian kuliahnya yang menarik dan mempunyai ramai followers di sekitar Lembah Kelang ini dijangkakan akan menarik lebih 5,000 orang jemaah untuk mengikuti kuliah beliau.

Insya'Allah, pihak MBI akan menyediakan tempat yang secukupnya dan selesa untuk jemaah yang hadir. Khemah-khemah yang dilengkapi dengan kipas dan lampu serta projektor dan skrin dan PA System secukupnya juga akan disediakan.

Mungkin ada sedikit kesesakan lalu lintas namun kami akan menyediakan tapak parking sementara yang mencukupi di padang helikopter dan sekolah-sekolah di sekitar MBI yang akan dikendalikan oleh puluhan petugas @ Unit Amal.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama Ustaz Azhar Idrus Sabtu ini.

Karnival Generasi Y, Shah Alam, Selangor


Aktiviti Pagi (9.00 pagi):

- Street soccer
- PS2
- Paintball : Target shooting
- Explorace
- Timbang bola
- Karom
- Dam haji
- Nisa indoor games
- Pertandingan Mewarna kanak-Kanak ( 5 & 6 tahun / 7-9 tahun)
- Nisa teen talk (10 Pagi)
- Pertandingan menganyam ketupat

Aktiviti Petang :
- Lepak santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Zulkifli Ahmad.
- Live Band/Busker.

Maklumat Lanjut Call : Radzi : 0192073255 Lina : 0132041638

Seminar Transformasi Ramadan


Ramadhan tiba berulang masa.
Di suatu ketika, ketibaan Ramadan sinonim dengan kegemilangan umat. Ramadan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al-Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah Ramadan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghol di medan ‘Ain Jalut.

Demikianlah Ramadan dan kejayaan silam. Masihkah Muslim dan Ramadan, intim dalam hubungan yang gilang gemilang itu? Bagaimana Ramadan semalam dan bagaimana pula Ramadan hari ini? Masihkah Ramadan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat di limpahan nikmat?

TRANSFORMASI RAMADAN mengajak kaum Muslimin menjernihkan pandangan.
Ia bukan manual Fiqh pada membicarakan teras hukum dan perundangan.
Ia adalah senaskhah peringatan buat renungan.
Agar Ramadan ditempuh dengan penghayatan.
Bukan bulan manusia rancak memusimkan agama tanpa makna.
Jangan berpuasa tanpa agama.
Jangan beragama tanpa Tuhan.

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa” [al-Baqarah : 185]

Nantikan kemunculan buah tangan keenam kami, Seminar Transformasi Ramadan, Insya Allah.

Semoga artikel-artikel ini dapat menyuntik sesuatu sebagai bekalan diri mempersiapkan diri menjelang kedatangan Ramadan kali ini.

Laman web:
http://akademisinergi.com/

Rabu, 20 Julai 2011

Kisah Cinta Zulaikha Dan Yusuf a.s.

Oleh : Aburedza

Akibat konspirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

Rujukan :
Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf

Solusi 34 Isu Khas Ramadan dan Syawal


Insya-Allah Solusi 34 Isu Khas Ramadan dan Syawal akan terbit tidak lama lagi.

HUBUNGI: 017-3112753